Papua adalah sebuah pulau yang terletak di sebelah utara Australia dan merupakan bahagian dari wilayah timur Indonesia.
Sebahagian besar daratan Papua masih berupa hutan belantara. Papua merupakan pulau terbesar kedua di dunia setelah Greenland.
Sememangnya kurang didengari cerita tentang lokasi ini berbanding tempat peranginan lain di Indonesia.
Tasik yang berbentuk hati (Sumber : sportourism.id)
Oleh kerana Papua dipenuhi dengan hutan belantara, banyak juga tempat-tempat menarik yang masih lagi tersembunyi. Contohnya Pulau Misool yang memiliki sebuah tasik unik dipanggil Tasik Cinta.
Lokasi ini mempunyai pemandangan alam semulajadi yang sangat mempesona, perairannya yang jernih, terumbu karang yang cantik dan juga terdapatnya sebuah tasik yang berbentuk hati.
Air Tasik Yang Kelihatan Biru (Sumber : sportourism.id)
Tasik Cinta terletak di antara karangan dan tebing-tebing Pulau Misool ini. Airnya sangat bersih dan jernih. Jika dilihat dari atas, warna biru dari pantulan langit membuatkan pemandangan tasik ini sangat cantik.
Pepohon yang menghijau di sekitarnya juga menambahkan lagi suasana indah di sini.
Cubalah untuk mandi di sini (Sumber : sportourism.id)
Sememangnya tasik ini begitu sesuai untuk anda yang meminati fotografi alam semulajadi. Tentu sekali gambar-gambar yang anda ambil di sini bakal membuat ramai yang teruja bila melihatnya nanti.
Selain menangkap gambar, anda juga boleh bermain air dan mandi di tasik ini. Anda boleh pergi ke serata tasik dengan menaiki perahu kayu yang tersedia di sini.
Bukan itu sahaja mendapatkan pengalaman lebih menyeronokkan, anda boleh menyewa boat untuk mengelilingi pulau.
Di samping itu bagi anda yang lebih gemarkan aktiviti lasak, menaiki kayak juga dibenarkan di pulau ini.
Yang pastinya percutian ke Tasik Cinta memang berbaloi dan tidak sesekali berasa rugi! - CARI |