CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3749|Reply: 2

Tetap Jadi Tumpuan! Perkara Menarik Anda Boleh Nikmati Di Sungai Congkak

[Copy link]
Post time 20-2-2018 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Sungai Congkak adalah salah satu hutan rekreasi terkenal yang terletak di Hulu Langat Selangor.

Tempat menarik ini dibawah Tourism Selangor dan dikenali juga sebagai Chongkak Park and Resort.


Rasanya ramai yang tahu tentang sungai ini, namun tak pula pernah terfikir apa yang menarik boleh dilakukan di sini, bukan?

Pemandangan pintu masuk Sungai Congkak (sumber: Pojiegraphy.com)




Oleh kerana pusat rekreasi ini dijaga oleh tourism Selangor, untuk memasuki tempat ini dikenakan bayaran RM1 dan bagi kanak-kanak bawah 12 tahun adalah percuma.


Persekitaran kawasan Sungai Congkak begitu bersih dan menenangkan. Sangat segar! Bagi anda yang suka meluangkan masa menikmati keindahan alam semesta bolehlah cuba berkhelah di sini.

Bayaran masuk (Sumerojiegraphy.com)




Sebenarnya banyak aktiviti menarik yang anda boleh lakukan. Antaranya ialah camping, BBQ dan mandi-manda di sungai dengan air yang bersih. Yang pastinya ia mampu menjadi aktiviti berkeluarga yang sihat dan juga menyeronokkan.


Sungai Congkak ni mempunyai keunikan tersendiri di mana kawasan sekitar sungai dijaga begitu bersih dan terbaik.

Air sungai yang jernih dan segar (Sumber: Pojigraphy.com)



Spot untuk mandi-manda (Seumber: Pojiegraphy.com)



Kemudahan-kemudahan asas untuk para pengunjung juga disediakan di kawasan ini termasuklah bilik menukar pakaian, tandas, tapak perkhemahan, surau, dewan terbuka, ruang dataran yang luas, parking kereta, padang permainan dan juga chalet.


Banyakjuga disediakan pondok-pondok untuk berehat seisi keluarga (Sumber: Pojiegraphy.com)



Taman permainan utuk Kanak-kanak (Sumberojiegraphy.com)



Kemudahan Surau dsn bilik peralinan juga disediakan. (Sumber: pojiegraphy)



Menikmati air sungai yang bersih dan menyegarkan. (Sumber: Pojiegraphy.com)






Spot untuk berBBQ (Sumber: Pojiegraphy.com)


Untuk pengetahuan semua, kebiasaannya pengunjung yang datang ke Sungai Congkak adalah ramai. Lebih-lebih lagi ketika musim cuti sekolah dan hujung minggu.


Jadi, bagi anda yang mahukan spot-spot berkelah yang best, anda harus datang awal. Konsepnya siapa cepat dia dapat. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2018 12:11 PM | Show all posts
last aku pegi last year terkejut aku jumpa katak besar giler bertenggek atas batu.. dtg mandi pun sbb nak dapat tenaga jer..mandi air yg mengalir..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 04:42 PM | Show all posts
lama dah tak gi mandi kat sini..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.207084 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list