CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3914|Reply: 10

Kota Petra Ini Pernah Hilang Selama 500 Tahun. Ikuti Pengalaman Yang Misteri Dan

[Copy link]
Post time 30-3-2018 12:08 PM | Show all posts |Read mode
Lupakan seketika pantai yang membiru atau kawasan pergunungan yang sejuk, ini adalah peluang anda untuk meneroka tamadun purba tetapi gah dengan teknologi serta binaan yang sangat mengagumkan.

Kota Petra, yang terletak di Ma’an, Selatan Jordan adalah misteri kota batu yang pernah hilang dari peradaban manusia selama 500 tahun. Ia dijumpai semula oleh Johan Ludwig Burckhardt pada tahun 1812.

Sebab itulah Petra digelar The Lost City atau The Hidden City.

Mendengarnya sahaja sudah meremangkan bulu roma, apatah lagi bila sampai ke sana. Jom ikut catatan pengembara Yamin Ismail yang ke sana.




1) Pengalaman menakjubkan
Saya bertolak dari Bandar Amman jam 3 pagi dengan menaiki kereta sewa. Jarak antara Amman dan Petra lebih kurang 240km melalui lebuhraya padang pasir memakan masa selama 3 jam.

Setelah menunaikan solat Subuh di masjid tepi lebuhraya, saya sampai ke pintu gerbang Petra jam 7 pagi.


2) Tiket mahal tapi berbaloi
Untuk ‘’hike kawasan ini mesti datang awal pagi sebab jam 9 pagi matahari dah mula terik atas kepala. Ketika itu suhu sekitar 36 darjah celsius kerana musim panas.

Tiket berharga JD 50 Jordan dollar bersamaan RM200 untuk tempoh satu hari satu malam. Mahal tapi berbaloi. Manakala tiket untuk rakyat Jordan hanya JD1 sahaja.


3) Jalan kaki atau naik kuda?
Ada dua pilihan, sama ada berjalan kaki atau menaiki kuda/kaldai (JD10) atau naik kereta kuda (JD20). Namun untuk menikmati pemandangan menakjubkan dan mudah mengambil gambar eloklah berjalan kaki.


4) Sejarah kaum Nabaten
Petra, atau al-Batra dalam bahasa Arab, berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud batu. Ia dibina dari seni pemotongan batu oleh kaum Nabatean.

Kaum Nabatean adalah kaum Arab Badwi yang mengembara di gurun Arab. Pada abad ke 5 hingga ke 4 sebelum Masehi, mereka telah berpindah ke barat daya Arab, yang kini dikenali sebagai Jordan.


Antara gerai yang menjual pelbagai cenderahati


5) Walaupun purba, teknologi mereka menakjubkan!
Saya terpukau dengan keindahan senibina dan ukiran batu yang dilakukan oleh kaum Nabatean ini. Mereka adalah jurutera hebat hingga boleh membina laluan air dari Wadi Musa ke Petra.

Mereka mengukir gunung-ganang menjadi sebuah kota! Dan kota itu mengandungi rumah, bangunan, kuil dan terusan air.

6) Indiana Jones
Antara struktur yang popular di Petra ialah The Treasury (dalam bahasa Arab disebut al-Khazanah). Saya terpegun melihat struktur bangunan yang masih kukuh dan utuh ini walaupun sudah berusia ribuan tahun.

The Treasury menjadi semakin popular selepas penggambaran filem Indiana Jones pada tahun 1989.



7) Tangga berusia 2,000 tahun!
Perjalanan ke The Monastry agak mencabar laluannya. Perlu menaiki tangga curam yang berusia 2,000 tahun. Ia sudah haus, dah tiada rupa tangga serta melalui tepi gaung yang dalam. Pengalaman menakjubkan.


8) 6 jam atau 2 hari?
Saya mengambil masa lebih kurang 6 jam untuk berjalan dalam Petra ini. Ikut cerita pemandu pelancong, kalau nak teroka seluruh Petra perlukan masa sekurang-kurangnya dua hari.

Berada di kawasan Petra terasa berada di dunia lain. Meremang bulu roma. Sukar ditafsirkan dengan kata-kata. Jika anda sampai ke Jordan, Petra adalah tempat yang wajib dilawati.

Banyak kisah dan pengajaran yang boleh dipelajari dari kaum Nabatean ini. Kaum yang diberikan kelebihan oleh Allah dari segi ilmu kejuruteraan, kekuatan tubuh badan hingga boleh memahat dan menebuk bukit batu menjadi rumah, tempat ibadat, kubur dan bangunan.

Akhirnya akibat menolak seruan Rasul supaya beriman kepada Allah, kota mereka ditelan bumi dan mereka dihancurkan oleh Allah.- CARI



Kredit : Yamin Ismail menerusi Backpackers Buddies Malaysia (BBM)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2018 12:39 PM | Show all posts
teringat kota damansara
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 03:19 PM | Show all posts
wahhh cantikkk
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 04:01 PM | Show all posts
Bandar yang selali jadi inspirasi untuk pilem aladdin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2018 04:26 PM | Show all posts

Napa dengan KD?

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Cari-Azza replied at 30-3-2018 04:26 PM
Napa dengan KD?

Sana jem teruk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2018 06:09 PM | Show all posts
klu remaja pprt kita kesana, abis di conteng nya dinding2 bersejarah tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 08:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2018 11:37 AM | Show all posts
bestnye..mmg teringin nk g petra tp cost mahal sgt
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2018 10:38 AM | Show all posts
wah bestnye......... bila la boleh pi ni.........
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2018 02:56 PM | Show all posts
cantik sangat...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.195062 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list