|
KUALA NERUS, 30 Jun (Bernama) -- Jumlah jemaah haji dari Terengganu meningkat kepada 2,739 orang tahun ini berbanding 2,500 orang tahun lepas, kata Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 101 orang jemaah adalah dari kalangan kakitangan kerajaan negeri yang mendapat pengiktirafan atas kecermelangan perkhidmatan mereka.
Beliau turut menasihatkan jemaah haji yang akan berangkat supaya menjaga disiplin dan mengikut segala arahan yang dikeluarkan Tabung Haji sepanjang berada di Tanah Suci.
"Jemaah haji dari Terengganu merupakan sebahagian daripada 30,200 Malaysia yang berpeluang menunaikan haji tahun ini dengan sejumlah 112 penerbangan disediakan untuk membawa mereka bermula 14 Ogos ini."
"Jemaah iingatkan supaya kerap minum air dan jangan terlalu terdedah kepada cahaya matahari kerana cuaca di sana ketika ini sangat panas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Haji Musim 1439 Hijrah peringkat negeri, di Taman Tamadun Islam, di sini malam tadi.
http://bernama.com/bm/news.php?id=1476029
|
|