CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 810|Reply: 0

Semua sekolah di Sabah ditutup.

[Copy link]
Post time 11-10-2020 08:19 PM | Show all posts |Read mode
Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di Sabah ditutup bermula 10 Okt sehingga 25 Okt, memandangkan kes di negeri itu masih menunjukkan peningkatan.



“Dalam tempoh penutupan sekolah ini, pentadbir sekolah diarah memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sementara itu, bagi murid sekolah berasrama penuh di zon merah, dikehendaki kekal di asrama. Bagi murid di asrama sekolah di zon hijau pula, mereka yang rumah keluarganya di zon merah juga perlu kekal di asrama.

“Pihak sekolah akan menguruskan keselamatan dan kebajikan murid-murid berkenaan di asrama,” katanya.

Pada sidang media petang tadi, Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 354 kes baharu dalam tempoh 24 jam sebelum itu, menjadikan kes aktif sehingga petang tadi 3,863 orang.

Daripada jumlah kes baharu itu, 352 kes penularan tempatan, dengan Sabah mencatatkan kes tertinggi dengan 274 kes.

Keseluruhan kes aktif bagi Sabah setakat ini 2,010 kes, dengan Semporna melaporkan kes tertinggi sebanyak 489 kes, diikuti Kota Kinabalu 343 kes, dan Sandakan 200 kes.

Kementerian Pendidikan mengarahkan sekolah boleh ditutup tanpa menunggu penilaian risiko Kementerian Kesihatan jika terdapat guru atau murid disahkan positif.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.045864 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list