CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1215|Reply: 2

[SARAWAK] Hospital Sibu perlu bantuan, tampung 400 pesakit Covid-19

[Copy link]
Post time 16-1-2021 06:22 AM | Show all posts |Read mode
SIBU: Pengerusi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong Kaunselor Wong Ching Yong mencadangkan agar kerajaan negeri dapat menghantar pasukan perubatan untuk membantu pihak hospital Sibu dalam merawat pesakit Covid-19 di sini.

Beliau berkata, menurut maklumat terdapat lebih dari 400 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital Sibu susulan dari peningkatan kes jangkitan COVID-19 dari Kluster Pasai.

“Dalam beberapa hari lalu, Hospital Sibu terpaksa melakukan ujian saringan kira-kira 2,000 ujian PCR COVID-19 yang melibatkan kontak rapat kluster tersebut.

“Sudah pasti dengan peningkatan kes serta kerja-kerja berkaitan dengan pengesanan aktif COVID-19 ini, kakitangan hospital Sibu pasti mengalami tekanan kerja,” katanya di sini, hari ini (Jumaat).

Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu itu berpendapat, hospital Sibu sudah pasti tidak mempunyai tenaga dan peralatan yang mencukupi untuk menjalankan ujian PCR lebih-lebih lagi jika lebih ramai orang datang ke hospital untuk melakukan ujian saringan PCR COVID-19.

“Dengan jumlah pesakit yang ramai serta tempat yang terhad untuk menempatkan para pesakit, saya boleh bayangkan macam mana keadaan petugas-petugas kesihatan kita di sana (hospital Sibu).

“Setahu saya, hampir semua pegawai perubatan dan kakitangan sokongan seperti jururawat di jabatan lain di Hospital Sibu kini diarahkan untuk bertugas di wad COVID-19 mulai esok mulai hari ini,” kata Wong.

Rentetan itu, beliau mencadangkan agar kerajaan Sarawak mengkaji situasi sebenar keadaan di hospital Sibu dengan menghantar lebih ramai petugas dari kawasan lain untuk membantu Hospital Sibu.

Dalam pada itu, Wong turut bersetuju dengan penguatkuasaan PKP di bahagian Sibu yang diumumkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) semalam.

Menurut beliau, ia adalah langkah yang tepat untuk membendung peningkatan kes positif COVID-19 susulan dari Kluster Pasai.

“Sekiranya PKP tidak dilaksanakan, maka jumlah kes positif COVID-19 di Sibu akan terus meningkat tanpa kawalan seperti yang berlaku di Sabah dan Semenanjung Malaysia,” ujar beliau.

Wong menjelaskan cara terbaik untuk mengelakkan COVID-19 adalah sentiasa mematuhi SOP dengan ketat seperti kekal berada di rumah, memakai pelitup muka, kerap membersihkan tangan dan mengamalkan penjarakan fizikal.

Suara Sarawak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 10:16 AM | Show all posts
ntah2 memang betul yang viral maeps serdang sesak awal2 haritu, dah viral terus tambah bed balik panggil reporter cakap takde sesak pun. Bukan sekali dua I dapat cakap2 pasal "senyap2 jangan heboh2" kes covid kat sekeliling rumah I.
- hospital diam2
- sekolah diam2
- rumah2 yang ada member dalam tu kuarantin pun diam2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 02:28 PM | Show all posts
Lagubestbest replied at 16-1-2021 10:16 AM
ntah2 memang betul yang viral maeps serdang sesak awal2 haritu, dah viral terus tambah bed balik pan ...
agak setuju ...

tapi...
mungkin juga sebab takmo rakyat panik...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.580527 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list