CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1696|Reply: 4

[Sarawak] Sarawak, Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan masuk Fasa 3 pada 4 Ogos 2021

[Copy link]
Post time 2-8-2021 07:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 2-8-2021 12:14 PM

SARAWAK MASUK FASA 3 PADA 4 OGOS 2021.
TIGA buah negeri yang menunjukkan prestasi yang amat baik akan beralih ke Fasa 3 PPN iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuatkuasa Rabu, 4 Ogos 2021.

MENURUT PM Muhyidin Yassin selepas mempengerusikan mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memperincikan kemudahan kepada individu yang telah lengkap mendapat dua dos suntikan vaksin





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2021 07:53 PM | Show all posts
Syukur Alhamdulillah dah boleh balik kpg..
Tapi please semua.. JAGA SOP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2021 08:49 PM | Show all posts
Sarawak beralih ke Fasa 3 PPN mulai 4 Ogos



KUCHING: Sarawak antara tiga negeri yang akan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 4 Ogos 2021, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).

Menurutnya, Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan juga akan beralih ke fasa sama.

"Alhamdullilah, sukacita ingin saya umumkan, tiga buah negeri, yang menunjukkan prestasi yang amat baik akan beralih ke Fasa 3 PPN iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa 4 Ogos 2021.

"Tahniah dan syabas saya ucapkan. Suka untuk saya mengingatkan agar SOP (Prosedur Operasi Standard) dan peraturan yang telah ditetapkan terus dipatuhi dan semua usaha menambahbaik situasi pandemik (COVID-19) di negeri masing-masing diteruskan," catat beliau menerusi Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata keputusan itu diambil semasa Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikannya di Putrajaya hari ini.

Sarawak beralih ke Fasa 2 PPN pada 14 Julai lalu selepas MKN dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) membuat penilaian risiko dan mengambil kira nilai-nilai ambang bagi ketiga-tiga indikator PPN.

Muhyiddin dalam pada itu berharap dengan kerja sama semua pihak di seluruh negara lebih banyak negeri akan dapat bergerak ke fasa (PPN) seterusnya.

"Kita optimis dan terus bergerak ke hadapan supaya pemulihan negara dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan selamat," ujarnya.

Mengenai mesyuarat khas itu, beliau memberitahu ia bagi memperincikan kemudahan kepada individu yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin dan kemudahan yang bakal dinikmati sektor ekonomi.

Beliau berkata perkara itu perlu diperhalusi dengan berhati-hati bagi memastikan usaha kerajaan memulihkan ekonomi dan kualiti hidup rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

"Insya-Allah kemudahan-kemudahan ini akan saya umumkan dalam waktu terdekat dan diharap dapat memanfaatkan sebaiknya individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dan membantu sektor ekonomi kita dengan mengambil kira keselamatan rakyat," ujarnya.


www.utusanborneo.com.my/2021/08/02
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Vellfire replied at 2-8-2021 07:53 PM
Syukur Alhamdulillah dah boleh balik kpg..
Tapi please semua.. JAGA SOP

Syukur alhamdulillah!

Berkat kesabaran sik boleh rentas daerah akhirnya mbuahkan hasil. Hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2021 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Qwertyuiop2019 replied at 2-8-2021 11:43 PM
Syukur alhamdulillah!

Berkat kesabaran sik boleh rentas daerah akhirnya mbuahkan hasil. Hehehe

Risau jugak.. Bila dh bebas
Masyarakat akan lupa
Lupa SOP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.063533 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list