Edited by Vellfire at 4-8-2021 11:45 AM
Sarawak rekod 552 kes COVID-19, tiada kematian
KUCHING: Tiada kes kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini sementara Daerah Kuching terus mencatatkan kes tertinggi jangkitan Covid-19 dalam Sarawak.
Sarawak melaporkan 552 kes baharu jangkitan Covid-19 dengan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negeri ini meningkat kepada 78,763 kes.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), daerah Kuching melaporkan 270 kes baharu diikuti Daerah Serian yang mencatat kes kedua tertinggi iaitu 105 kes.
Jelas JPBN, daerah lain mencatatkan dua angka kes iaitu Sri Aman (45), Samarahan (28), Subis (17), Simunjan (17), Lundu (15) dan Sibu (15).
“Daerah yang mencatatkan satu angka adalah Kabong (7), Bau (7), Bintulu (6), Julau (5), Tatau (3), Dalat (3), Miri (2), Kanowit (2) dan Selangau (6), Meradong (4), Betong dan Saratok (3), Kanowit, Tatau dan Tebedu (2) manakala Sarikei, Pusai dan Beluru (1).
“Manakala Mukah, Kapit, Sarikei, Selangau, dan Beluru masing-masing mencatatkan satu kes baharu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jawatankuasa itu memberitahu, sebanyak 189 kes baharu telah sembuh dan dibenarkan discaj dari hospital dan PKRC hari ini.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang telah sembuh dan dibenarkan discaj dari hospital dan PKRC meningkat kepada 71,679 kes (91.01 peratus).
|