CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 905|Reply: 1

Penang FC buat Sri Pahang berduka

[Copy link]
Post time 6-9-2021 01:07 AM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Penang FC menewaskan Sri Pahang FC, 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, Penang dilihat lebih memberi ancaman kepada tuan rumah dengan melakukan gerakan berbahaya untuk mendapatkan gol pendahuluan.

Peluang terbaik lawan hadir menerusi penyerang import, Anselmo Arruda tetapi bola terkena tiang gol di sebelah kiri ketika penjaga gol Sri Pahang, Helmi Eliza Elias sudah tertewas pada minit ke-10.

Pada minit ke-23, penyerang tuan rumah, Kenny Athiu hampir membolosi gawang lawan apabila bola tendangannya sedikit melepasi palang gol lawan.

Seminit sebelum tamat separuh masa pertama, Athiu mempersia-siakan peluang untuk menjaringkan gol selepas gagal melakukan penyudah tepat biarpun hanya berdepan penjaga gol Penang, Ssmurl Somerville.

Bersambung babak kedua, skuad Tok Gajah bermain lebih baik dengan melakukan serangan ke kubu lawan.

Usaha itu berhasil apabila Athiu menjaringkan gol pendahuluan 1-0 selepas menerima hantaran daripada Baqiuddin Shamsudin pada minit ke-60.

Namun, Penang tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan 1-1 hasil sentuhan kapten pasukan, Endrick Dos Santos pada minit ke-67.

Lima minit kemudian, pemain gantian, Muhammad Danial Ashraf Abdullah menjaringkan gol kedua buat Penang untuk mendahului 2-1.

Selepas itu, tuan rumah berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan tetapi akur apabila tewas 1-2 di laman sendiri. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-9-2021 01:09 AM | Show all posts

Pemain Sri Pahang, Abdul Malik Mat Ariff, diasak pemain Penang FC pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur. FOTO Farizul Hafiz Awang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.536010 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list