CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1015|Reply: 1

Southgate turunkan barisan simpanan

[Copy link]
Post time 6-9-2021 01:18 AM | Show all posts |Read mode
LONDON – Pengurus England, Gareth Southgate bakal merombak kesebelasan utamanya menjelang aksi bertemu Andorra untuk kempen Kumpulan I kela-yakan Piala Dunia 2022 di Stadium Wembley awal pagi esok.

Antara pemain mungkin diberikan peluang beraksi ialah Conor Coady, Jordan Henderson dan Bukayo Saka serta penye-rang Leeds United, Patrick Bamford yang bakal membuat debut antarabangsa pertamanya.

Kata Southgate, kelebihan dimiliki skuad The Three Lions ketika ini adalah kualiti pemain yang cukup seimbang daripada kesebelasan utama hingga barisan simpanan kerana jurang perbezaan antara mereka tidak terlalu ketara.

“Saya berbangga apabila dapat membimbing pasukan yang memanggil semua pemain terbaik di England. Jadi, saya mahu membuat beberapa perubahan dalam kesebelasan utama untuk aksi bertemu Andorra nanti.

“Pemain-pemain yang beraksi cemerlang ketika bertemu Hungary perlu diberikan rehat secukupnya seperti Raheem Sterling. Saya pasti penyokong juga akan teruja melihat pasukan di Wembley buat kali pertama sejak Euro 2020,” katanya.

Sementara itu, Bamford me-ngakui, dia mampu menawarkan sesuatu yang berbeza kepada Southgate berbanding Harry Kane jika diberi peluang me-nyarung jersi No. 9 The Three Lions untuk aksi tersebut.

“Kita semua tahu kualiti Kane kerana dia dianggap sebagai salah seorang penyerang terbaik di dunia ketika ini.

“Namun, corak permainan kami berbeza dan sekiranya diberi peluang, sudah tentu saya mahu membuktikan sesuatu yang berbeza di atas padang,” kata Bamford. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-9-2021 01:19 AM | Show all posts

STERLING (tengah) bakal direhatkan untuk pertemuan menentang Andorra pada kelayakan Piala Dunia 2022 di Wembley awal pagi esok. – AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.053702 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list