View: 959|Reply: 1
|
Dollah fokus saingan Piala Malaysia
[Copy link]
|
|
Kuantan: Pengendali Sri Pahang FC, Dollah Salleh melakukan persediaan awal bagi menghadapi saingan Piala Malaysia sebaik skuad itu kekal beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.
Bekas pemain kebangsaan itu berkata, perkara yang dilakukan ialah kembali membentuk kesebelasan utama selepas berdepan dengan masalah kecederaan dan penggantungan pemain.
"Sebab itu saya menyenaraikan hampir 90 peratus pemain utama berdepan Penang FC malam ini (malam tadi) untuk membentuk kembali keserasian walaupun Sri Pahang kekal dalam Liga Super musim depan.
"Begitu juga pada perlawanan terakhir menentang UiTM FC kerana mahu memastikan Sri Pahang dapat beraksi pada tahap terbaik dalam saingan Piala Malaysia musim ini.
"Diharapkan semua pemain dapat membentuk pasukan yang mantap selepas menghadapi masalah kecederaan dan penggantungan," katanya.
Mengulas kekalahan 1-2 kepada Penang FC, Dollah mengakui kecewa dengan keputusan itu selepas menurunkan barisan terbaik.
Katanya, kekalahan itu tidak seharusnya berlaku memandangkan pasukan itu mempunyai peluang untuk mencatatkan kemenangan.
"Sri Pahang bermain baik terutama pada separuh masa pertama. Tetapi, kegagalan memanfaatkan peluang menyebabkan lawan mengambil kesempatan," katanya. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
PENJARING gol kemenangan Penang FC Muhd Danial Ashraf Abdullah (kiri) sujud syukur selepas berjaya menewaskan Sri Pahang FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur semalam. -FOTO Bernama |
|
|
|
|
|
|
| |
|