CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1224|Reply: 1

Keita selamat dalam rampasan kuasa

[Copy link]
Post time 7-9-2021 12:11 PM | Show all posts |Read mode
Paris: Liverpool berkata, pemain tengah Naby Keita selamat dan dalam keadaan baik selepas dia dan rakan sepasukan Guinea terperangkap di negara sendiri selepas berlaku rampasan kuasa oleh tentera negara itu.

Pemain berusia 26 tahun itu dalam misi kelayakan Piala Dunia di negaranya apabila sekumpulan tentera menahan presiden Alpha Conde yang berusia 83 tahun.

Selepas beberapa jam bertempur disusuli kekacauan, perlawanan Guinea menentang Maghribi semalam dibatalkan.

Jurucakap Liverpool berkata, kelab sentiasa berhubungan dengan Keita dan berkomunikasi dengan pengurusan pasukan kebangsaannya.

"Kami puas hati dia selamat dan dalam keadaan baik,'' kata jurucakap itu kepada agensi media PA Britain.

Lima daripada pemain Guinea beraksi di Perancis -- Issiaga Sylla (Toulouse), Florentin Pogba (Sochaux), Abdoulaye Sylla (Nantes), Saidou Sow (Saint-Etienne) dan penyerang Clermont, Mohamed Bayo.

Menurut sumber di Perancis yang enggan dikenali berkata kepada AFP, beberapa kelab di Eropah kini dalam proses menghantar pesawat peribadi untuk membawa balik pemain mereka.

Skuad Maghribi dijangka keluar dari Guinea, Ahad ini. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2021 12:13 PM | Show all posts

KEITA beraksi untuk Guinea dalam kelayakan Piala Dunia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.049239 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list