CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1195|Reply: 2

Neymar kaut RM1.969 bilion

[Copy link]
Post time 7-9-2021 07:31 PM | Show all posts |Read mode
Paris: Jumlah bayaran diterima Neymar pada tahun pertama di Paris Saint-Germain telah didedahkan dan jumlahnya sangat lumayan.

Menurut Marca, penyerang Brazil itu mendapat 400 juta euro (RM1.969 bilion) pada musim pertamanya di Perancis menerusi beberapa kontrak komersil dan impak dicetuskan ke serata dunia apabila berpindah ke Paris.

Jumlah itu didedahkan dalam laporan El Mundo dan dipertahankan PSG yang menegaskan menandatangani pemain itu adalah satu pelaburan.

"Kami akan membuat lebih banyak duit daripada Neymar berbanding apa yang kami belanjakan ke atasnya,'' kata presiden kelab, Nasser Al Khelaifi pada hari pertama pemain itu diperkenalkan kepada penyokong.

Kedai rasmi kelab mendapat keuntungan setengah juta euro dalam masa dua jam selepas jersinya mula dijual di pasaran.

Kelab menegaskan tanpa kehadiran Neymar, mereka mungkin sukar mendapatkan kontrak lumayan dengan jenama Itali terkenal seperti Replay atau Nike Jordan. Jumlah pengikut di media sosial kelab turut melonjak naik.

Manakala televisyen menyaksikan peningkatan 25 peratus penonton pada musim pertamanya di Perancis dan Disney Channel turut mengumumkan mereka membeli hak penyiaran Ligue 1 di Brazil menerusi ESPN dan Fox Sports.

"Tanpa diragui kehadiran Neymar memberikan dimensi berbeza kepada PSG dan Liga Perancis,'' kata Yoann Godin, Pengarah Pembangunan Antarabangsa Ligue 1.

"Perlawanan pertamanya antara yang paling banyak ditonton dalam sejarah bola sepak.''

Mereka yang berada di Paris berkata kehadiran Neymar menjadikan PSG kelab kedua paling banyak meraih keuntungan di dunia malah kajian Deloitte mendapati PSG antara lima kelab paling berkuasa di planet ini.

Ramai pemerhati bola sepak berpendapat bekas rakan sepasukan Neymar di Barcelona, Lionel Messi tidak akan berpindah ke Perancis jika bintang Brazil itu tidak bersama PSG. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2021 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutla dia mampu beli eli kopter
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2021 07:53 PM | Show all posts

NEYMAR ketika menjalani latihan bersama pasukan Brazil kelmarin. FOTO EPA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.033338 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list