View: 2806|Reply: 0
|
[Sabah]
Covid19 13/10/2021
[Copy link]
|
|
Kota Belud 75 (63)
Kota Kinabalu 74 (55)
Sandakan 58 (30)
Tenom 49 (17)
Tuaran 48 (33)
Ranau 47 (41)
Lahad Datu 46 (45)
Keningau 45 (51)
Penampang 40 (28)
Beaufort 34 (23)
Kota Marudu 27 (37)
Pitas 26 (36)
Kudat 25 (52)
Putatan 23 (43)
Tawau 21 (38)
Tambunan 19 (9)
Telupid 19 (12)
Papar 18 (15)
Beluran 17 (11)
Kinabatangan 8 (10)
Nabawan 8 (9)
Sipitang 8 (14)
Kalabakan 6 (11)
Senporna 5 ( 8 )
Tongod 3 (9)
Kunak 2 (7)
Kuala Penyu 0 (0)
*Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin* *( 12/10/2021 )*
*Kluster Baru*
-Tiada-
*RUMUSAN HARIAN*
*(13/10/2021)*
*Sekali lagi Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak +44 kes menjadikan jumlah kes pada hari ini 751 kes.*
*Perbandingan antara jumlah daerah yang mencatatkan peningkatan dan penurunan adalah seimbang hari ini dengan masing-masing 13 daerah mencatatkan peningkatan dan penurunan serta 1 daerah iaitu Kuala Penyu mengekalkan catatan sebagaimana semalam.*
*Terdapat 8 daerah yang mencatatkan peningkatan kes yang agak tinggi iaitu Tenom +32 kes, Sandakan +28 kes, Kota Kinabalu +19 kes, Tuaran +15 kes, Kota Belud +12 kes, Penampang +12 kes, Beaufort +10 kes dan Tambunan +10 kes.*
*Antara daerah pula yang mencatatkan penurunan kes ialah Kudat -27 kes, Putatan -20 kes, Tawau -17 kes, Kota Marudu -10 kes dan Pitas -10 kes.*
*Kuala Penyu telah 2 hari berturut-turut merekodkan sifar kes, yakni tiada kes baharu dicatatkan.*
*Kes sebenar yang didaftarkan sejak 24 jam lepas hanyalah 507 kes atau 67.51% daripada kumulatif harian dan selebihnya adalah kes-kes yang didaftarkan selepas 2 hari keputusan diketahui.*
*Daripada jumlah kes jangkitan baru yang direkodkan hari ini, 8.26% adalah daripada Kategori 1 dan 84.42% adalah daripada Kategori 2. Jumlah pesakit Kategori 3 ialah 7 orang, 1 orang dalam Kategori 4 dan juga 1 orang dalam Kategori 5. Sebanyak 46 kes masih dalam siasatan lanjut.*
*Kerajaan Negeri Sabah berpuashati dengan laporan peratus vaksinasi lengkap Negeri Sabah oleh Jawatankuasa Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) dengan pencapaian melebihi 70%.*
*Sehubungan dengan itu, sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB Ketua Menteri, Rentas Daerah adalah dibenarkan mulai 14 Oktober 2021 dan Rentas Negeri dibenarkan bermula 1 November 2021, tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan.*
*Masyarakat digesa untuk terus mematuhi SOP Kendiri yang telah digariskan agar kawalan jangkitan baharu dapat dibendung sekalipun pelbagai sektor ekonomi dan kemudahan awam dibuka bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.*
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|