|
Originally posted by IrvingLorenzo at 16-4-2006 12:03 AM
fashril ko dok jepun ke skang??? ke penah dok jepun??ke study kat jepun??
dulu study kat jepun...sekarang kat kl... |
|
|
|
|
|
|
|
ermm ziana pernah rakam lagu jepon....tajuk CHITOSE BASHI...tapi tak taulaa popular pat saner ker tak...rasa-rasanyaa tak kott |
|
|
|
|
|
|
|
ehhh sheila memang hebat lah.. aku memang salute nagn sheila.. selain jepun, dier pernah ke london dan banyak lagi negara.. |
|
|
|
|
|
|
|
oh lupe nak bagi tahu..zainal abidin pun agak terkenal di jepun....teringat lagi macam mane aku ngan kawan2 dari meysia menjerit macam nak giler campur histeria bile dengar ikhlas tapi jauh kat radio jepun...
[ Last edited by fashril at 16-4-2006 11:35 PM ] |
|
|
|
|
|
|
taiqoaboi This user has been deleted
|
Samsons kagumi kejayaan Sheila Majid
PETIKAN KOSMO! - 27/7/2006
Oleh MALIAH SURIP
[email protected]
BARU lahir dengan sebuah album, Naluri Lelaki, kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Samsons ini pantas mencipta nama.
Bukan sahaja popular berdasarkan fizikal, penjualan album debut berkenaan sudah mencecah empat kali platinum dengan jualan melebihi 600,000 unit di seluruh Indonesia dalam masa kurang setengah tahun.
Ia merupakan satu fenomena yang jarang berlaku, seperti mana yang pernah dilalui oleh Sheila On 7 beberapa tahun dulu.
Selepas sukses di negara sendiri, menjadi rutin apabila Samsons mencuba pasaran Malaysia dengan bantuan syarikat produksi Tropic Jaya Entertainment Sdn. Bhd.
Berbekalkan Naluri Lelaki, harapan mereka album yang diterbitkan dengan tulus dan jujur ini mampu diterima baik. Namun, apa istimewanya Samsons dan album mereka untuk diberi perhatian?
Direkrut pada tahun 2003 dengan misi memperdagangkan hobi menjadi sebuah profesion, Samsons yang terdiri daripada Bams (vokal), Erik (gitar), Irfan (gitar), Aldri (bass) dan Konde (drum) saat ditemui pada majlis sidang media sempena kelahiran Naluri Lelaki dan persembahan eksklusif di Planet Hollywood, Kuala Lumpur malam ini menyatakan rasa besar hati terhadap kesempatan menembusi pasaran Malaysia.
揔ami berasa sangat bertuah dan kesempatan ini tidak akan dipersiakan. Namun, kami tidak boleh memberi gambaran tentang keunikan atau kelebihan kami untuk diterima, kerana perkara itu terlalu subjektif.
揝emuanya terserah pada penilaian khalayak, |
|
|
|
|
|
|
|
Sheila Majid holding concert in Singapore at the Esplanade Concert Hall on 12Aug. I think first Malay singer to hold solo concert at the Esplanade |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by crisscrox at 27-7-2006 08:41 PM
Sheila Majid holding concert in Singapore at the Esplanade Concert Hall on 12Aug. I think first Malay singer to hold solo concert at the Esplanade
yap betui.......... |
|
|
|
|
|
|
semut_merah This user has been deleted
|
Originally posted by itikganas at 15-4-2006 10:39 AM
jadi, artis artis msia yang mana penah popular kat jepon selain sheila ngan ning?
bagus org jepon ni.. tak faham BM tapik sokong jugak...
ff:dorang memang main taram jer...asal kan best didengar...
ko pi la nyanyi lagu bahasa aper pon...bahkan bahasa yg ko sdr xpaham...as long as dorng suke...dorg support je... |
|
|
|
|
|
|
arizal This user has been deleted
|
aku cuma suka dengar album dia yang tribute to alllayarham tan seri p. ramlee dulu..
dan juga lagu engkau laksana bulan..
yang lain tu aku tak minat sangat la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by crisscrox at 27-7-2006 08:41 PM
Sheila Majid holding concert in Singapore at the Esplanade Concert Hall on 12Aug. I think first Malay singer to hold solo concert at the Esplanade
Ye ke ni??? Kenapa macam zero publisiti ni? sighhh... kalau concert artis luar atau artis taiwan... heboh kat sotkhabar dan TV |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by itikganas at 30-7-2006 05:06 PM
Ye ke ni??? Kenapa macam zero publisiti ni? sighhh... kalau concert artis luar atau artis taiwan... heboh kat sotkhabar dan TV
Straits Times published big article 1 week ago. smlm Berita Harian also carried an article, almost one whole page. Tak payah publicity pun ticket jalan. Weird jugak it's not posted on her official website. I tried getting $70 tickets but all sold out. |
|
|
|
|
|
|
|
-- SHEILA MAJID --
SHEILA DI PLANET HOLLYWOOD
Penangan Sheila berbaloi
01-08-2006 06:41:24 PM
Ulasan oleh Dalilah Ibrahim
(petikan dari mSTAR)
Sheila Majid
TIDAK puas rasanya menonton persembahan Sunday Night Live Sheila Majid di Planet Hollywood Ahad lalu walaupun penyanyi genit itu telah menyampaikan 40 buah lagu-lagunya selama lebih dua jam.
Sudah sekian lama Sheila tidak menghiburkan peminatnya secara "live" dan tidak hairanlah segenap ruang Planet Hollywood yang boleh menempatkan sehingga 1000 orang penuh sesak.
"Saya terpaksa medleykan sebahagian lagu-lagu ini kerana kalau tidak, kita akan berada di sini sehinga minggu depan," ujar Sheila di awal persembahannya.
Terubat rindu ingin mendengarkan Sheila menyanyikan lagu Wajah Rahsia Hati yang dinyanyikannya di dalam filem Ali Setan pada tahun 1984. Walaupun sehingga kini lagu tersebut masih dimainkan di radio (nyanyian Fauziah Ahmad Daud), mendengar Sheila menyanyikannya menggamit memori silam.
Lagu-lagu dari album Dimensi Baru, Emosi dan Warna serta Legenda XVXX diperdengarkan di segmen pertama termasuklah Memori, Pengemis Muda, Kasih (Melangkah Pergi), medley Berakhir Cintamu/Putra/Di Suatu Persimpangan, Dia, medley Tiru Macam Saya/ Bila Larut Malam/ Jelingan Manja dan medley Kepergianmu/Dihimpit Keraguan/Datanglah.
Sheila mengakhiri segmen tersebut dengan Embun daripada album Ratu.
Jika minggu sebelumnya Sheila ada menyanyikan medley Diana Ross dan Stevie Wonder, kali ini lagu-lagunya memang truly Sheila.
Sheila akur dengan kehendak peminat yang hanya menginginkan penyanyi kesayangan mereka mengalunkan lagu-lagu yang pernah dirakamnya.
Pada suatu ketika Sheila berkata: "Susah nak jaga hati peminat zaman sekarang. Semua nak ikut cakap peminat."
"Kesian Mawi..asyik kena dengar cakap peminat dia," ujar Sheila sambil disambut sorakan daripada penonton.
Kata-kata Sheila bagaikan seorang kakak memberitahu adiknya betapa dia memahami beban yang dipikul oleh Mawi yang terpaksa berdepan dengan kerenah peminat-peminat fanatiknya.
Memang celoteh Sheila memperlihatkan kematangan dirinya setelah 20 tahun berkecimpung di dalam arena seni suara.
Sheila juga kelihatan begitu santai mengawal audiens dengan lawak jenaka yang menjadi. Ketika salah seorang penonton memekik "I love you, Sheila", Sheila membalas "I love you too" dan mencari siapa di kalangan penonton yang menjerit demikian, sambil menambah: "Jaga-jaga, suami saya juga ada di atas pentas ini".
Sheila ditemani suaminya Acis, yang menjadi pengarah muzik serta mengiringi persembahan bersama pemuzik-pemuzik lain termasuk Fendi (drum), Aji (gitar), Steve Thornton (percussion) dan Fiat (keyboard).
Beliau meneruskan persembahannya di segmen kedua dengan lagu-lagu Aduh Sayang, medley Kekasih Baru/Datanglah Ke Dalam Mimpiku/Relakan, medley Jeritan Batinku/Engkau Laksana Bulan/Getaran Jiwa dan Emosi.
Lagu-lagu dari album Ratu, Ku Mohon dan Cinta Kita turut dinyanyikan di dalam segmen tersebut melalui medley Tua Sebelum Waktu/Hasrat Cinta/Kau dan Kerinduan.
Sheila turut menyanyikan Kisah Rumahtangga, medley Percayalah/Mengapa Kasih/Ratu, Bunyi Gitar dan Sinaran.
Apa yang mengkagumkan adalah sikap peminat-peminat yang turut menyanyi bersama-sama sewaktu Sheila menyanyi sehinggakan ketika mendendangkan lagu Legenda, Sheila kelihatan begitu terharu dan membiarkan sahaja penonton menyanyikan lagu tersebut.
Bak kata Sheila, peminat-peminat akan datang ke persembahannya bukan kerana ingin mendengar dia menyanyi tetapi untuk menyanyi bersama-sama.
"You just need a choir leader is it? (Anda cuma perlukan ketua koir ya?)," kata Sheila. Namun itulah keistimewaannya, Sheila dan lagu-lagunya tetap evergreen.
Sheila mengakhiri persembahannya malam itu dengan lagu-lagu yang memang selalu diminta oleh peminat-peminatnya iaitu Gerimis Semalam, Antara Anyer dan Jakarta, Ku Mohon, Aku Cinta Padamu dan Warna.
Walaupun tidur lewat dan terpaksa bangun pagi untuk bekerja di pagi Isnin, terasa berbaloi masa yang dihabiskan untuk menonton persembahan Sheila yang dinamik.
Itulah penangan Sheila.
[ Last edited by dexa at 15-9-2006 09:36 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
up sket untuk shiela majid's fan
|
|
|
|
|
|
|
|
Shiela i luv u..! muahhh...! |
|
|
|
|
|
|
|
uols. ejaan namanya SHEILA MAJID..
kat tajuk tu dieja sebagai SHIELA MAJID..
mintak momod tolong tukarkan ek..
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #54 mami's post
aih..kat sini pon ada gamba ni..? huhuhuhuhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
suatu masa dahulu di tahun 1987, saya sangat suka sheila majid. setiap gambarnya yang keluar di suratkhabar akan saya gunting dan simpan. kalau tengok muka dia memang sangat cantik bagi saya masa tu.
sayangnya, sekarang bila usia dah meningkat sheila dah kurang sedap nyanyi live. |
|
|
|
|
|
|
| |
|