CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32692|Reply: 5

[Jenayah] Bekas guru besar peluk, cium pipi dan dahi cikgu pelatih!

[Copy link]
Post time 10-1-2025 10:03 PM | Show all posts |Read mode



SEORANG bekas guru besar sekolah rendah, Mohammed Mohd Som, 58, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan mencabul kehormatan seorang guru pelatih perempuan berusia 21 tahun.

Tertuduh minta dibicarakan di hadapan Majistret Dr Teoh Shu Yee di Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka pada Jumaat.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa dengan cara memeluk dan mencium pipinya dalam kejadian di Sekolah Kebangsaan Telok Berembang sekitar pukul 10.40 pagi pada 16 Ogos tahun lalu.

Lelaki itu turut berdepan dua lagi pertuduhan kerana didakwa memeluk dan mencium dahi wanita itu dalam sebuah kereta di depan premis di Taman Ilir Jaya dan Taman Wira Indah sekitar pukul 11 malam pada 30 Julai dan 18 Januari 2024.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan individu.

Jika disabit kesalahan dia boleh dihukum penjara selama 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Fikri Hakim Zamri, mencadangkan jaminan RM8,000 bagi setiap pertuduhan.

Namun, peguam mewakili tertuduh, Datuk Hanif Hassan memohon jumlah jaminan yang rendah iaitu RM8,000 bagi kesemua pertuduhan dengan alasan tertuduh tidak lagi menjadi guru di sekolah itu namun sudah ditukarkan ke Jabatan Pendidikan Negeri.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,500 bagi kesemua tiga pertuduhan dan sebutan semula kes pada 6 Mac depan. - The Star

Sumber ; Mstar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2025 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Punai kontot babi ni berfungsi lagi ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 02:38 PM | Show all posts
xguna betul.. ingatkan dibuang dari jadik guru rupanya hanya ditransfer ke JPN..

selayaknya dia dihukum berat..gila apa guna kekerasan nak cium peluk anak org oiii...

i is trauma baca kes2 guru2 gila gini..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg kali ke 2 tu dlm kereta. Guru pelatih tu sleep walking ke smpai masuk dlm kereta?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur nak pencen dah pun buat hal. Nanti dpt pencen ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 05:27 PM | Show all posts
pelbagai kes2 cikgu2 ni ye...ini menunjukkan mereka kurang kerja
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.255257 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list