CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gemukkkkkkk

Tahap Melayu?

[Copy link]
 Author| Post time 12-3-2008 05:42 PM | Show all posts

Reply #80 AnBulisia's post

bakal adek-adek gitu  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2008 05:52 PM | Show all posts

Reply #81 Gemukkkkkkk's post

adek adek alim tuhhh,
jatidiri dan imannya sukar digugat gituh...

jadi inche gumukkk, tak perlu bersusah payah nak mengggoda tawwww

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 08:25 AM | Show all posts

Reply #79 Gemukkkkkkk's post

persoalan berbau jeressss ke ni?

huhuhuhuhuhuh pandainya budak ni.....dapat 20 A1......aku SPM dulu pun A1 aku hanya 10% je dari jumlah A1 budak ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 08:28 AM | Show all posts
banyak jugak yer kacang dalam thread nih...ish..kejap, teman nak kene mikior sebelum melontarkan idea nih..iskk...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 08:29 AM | Show all posts

Reply #83 kinokuniya's post

tp husben pun tanya soalan yg sama kino, awat yg nak dikejor banyak2 A tu...
sampai 21 subject.. perghh.. katanya tak yah stress belajar.. belajar cam biasa.
ye ke tak stress....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 08:33 AM | Show all posts

Reply #85 in2eryn's post

aku dulu amik SPM langsung tak stress....eheheheheh sebab aku ni memang jenis yang tak belajo.....happy je....janji pass....berapa dapat tu tak kisah.....

gamaknya kalo aku amik 21 subjek....mesti berwarna warni cam citrawarna malaysia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2008 08:40 AM | Show all posts
Originally posted by kinokuniya at 14-3-2008 08:33 AM
mesti berwarna warni cam citrawarna malaysia



sama la kita, janji pass je..  tapi aku tak sanggup tgk slip aku bewarna warni... jenuh aku mendapat 'syarahan' percuma + 'libasan maut' special dr parents aku
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 08:50 AM | Show all posts

Reply #87 in2eryn's post

ehehehehhe antara 4 adik beradik...result kino la yg paling tah pape....yg paling teruk antara semua.....ehehehhehe tapi kino yang paling relaks...

sampai mak naik stress n darah tinggi tgk aku relaks bebeno ngan results SRP n SPM yang tah pape

semua nombor dari 1-6 aku sapu bersih!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2008 08:53 AM | Show all posts
Originally posted by kinokuniya at 14-3-2008 08:50 AM
semua nombor dari 1-6 aku sapu bersih!


Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 09:00 AM | Show all posts
mujur slip SPM aku takde nombor 7....yg tu je aku menang sikit dari kakak aku....tapi kalo dari segi agregat.....jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ketinggalan aku ngan adik beradik yang lain...

aiman tak kisah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2008 10:12 AM | Show all posts
aku dulu spm teruk jugak.  rasa macam jadi anak terbuang aje masa tu.  bila dapat peluang masuk uni, aku lari terus dari rumah rasa tak mau balik-balik dah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 10:17 AM | Show all posts

Reply #91 Gemukkkkkkk's post

ni le melayu.....

belajo malas....lepas tu lari dari umah....

meniaga kat loken ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2008 12:35 PM | Show all posts
Originally posted by kinokuniya at 14-3-2008 08:25 AM
persoalan berbau jeressss ke ni?

huhuhuhuhuhuh pandainya budak ni.....dapat 20 A1......aku SPM dulu pun A1 aku hanya 10% je dari jumlah A1 budak ni

teman lagi le....
langsung idak mandang A...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2008 12:39 PM | Show all posts
Originally posted by in2eryn at 14-3-2008 08:29 AM
tp husben pun tanya soalan yg sama kino, awat yg nak dikejor banyak2 A tu...
sampai 21 subject.. perghh.. katanya tak yah stress belajar.. belajar cam biasa.
ye ke tak stress....

pade teman... itu adalah satu keroje paling bodoh sekali...
apah tak pekdahnye ngambik sampei berpuloh2 subjek... buang mase.. buang tenage..
berpade2 le...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2008 03:26 PM | Show all posts
ya betul............buat apa nak ambil byk2 subjek?ambil yg dah ditetapkan oleh LPM dah.yg penting,tetapkan hala tuju diri sendiri...pening dgn budak2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2008 03:58 PM | Show all posts
best kot...
dalam slip banyak je subjek...

seb baik stret A's


pndai dak ni... tahniah, ...


sll nya yang dari SMKA ni mmg berjaya  arab pon bagus...  alhamdulillah la...


tp klu dulu lg best kan, ty je pngkat satu ke pngkat dua, senang, xde la org duk kejar A tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-3-2008 07:39 PM | Show all posts
tu la, sebab tu teman bingung jap masa baca dan post artikel ni.  secara praktikalnya, memang tak perlu A bebanyak.

tapi dari perspektif lain, teman rasa berbangga kerana:
1)  sapa kata melayu takde cita-cita.  praktikal tak praktikal, lain cerita.  yang penting, dia ada dream yang dibentuk jadi ambition.
2)  sapa kata melayu malas kerja keras mencapai cita-cita.  bukan senang nak study 21 papers untuk dapat A
3)  sapa kata melayu bodoh.  intelligence yang tinggi diperlukan.  tahap genius, mungkin?
4)  sapa kata melayu takde disiplin.  intelligence tahap genius tapi tak dibentuk dengan disiplin, takde hasilnya.
5)  sapa kata melayu tak pandai merancang strategi.  setakat baca baca baca hafal hafal hafal, tak termampu nak capai 21A
6)  sapa kata melayu cuma reti cakap tak reti buat.  21A wooo...

jadi, kita ambil hikmah dari ini!  
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2008 09:38 PM | Show all posts
ambil 21 subjek dan dapat 20A1
kalau mampu akupun nak buat cam gitu
mencuba selagi mampu
carilah dunia kamu seolah2 hidup selama2nya
sebagai pelajar  kerjanya belajar
kenapa dikritik dia
sebagai pekerja di sepatutnya bekerja tapi tak bekerja tu yang patut dikritik
betul tak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2008 11:23 AM | Show all posts
Utara: Slogan suntik semangat usahawan rempah ratusOleh Abu Bakar Al Sidek

'Sekali mencuba terus mencuba' dorong Ahmad Ismail perluas perniagaan, cadang tembusi pasaran luar negara

SUNGAI MANIK: Pengusaha rempah ratus, Ahmad lsmail, 55, tidak menduga pembabitan awalnya dalam bidang keusahawanan berjaya memberi suntikan semangat kepadanya meneruskan kerjaya itu dengan berpegang kepada slogan 'sekali mencuba terus mencuba'.

Beliau mendapat dorongan daripada kakak iparnya, Sofiah Abdul Rahman, 52, yang berpengalaman bekerja dengan syarikat pengeluar produk rempah ratus, kerisik dan sos cili di Kedah yang kembali ke kampung bagi meneruskan kerjaya itu bersama keluarga. Dengan modal pusingan RM5,000, Ahmad pada peringkat permulaan mengeluarkan rempah kari ikan dalam bentuk paket kecil seberat 26 gram yang dijual dengan harga 40 sen dengan jumlah edaran antara 100 hingga 200 paket sehari.

Percubaan awal pada 2005 yang mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai mendorong Ahmad menambahkan lagi produk pengeluarannya dengan kerisik dan sos cili. 揝aya terharu dengan sokongan kawan dan penduduk setempat yang banyak memberi sokongan moral kepada saya bagi meneruskan perusahaan ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Parit 12 A Sungai Manik, dekat sini, baru-baru ini.

Bernaung di bawah syarikatnya Glokal Enterprise, Ahmad yang lebih terkenal dengan panggilan `Pak Leh' di kalangan penduduk setempat menambah mesin dan peralatan memasak sedia ada bagi pengeluaran skala lebih besar. Beliau menambah pengeluarannya setiap hari dengan rempah kari sehingga 400 kilogram, kerisik lapan tan dan sos cili antara 350 hingga 450 kilogram.

Produknya dijual di pasaran dengan harga 50 sen sepaket bagi rempah kari seberat 25 gram dan kerisik RM1 (100 gram). Sementara sos cili yang dikeluarkan syarikatnya iaitu sos cili kering (RM1.60 sebotol), sos cili segar (RM1.70) dan sos pencicah (RM1.80), manakala sos cili segar seberat 2 kilogram dijual pada harga RM5 sebotol.

Dengan sembilan pembantu, beliau kini memiliki dua van untuk mengedar produknya kepada peruncit dan ejen di seluruh Perak dan Selangor.  Dalam tempoh dua tahun beroperasi, beliau sudah melabur sehingga RM160,000 bagi mengembang dan meluaskan lagi perusahaannya yang semakin mendapat tempat di kalangan pengguna.

Pak Leh yang juga Ketua Kampung Sungai Batu dan pernah menjadi Pengerusi Pertubuhan Peladang (PPK) Kawasan Sungai Manik dan Labu Kubong bercadang mengembangkan perniagaannya dengan mengeksport produknya ke luar negara. 揝aya sudah merisik dan berbincang dengan sebuah syarikat pengeluar produk makanan di Jakarta, Indonesia yang bersetuju menjadi rakan kongsi saya," katanya.

Bagi mencapai hasrat itu, beliau memohon pinjaman RM100,000 dengan sebuah bank menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW). "Saya sudah mengemukakan kertas kerja kepada pihak KKLBW serta bank dan diharap permohonan itu akan diluluskan dalam masa terdekat," katanya yang bercadang menambah beberapa produk baru seperti asam gelugur, belacan serbuk dan acar buah-buahan.

Pak Leh yang dibantu isterinya, Nor Faridah Jamil, 50, bercadang membina bengkel operasi produknya lebih besar daripada yang ada sekarang di kawasan rumahnya. 揝eperti pengusaha lain saya juga mempunyai wawasan untuk terus maju dalam bidang keusahawanan yang perlu dilaksanakan dengan serius dan tidak boleh dibuat sambil lewa saja.

"Saya ingin membuktikan produk keluaran kawasan jelapang padi Sungai Manik boleh menembusi pasaran dunia sekiranya diusahakan secara bersungguh-sungguh, " katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/EdisiWilayah/20080324072259/Article/index_html
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.124518 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list