CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4077|Reply: 8

Pinjaman perumahan dgn treasury & beli rumah tak tukar nama

[Copy link]
Post time 30-1-2007 09:50 AM | Show all posts |Read mode
Assalamu'alaikum

warda nak tanya pada sesiapa yang pernah beli umah melalui perbendaharaan.

kes nye gini, ada kawan nak jual umah dia... tapi kawan ni masih juga tak habis bayar (dia adalah peminjam pinjaman perumahan perbendaharaan yang belum menyelesaikan baki hutang pinjaman)

siapa tahu apa prosedurnya nye, dan apa step by step yang perlu warda amik utk buat permohonan pinjaman ni..

perlu direct lantik lawyer ke atau penjual yang kena carik lawyer dan warda just amik / guna lawyer dia je...??

upah lawyer ni pulak berapa? dan utk documentation sumernya... tak silap kena pegi dapatkan laporan penilaian dari jabatan penilaian dan perkhidmatan harta pulak.. yang ni warda tak faham.. buat ni free ke bayar ke? kat setiap negeri ada ke jabatan ni? warda kat kedah ni..

dah tu skrg kawan tu yang suh warda ty kat perbendahaaran, sbb dia pulak tak pasti buleh jual ke tak sebab status dia tak habis bayar lagi.... lepas warda kompemkan buleh, baru dia nak mulakan proses enjualan...

masalahnya, harga pun tatau lagi ni dia nak letak berapa..aiseh...

[ Last edited by  fairy_hobbit at 3-2-2007 11:21 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2007 12:15 PM | Show all posts
warda, cuba tgk kat website treasury, pastu dapatkan nombor telefon pegawai kat sana untuk penjelasan... ni add website dia www.treasury.gov.my...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 02:14 PM | Show all posts
boleh buat sendiri ....isi borang yg ada dlm website..tapi perlu diingatkan bahawanya bahagian pinjaman perumahan ni tersangat lah lembab....saya sedang mengadapi masalahnya......jika fail anda sedang di'scan' oleh vendor outsource dorang..maka lagilah lmbt anda akan dapat penyata baki itu walaupun dlm piagam pelanggan dia tercatit 2-3 minggu sahaja...permohonan saya utk dapatkan kenearan pindah milik & penyata kewangan sahaja makan masa hampir 6 bulan...bayangkan.....kita bukan mintak duit dia, padahal nak bayar hutang bagi habis, tapi dia punya proses bertahun lamanya.....utk mintak kebenaran pindah milik, hantar surat pada bahagian penyelesaian & pelupusan harta (pph) dan utk penyata baki pinjaman di bahagian akaun.

gud luck!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2007 09:02 AM | Show all posts
cheap nak jual umah tu eik... so buat sendirik tanpa lawyer lah??

lambat ye perbendaharaan.. selalu tanya kawan pasal yang nak beli umah... depa kata tak sampai 2 bln dah tahu result... agaknya sbb pemaju yang push kot eh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2007 10:39 AM | Show all posts

Minta pendapat beli umah tp tak tukar nama

Assalamu'alaikum...

tak habis lagi isu umah yang warda nak beli ni..

nak dapat pendapat supaya warda terbuka mata sikit sbb fenin juga ni

warda plan nak beli umah atas tuan umah yang masih ada utang dgn gomen.

tuan umah ni, kalo boleh nak beli lagi umah dgn guna pinjaman gomen (harta kedua), tapi  kalo dia jual umah yang warda nak beli ni, hak dia utk beli umah satu lagi, lupus..means, xleh dah nak pinjam dgn gomen.

tuan umah ni  mmg warda kenal la, baik orangnya... kawan sekerja.

so dia ada la propose warda cemnih.

utang dia dgn gomen ada lbh kurang 75000, dalam masa 7 thn. so plan dia warda bleh terus duduk kat umah tu, tapi bayar bulan bulan kat dia sampai habis 7thn. lepas 7 thn, baru warda buat pinjaman perumahan. let say kalo dia meninggal, dia akan nyatakan siap siap dengan pewaris bahawa rumah tu tlh dijual kepada kami. so takleh jadi harta pusaka,,, tapi we all  kena still bayar

and if warda mati dluk, asben still kena continue bayar... lepas 7 thn, kalo warda dah takde, dia lah buat pinjaman nak habiskan utang tu

semua ini dibuat melalui lawyer lah.

warda terkompiuz juga, ok ke cara gini... sbb kalo loan gomen, kalo warda mati, asben terus dapat hak milik umah.. tak yah kena bayo.. ni kalo mati kang, asben kena bayo utang umah, sian plak...

ataupun ada keuntungan kalo warda setuju, cuma warda yang tak nampak??

dan dari segi harga, even selepas 7thn, umah tu still akan dijual pada harga yang dipersetujui sekarang 220k. takde future value sumer tu..

warda kat kedah ni, umah tu 2 tingkat semi d, tapi tanah tepi dia (tanah kosong) tu 22 kaki la..Rm220k tu mmg ok ke? atau mahal sgt?

sian pula, tuan umah sbb dia pun plan nak pinjam lagi ngan gomen...

so cemaner ye, kalo buleh tak mo la ada kecik kecik ati di masa depan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2007 01:44 PM | Show all posts
tuan rumah tu boleh jual rumah tu
bila dah jual dia apply la loan baru bersama dgn bini dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-2-2007 04:44 PM | Show all posts
warda tgk dalam laman wen treasury tu kata sekiranya peminjam yang belum melunaskan baki pinjaman menjual harta tersebut, maka dia tidak layak utk memohon pinjaman perumahan semula.

nak call treasury, arikni rupanya KL cuti ye...

dan satu lagi asben dia dah apply dah loan umah dgn gomen, baru je depa duk umah baru...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2007 08:46 AM | Show all posts
takyah la wak keje2 camni.. kawan baik pun leh jadi kawan.. tu kena ingat..

kalu nak beli.. tukar nama. tu pesan aku. kalu apa2 terjadi nanti senang..

lagi satu kalu warda buat loan goverment.. nanti andai kata meninggal so utang kira lupus.. tp kalu atas nama org lain tak dpt la menolong.

fikir baik2.. jangan menyesal dikemudian hari..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2009 08:59 AM | Show all posts

Reply #7 wardatulhamra's post

so apa citer kes ko skrg ni? update skit ..dh hampir setahun ni..mngkin bole jd iktibar pd kami semua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25834 Replies : 276
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 2728 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188502 Replies : 8469
‘Watie sebenarnya nak anak tapi takut-takut beritahu saya’ - Shuib
Raline‘Watie sebenarnya nak anak tapi takut-t
Views : 6162 Replies : 36
Harith Iskander Akan Dipanggil Jakim, Isu Komen ‘Ham’ Persenda Nabi
RalineHarith Iskander Akan Dipanggil Jakim, Is
Views : 15526 Replies : 73
Rakan sekelas cemburu, depan Thalita pura-pura baik
RalineRakan sekelas cemburu, depan Thalita pur
Views : 6410 Replies : 29
50 selebriti kekal muflis- Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi
maklukpenggoda50 selebriti kekal muflis- Ketua Pengara
Views : 7772 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.112993 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list