CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2322|Reply: 0

Bijak Berbelanja - Tahu Hak Pembeli -

[Copy link]
Post time 7-3-2007 06:49 PM | Show all posts |Read mode
kat petaling street tu ---
yang jual buah2an kat sana tu
selalu menipu orang --
-------------------------------------------------------------------------------


Bijak berbelanja, tahu hak pembeli
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan

PENGGUNA perlu tahu hak mereka di sisi undang-undang dan bagaimana untuk mendapat keadilan supaya tidak ditindas peniaga.

Bagi pengguna di negara ini, mereka mempunyai saluran bagi mendapat keadilan iaitu Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

TTPM badan bebas yang diwujudkan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 untuk mendengar tuntutan pengguna terhadap pembekal barangan atau perkhidmatan.

Ia menyediakan saluran alternatif selain mahkamah bagi pengguna menuntut sebarang ganti rugi secara mudah, murah dan cepat.

Bidang kuasanya meliputi perbicaraan tuntutan pengguna yang jumlahnya tidak lebih RM10,000.

Sesiapa saja memperoleh atau menggunakan sesuatu barangan atau perkhidmatan (bagi kegunaan diri, rumah atau isi rumah) boleh membuat tuntutan.

Akta memperuntukkan segala tuntutan perlu dibuat dalam tempoh tiga tahun dari tarikh masalah berlaku.

Jenis tuntutan yang perlu diketahui pengguna dan boleh difailkan ialah perlakuan mengelirukan berhubung barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan iaitu sifat, proses pengilangan serta ciri kesesuaian sesuatu barangan atau perkhidmatan.

Selain itu, tuntutan yang boleh difailkan ialah berkaitan penerangan palsu atau mengelirukan berhubung dengan barang atau perkhidmatan yang dibekalkan.

Ini juga termasuk harga barang yang dibekalkan melebihi harga yang diiklankan serta barangan atau perkhidmatan dibekalkan tidak selamat atau tidak mematuhi piawaian ditetapkan.

Pengguna juga boleh memfailkan tuntutan berkaitan barangan yang tidak diterima dalam masa dijanjikan walaupun pembayaran sudah dibuat.

Jika didapati kes tuntutan itu berasas, TTPM akan mengeluarkan perintah kepada pembekal perkhidmatan atau barangan untuk membayar pampasan kepada pengguna, mengganti atau memperbaiki semula barangan atau perkhidmatannya.

Bagi pengguna yang ingin membuat tuntutan, mereka perlu mengisi Borang I dalam tiga salinan serta membayar RM5 sebagai yuran memfailkan kes. Mereka kemudian perlu menyerahkan sendiri satu salinan Borang I kepada pihak pembekal barangan atau perkhidmatan.

Pembekal boleh memfailkan pembelaan dalam Borang 2 sebanyak tiga salinan dan membayar yuran RM5 dalam tempoh dua minggu selepas Borang I diserah kepadanya.

TTPM akan mengeluarkan notis pendengaran yang menyatakan tarikh, masa dan tempat pendengaran tuntutan kepada penuntut dan penjual atau pembekal sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh pendengaran.

Ketika pendengaran, pihak yang menuntut dan penjual atau pembekal tidak boleh diwakili peguam.

Kedua-dua pihak berhak mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan sebarang dokumen, rekod atau bahan lain bagi menyokong tuntutan masing-masing.

Sejurus selesai proses pendengaran, TTPM akan membuat perintah dan mengeluarkan 慳ward
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.114601 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list