Aku seorang yang sangat kritikal bila menonton filem... Tapi untuk citer ni aku cuma boleh katakan SUPERB!
Babak cinta Imaan (cinta halusinasi) tu teramatlah luar jangkaan/red herring...
Very the Hollywood one...
Aku baru aje nak menyumpah si Ean tu sebab kacau makwe orang. Aku dah le anti sikit dengan manusia yang penyibuk dalam cinta orang lain ni... Nasib baik la si Khalil tu hanyalah ilusi Imaan yang tak mampu nak let go kekasihnya yang sudah mati...
Err... Adakah aku dah tertinggal keretapi? Sori la lambat buat review. Baru aje tengok senja tadi...
Filem Melayu/Malaysia terbaik pernah aku tengok.. Yasmin Ahmad kena cuba outperform filem ni. Bagi aku, filem ni adalah batu aras baru dunia filem Malaysia/Melayu...
Yusuf Haslam kalau nak buat cerita cinta lagi lepas ni, dia kena tengok citer ni dulu...
filem sepi eh? filem melayu kedua yang buat aku menangis selepas filem waris jari hantu. tapi waris jari hantu tu aku nangis part rusdi ramli kena marah ngan ahkak dia jer. filem sepi...aku nangis sampai bengkak biji mata.