CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3845|Reply: 8

Budaya fobia angka 13

[Copy link]
Post time 4-11-2007 01:12 PM | Show all posts |Read mode
Masyarakat Barat fobia angka 13Oleh Nasron Sira Rahim
[email protected]

LIF yang tiada tingkat 13.

TIBA-TIBA saja perasaan pelik dan hairan muncul apabila kita berhadapan dengan situasi berikut:

Sebaik memasuki lif di sebuah bangunan tinggi dan ketika jari ingin menekan butang lif berkenaan, didapati terdapat nombor tingkat yang seolah-olah hilang pada aturannya.

Tingkat nombor 10 ada, nombor 11 ada, nombor 12 pun ada tetapi kemudian terus ke nombor 14. Ke mana menghilangnya tingkat bernombor 13?

Demikianlah keadaan kebanyakan bangunan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada - bangunan tinggi di kota besar yang terletak di kedua-dua negara terbabit tidak memiliki tingkat bernombor 13.

Situasi berkenaan memang menghairankan tetapi itulah satu fenomena pelik yang melanda kebanyakan masyarakat Barat atau mungkin ramai penduduk di seluruh dunia.

Penduduk terbabit percaya yang 13 adalah angka yang membawa sial, angka yang disumpah dan ‘berhantu’ sehingga menyebabkan penggunaan angka berkenaan akan membawa malang atau maut kepada mereka yang mengamalkannya.

Kajian terhadap fenomena pelik yang melanda manusia itu menyebabkan fobia terhadap angka 13 digelar 'Triskaidekaphobia' malah lebih pelik adalah wujud pula fobia terhadap hari Jumaat yang jatuhnya pada 13 hari bulan yang diklasifikasikan sebagai 'paraskavedekatriaphobia' atau 'friggatriskaidekaphobia'.

Kepercayaan masyarakat Barat kononnya angka 13 sebagai angka sial, disumpah dan berhantu dipercayai bermula daripada ajaran Kristian apabila Iblis iaitu ketua syaitan pada asalnya dianggap sebagai malaikat ke-13 tetapi ia digugurkan kerana menderhaka kepada Tuhan.t

Selain itu, pada majlis 'Santapan Terakhir' yang dipercayai dalam doktrin agama Kristian, rakan yang mengkhianati Jesus iaitu Judas adalah lelaki yang ke-13 duduk di meja makan.

Ketika ahli sihir Rom purba menyeru kehadiran syaitan pula, mereka akan berkumpul seramai 12 orang dan orang ke-13 yang hadir pada upacara itu adalah jelmaan syaitan.
Sesetengah penyelidik beranggapan bahawa fobia terhadap angka itu berasal daripada kepercayaan tahyul manusia pada zaman kuno. Manusia pada zaman itu dikatakan mengira sehingga nombor 12 atau sedozen dan angka selepas itu iaitu dikatakan mewakili unsur ghaib.

Masyarakat Barat mengira angka yang diberi nama sehingga angka terakhir adalah 12 atau 'twelve' dan angka seterusnya iaitu bermula angka 13, dimulai dengan gabungan angka iaitu 'thirdteen', 'fourteen' dan seterusnya. Kiraan bulan dalam setahun juga sehingga bulan ke-12 dan tidak ada bulan ke-13.

Selain itu, kepercayaan terhadap sumpahan angka 13 turut berasal daripada pegangan kaum Vikings. Dikisahkan bahawa ketika 12 dewa Norse sedang mengadakan majlis makan malam, tiba-tiba datang Loki iaitu dewa yang tidak diundang ke majlis berkenaan.

Loki dianggap tetamu ke 13 pada majlis itu dan menjadi perancang utama pembunuhan Baldr, dewa kegembiraan. Kematian Baldr menyebabkan seluruh dunia menjadi gelap dan hari itu tidak lagi disinari kegembiraan atau dengan kata lain adalah hari itu sial dan malang.

Menerusi kisah berkenaan jugalah wujudlah kepercayaan tahyul kononnya apabila 13 orang berkumpul, maka seorang daripada mereka akan mati.

Fobia itu diperkuatkan lagi dengan beberapa kejadian aneh yang berlaku membabitkan angka 13 terutama membabitkan hari Jumaat yang jatuh pada tarikh hari itu.

Penahanan dan pembunuhan pasukan Knights Templar dalam perang salib berlaku pada hari Jumaat, 13 Oktober 1307.

Pada Jumaat 13 Oktober 1066 juga menjadi hari terakhir pemerintahan King Saxon Harold II sebelum dia dibunuh Duke of Normandy, William.

Ekspedisi ke bulan menggunakan pesawat Apollo 13 dianggap gagal kerana ia menyandang nombor 13 malah diterbangkan pada jam 13:13 EST pada 11 April 1970. Seorang lelaki iaitu Arnold Schoenberg yang menderita triskaidekafobia didapati lahir dan meninggal pada tanggal 13 hari bulan.

Disebabkan berlakunya pelbagai kejadian aneh itu menyebabkan semakin ramai percaya bahawa 13 adalah angka yang disumpah dan berhantu manakala hari Jumaat yang jatuh pada 13 hari bulan dianggap hari yang sial oleh penganut Kristian termasuk masyarakat British, Jerman, Polish, Bulgaria dan Portugis.

Malah, fobia terhadap angka berkenaan tidak saja melanda orang bawahan tetapi pengarah syarikat dan kalangan intelektual. Akibatnya ada pengusaha syarikat penerbangan yang tidak menyediakan kerusi penumpang bernombor 13, syarikat pembinaan yang tidak membina bangunan yang memiliki tingkat 13, pintu ke-13 atau premis bernombor 13.

Dalam perlumbaan Formula One dan banyak perlumbaan lain, tiada kenderaan yang membawa nombor 13 malah syarikat program komputer, Microsoft digembar-gembur kononnya melangkau versi produk Microsoft Office ke 13 mereka disebabkan fobia berkenan. Daripada Microsoft Office 12, mereka dijangka akan terus mengeluarkan Microsoft Office 14.

Institut Fobia dan Pengurusan Tekanan AS di Utara Carolina menyatakan bahawa pelbagai industri di negara itu kerugian antara AS$800 hingga AS$900 juta pada hari Jumaat yang jatuh pada 13 hari bulan berikutan ramai penduduk enggan menaiki penerbangan atau keluar rumah pada hari itu.

Justeru, benarkah angka 13 adalah angka yang sial, disumpah atau berhantu? Persoalan itu saya ajukan kepada seorang rakan yang kerap menggunakan angka 13 dalam kehidupannya. Jersi sukannya bernombor 13, nombor telefonnya juga memiliki angka 13 dan banyak lagi kaitan nombor itu dengannya.

Jawapan yang diberikan oleh rakan saya itu adalah: "Tak ada apa-apa yang berlaku pun...'"

sumber: www.wikipedia.com, www.nationalgeographic.com, www.crystalinks.com

INFO: Fobia terhadap angka
  • Selain angka 13, ada masyarakat China, Jepun dan Korea yang fobia terhadap angka empat kerana dalam bahasa Mandarin atau bahasa Tionghua, sebutan 'empat' dan 'mati' adalah sama. Sebilangan pihak masih memutarbelitkan fakta ini dengan menyebut bahawa angka '4' disebabkan dari angka 13 yang dicampur iaitu '1+3 = 4'.
  • Dalam budaya masyarakat Itali, angka 17 dianggap sial atau disumpah. Angka roman 17 atau XVII boleh ditukar kepada VIXI yang bermaksud 'saya pernah hidup' dalam bahasa latin atau maksudnya 'sekarang saya sudah mati'.
  • Di Sepanyol, 13 turut dianggap angka yang sial tetapi bukan pada hari Jumaat. dalam kepercayaan mereka, hari Selasa yang jatuh pada 13 hari bulan dianggap hari yang sial atau disumpah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2007 01:21 PM | Show all posts
terpulang pada masing2 nak percaya. bagi saya angka 13 bawa banyak tuah klu ikut pengalaman
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2007 01:40 PM | Show all posts

Reply #2 sakura_san's post

Rasulullah suka angka ganjil...wirid2 semua ganjil... tu sebab org kafir reka cerita angka ganjil sebagai SIAL
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2007 07:48 PM | Show all posts
diaorg jadikan kepercayaan karut no13 ni kepada practicality.
saya kira dari segi practicality plak, kalo design bangunan tinggi, services utk first 12 storeys terletak di basement and the next 12 berada di tingkat 13.
kenapa? 2 sbb.
1. air pressure. sbb lif pun akan berenti di paras tertentu. KLCC + kebanyakan bangunan tinggi berkapacity tinggi implikasikan teknik design mcm ni...
2. water(pipe) pressure. tekanan air tak jalan kalo nak service kesemua floor dari basement. betul tak?
sbg advantage, dah letak dlm constitution bangunan, kalo bangunan melebihi 30m++, memerlukan services level yg tersendiri.

hope this helps...bukan shj kepercayaan mengarut tau!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2007 09:16 PM | Show all posts
sian diorang yang lahir 13 haribulan tu.. terasa diorang..  sib baik aku 2 aribulan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2007 01:52 PM | Show all posts
aku dulu fobia gak

13.1

banyak tahun dulu
penah kantoi

fly dari hostel


hahaahah

amik ko kena sebat

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-11-2007 10:12 AM | Show all posts
Kak Yong fobia dengan angka 13!
27-11-2007 12:51:57 PM
Oleh ZIEMAN  

BUKAN serik lagi tapi sudah sampai peringkat fobia dan trauma. Begitulah keadaan penerbit filem Yong Rahimah Johari ketika ini setelah 20 hari peninggalan anak tersayang Ayuna Mustapha Kamal (Ona), yang meninggal dunia pada 7 November 2007.

Selama itu jugalah Kak Yong yang cukup dikenali sebagai penerbit yang agresif, dihantui dengan memori dan igauan anak gadis kesayangannya Ona, yang berusia 15 tahun itu.

Tambahan lagi kalau berada di kondominium tempat peristiwa ngeri dan menyayat hati itu berlaku.

Kebetulan pula, kediaman kondominium yang terletak di Taman Desa OUG, Jalan kelang Lama itu mempunyai alamat 13-13-4. Dan angka 13 itu jugalah yang membuat Kak Yong rasa begitu ngeri sekali.

Mungkin bagi ramai orang, angka 13 tidak mendatangkan apa-apa makna tapi bagi Kak Yong angka 13 cukup pedih dan seperti 'satu suimpahan' untuknya.

"Akak tidak boleh lihat no 13 kat mana-mana pun. Nampak sahaja kelibat angka 13, akak akan terus jadi sedih dan sayu. Begitu juga dengan kondominium. Bukan setakat kondo yang akak tinggal, mana-mana kondo pun tidak boleh tengok. Rasa gayat dan seriau bila terkenangkan semuanya," katanya lagi.


Kak Yong ingin melalui kehidupan bersama satu-satunya anak kesayangannya yang tinggal, Ayuni (Oni) yang berusia 13 tahun

Siapapun tidak dapat menyelami hati seorang ibu yang berpisah kasih dengan anak tersayang. Apatah lagi bila semua kebahagiaan itu diragut di depan mata dan secepat kilat.

Banyak tohmahan dan tuduhan yang diterima oleh Kak Yong. Sudahlah kehilangan anak, dilempar bermacam-macam nista..."tidak tahu jaga anak, anak didera dan bermacam-macam lagi..."

"Orang tidak tahu apa yang akak rasa. Bukan akak tak sedih, orang tuduh dan hantar macam-macam SMS pada akak. Biarlah apa orang nak kata. Ini semua ujian untuk akak.

"Alhamdulillah, Allah cekalkan hati akak melalui fasa yang cukup menguji kesabaran akak ini," katanya lagi.

Yang penting kini, Kak Yong ingin melalui kehidupan bersama satu-satunya anak kesayangannya yang tinggal, Ayuni (Oni) yang berusia 13 tahun.

"Kini Oni sahaja yang tinggal. Sejak peristiwa itu, akak tak boleh berjauhan dengan Oni. Nasib baik Oni faham. Kalau dia nampak akak menangis, dia akan peluk akak.

"Terbayang-bayang wajah Ona setiap kali Kak Yong balik rumah. Baju dia, barang-barang dia, keletah dia semuanya tak dapat akak lupa.

"Pintu yang mengadap ke balkoni di mana peristiwa itu berlaku langsung tidak boleh di buka. Jantung akak akan berdegup laju dan akak akan terus blank...," kata Kak Yong lagi.

Disebabkan trauma dan fobia ini juga, Kak Yong telahpun berbincang dengan rakan kongsinya Gina Lahre dan mengambil keputusan untuk pindah ke rumah teres di kawasan OUG juga tidak lama lagi.

Gina bersama Kak Yong baru sahaja menerbitkan telefilem berjudul 'Coklat' untuk siaran Astro Ria, berkisar seorang pembawa HIV yang terpaksa melupakan niat untuk berkahwin dengan kekasihnya. Atas permintaan Ona, dia juga turut serta dalam telefilem 'Coklat' sebagai walk-on role di dalam pejabat.

"Entahlah, macam satu tanda mata pula, Ona bermati-matian ingin berlakon dalam 'Coklat'. Mulanya akak tak bagi kerana tak mahu menganggu pelajaran dia tapi melihat kesungguhannya, akak beralah....," jelas Kak Yong.  

Jelas Kak Yong lagi, setelah pemergian Ona, banyak peristiwa pahit manis yang terbayang di matanya, yang mana selama ini tidak terfikir olehnya.

"Kelakuannya agak aneh sejak dua, tiga bulan kebelakangan ini. Dia seperti mahu meninggalkan memori atau kenangan untuk akak seperti dia ingin ditemuramah oleh Melodi, pemberita dan melakonkan watak kecil untuk telefilem saya.

"Selama ini Ona sedikitpun tidak kisah kalau ada shooting atau temuramah dengan mana-mana media. Tapi akhir-akhir ini beriya-iya dia nak turut serta. Seolah-olah dia ingin meninggalkan kenangan itu untuk akak," jelas Kak Yong.

Tambahnya lagi, telatah Ona agak keanak-anakkan seminggu sebelum itu di mana dia bermain menyorok-nyorok di kompleks membeli belah.

"Tidak pernah dia main sorok-sorok macam tu di shopping complex tapi hari itu dia menyorok agak lama sampai akak jadi panik. Cuma kami berdua saja. Puas mencarinya dan akhirnya dia keluar dari belakang satu tiang dengan senyuman yang begitu manis dan lagak yang manja.

"Yang anehnya, dia cakap...."kalau Ona tak ada nanti macam mana?. Kini setelah dia tiada, barulah semua memori itu mengimbau kenangan. Tak mungkin akak dapat melalui kehidupan ini tanpa sehari teringatkan Ona...," kata Kak Yong sambil mengesat airmatanya yang mula bergenang di kelopak mata.

Kak Yong juga berjanji akan menunaikan umrah bersama anak kecilnya, Ayuni pada tahun hadapan.

"Pada awalnya, Kak Yong ingat nak pergi bertiga bersama Ona tapi dah jadi macam ni, Kak Yong akan tetap tunaikan janji Kak Yong," jelas wanita tabah ini.

Ketika preview telefilem 'Coklat' di Restoran Ghazal di Changkat Bukit Bintang baru-baru ini, perasaan keibuan Kak Yong akhirnya terusik juga bila dia berteriak menangis melihat credit title dan wajah comel Ona menjelma di skrin di bawah tajuk 'Ona dalam kenangan.'

Menurut Gina Lahre, yang juga penerbit eksekutif 'Coklat', mereka melakukan itu kerana mahu mengabadikan telefilem itu untuk Ona.

"Saya dan pengarah Zuliflie Osman amat terkejut dengan peristiwa yang melanda Kak Yong. Kami sudah seperti satu keluarga dan apa yang dilalui oleh Kak Yong, kami turut merasakannya," jelas Gina lagi.

'Coklat' - telefilem sulung terbitan Shooting Star Media Sdn. Bhd dan lakonan Faizal Yusof dan Zarina AF2 sebagai Tania atau Coklat ini bakal disiarkan oleh saluran Astro Ria pada 30 November ini sempena sambutan Hari Aids Sedunia keesokan harinya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2008 11:10 AM | Show all posts
huhuhuhu... patut ler, wonder why my office bulding takde no 4...
1, 2, 3, 3a, 5, 6.... no 4 ganti ngan 3a maa..

well... numbering ni depend on culture gak la yg percaya pada roh sesuatu no tu..
cam kat barat, no 13 tu bawa siol, but kat timur cam china, no 4 tu bermaksud mati..

melayu lain plak... cam no plat keta... tak mo amik no WXX 7676, 76 = tujuh enam = tujunam = terjunam
tak pun kalo WXX 6476 = nam pat tuju nam = nampak terjunam

mmm, macam2 ada... itu baru 3 bangsa..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2008 02:32 PM | Show all posts
676 no plat kete sedare mare saye le nombor plat semua same cuma abjad je lain2..... tapi x pernah accident lagi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.065446 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list