CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: laislabonita

Australia ~ 25 December 2008

[Copy link]
Post time 27-12-2008 11:22 AM | Show all posts
Hugh mencari asal usul
Susunan JESSABELL SOO





PADA tahun 2006, pengarah Baz Luhrmann telah memilih Hugh Jackman untuk menggantikan Russell Crowe sebagai watak utama dalam filem epik romantik, Australia yang turut dibintangi Nicole Kidman. Memainkan watak sebagai penggembala lembu, Drover, filem itu dibikin dengan latar belakang antara tahun 1939 hingga 1942 semasa Perang Dunia Kedua.

Sudah sedekad berlalu semenjak Hugh terlibat dalam filem terbitan negara kelahirannya, Australia. Kali terakhir ialah filem Erskineville Kings (1999). Hugh mula dikenali dunia pada tahun 1998 apabila dia berlakon dalam teater Curly di Royal National Theatre, West End, London.

Dilahirkan dengan nama Hugh Michael Jackman pada 12 Oktober 1968, filem-filem seperti siri X-Men, Kate & Leopold dan The Prestige telah mempopularkan Hugh dan dia bakal dianugerahkan bintang di Walk of Fame Hollywood.

Malah dengan persembahannya dalam Australia, dia diberi gelaran sebagai Lelaki Paling Seksi 2008 oleh majalah People. Berkahwin dengan Deborra-Lee Furness pada April 1996, mereka bertemu di set penggambaran siri TV pertamanya, Correlli.

Disebabkan keguguran sebanyak dua kali, mereka telah mengambil dua anak angkat, Oscar Maximillian (15 Mei, 2000) dan Ava Eliot (10 Julai 2005). Bagi mendalami pengalaman Hugh dalam filem ini dan kehidupannya sebagai ayah, ikuti petikan temu bual di bawah.





Australia adalah salah satu projek yang anda terdesak untuk berlakon. Maksud saya, adakah anda terkejut menerima tawaran ini pada ketika karier anda sedang melonjak?


HUGH: Memang mengejutkan dan mengujakan terutama bekerjasama dengan pengarah Baz Luhrmann. Semasa pertama kali bertemu dengan dia tiga tahun lalu, filem ini masih belum ada judulnya.

Dia cuma memberitahu ceritanya kepada saya. Walaupun belum menerima skrip, saya terus bersetuju. Ketika itu saya belum sibuk lagi. Saya cuma merasakan kejujuran watak itu dan menyukainya.

Namun, ini adalah satu penggambaran yang sukar dan adakah faktor geografi dan fizikal membantu lakonan anda?
Ya, kami sebenarnya telah melakukan banyak persediaan. Saya menghabiskan banyak masa untuk belajar mengenai lembu dan tinggal di lokasi penggambaran selama sebulan sebelum penggambaran. Mereka memulakan penggambaran di England dahulu. Dan kemudian di Strickland House, Sydney.

Saya memilih untuk tinggal di lokasi tetapi kami mempunyai pilihan sama ada untuk tinggal di sana atau tidak. Dan ramai krew yang memilih untuk tinggal di bandar. Saya pula tinggal di karavan (kenderaan yang dilengkapi dengan tempat tinggal) dengan unggun api. Saya ingin memahami watak saya dengan lebih mendalam dan memang keadaan sekeliling banyak membantu saya.

Adakah watak ini menyuntikkan semangat anda sebagai seorang warganegara Australia? Ini kerana sudah lama anda tidak memainkan watak sebagai rakyat Australia dan sibuk dengan industri perfileman Hollywood.

Ada perbezaan semasa bekerja dalam produksi Australia. Krew produksinya mencipta atmosfera berbeza dan kami berada di lokasi yang menakjubkan. Saya kini lebih memahami negara kelahiran saya serta mendalami kehidupan penduduk asli Australia.


SISI kebapaan Hugh Jackman.

Malah saya juga memahami asal usul saya dan menghargainya. Masa berlakon di Australia juga amat berharga bagi keluarga saya kerana kami berpeluang untuk menghabiskan masa di sana. Walaupun kami baru membeli rumah di New York, kami akan menggabungkan masa kami di Australia dan New York. Saya tidak mahu keluarga saya melupakan asal usul mereka.

Adakah anda akan terlibat dalam projek Australia yang lain pada masa akan datang jika diberi peluang?


Ya, pastinya. Tetapi subjek skrip dan pengarah juga akan diambil kira. Seperti dalam filem ini, ia amat penting kerana lokasinya adalah Australia. Tetapi bagi mereka di luar sana, ia cuma sebuah filem mengenai Australia. Tapi bagi saya, ia adalah tempat yang indah dan bermakna. Pada masa akan datang, jika saya mempunyai pilihan antara dua filem, sebuah filem Australia dan sebuah filem produksi luar, saya akan memilih produksi Australia.

Adakah anda berasa tertekan kerana ada pihak terutama media menyatakan filem ini adalah penyelamat kepada dunia perfileman Australia dan juga industri pelancongan Australia? Adakah anda berasa ia satu tekanan bagi sebuah filem untuk menanggungnya?


Ya (ketawa). Ada filem yang mendapat momentum tersendiri yang tidak dijangkakan. Saya rasa mereka ada menanti dan menaruh harapan tinggi untuk filem ini menyelamatkan industri perfileman Australia atau mempromosikan pelancongan Australia. Tetapi pada saya itu satu perkara yang tidak realistik.


GAMBAR ialah aksinya bersama
Nicole Kidman dalam Australia



Ini satu perkara yang menarik tetapi apa yang merisaukan saya adalah statistik penonton. Rasanya hanya dua hingga empat peratus orang Australia akan menonton filem mengenai Australia. Empat peratus adalah angka yang rendah dan ramai orang suka menggunakan alasan bajet yang menyebabkan pemasaran lembap.

Tetapi filem ini mempunyai bajet secukupnya dan mari kita melihat berapa ramai orang Australia akan menyaksikan filem ini. Apa yang utama ialah saya ingin mengetahui bagaimana orang Australia berpendapat terhadap filem Australia sendiri.

Adakah anda berpendapat industri perfileman dan selebriti ganjil? Dan bagaimana anda membahagikan watak anda sebagai aktor dan ketua keluarga?


Saya mendapati sangat mudah untuk membahagikan kedua-dua peranan ini. Saya memahami mekanisme dan mengetahui apa yang berlaku. Cuma apa yang sukar dipisahkan daripada diri saya adalah bagaimana filem lakonan saya akan diterima ramai. Apabila anda telah berusaha terhadap sesuatu, saya ingin orang lain menghargainya.

Tetapi hakikatnya saya cuma hidup sebagai aktor dan kadangkala benda seperti ini timbul. Dan saya pasti dalam masa setahun dua saya mungkin tidak akan popular lagi. Jadi saya tidak mahu terlalu terikat dengan status ini. Saya mahu menikmati hidup walaupun sebagai artis.

Terdapat perbezaan besar antara watak anda dalam filem ini dan watak Wolverine dalam X-Men. Mengapa mahu kembali memegang watak Wolverine?

Skrip dan pengarahnya adalah faktor utama. Penulis skripnya, David Benioff adalah antara penulis terhebat Hollywood. Selepas bertemu dengan David, dia memberitahu saya satu idea cerdik dan hebat. Dia seorang yang menggilai komik dan mencintai watak dan sejarah komik.



Jadi saya terus bersetuju dengan dia. Saya rasa jalan ceritanya paling menarik perhatian. Walaupun sudah melakonkan X-Men I, II, dan III, rasanya terdapat misteri yang belum diterokai terutama mencari asal usulnya. Saya juga merupakan peminat komik dan merasakan kami perlu mencari asal usul watak ini bagi mendalami perwatakannya. Maka filem ini, X-Men Origins: Wolverine bakal memberitahu anda jawapannya.

Adakah anda akan terus memegang watak Wolverine? Atau anda sudah muak dengannya?

Saya tidak pasti. Saya mempunyai perasaan yang sama selepas X-Men III. Tetapi masih menyukai wataknya. Jika tidak, saya tidak akan menerima tawaran filem ini. Saya tidak akan terlibat dalam filem yang saya tidak yakin. Sekali lagi, jalan cerita dan skripnya amat penting.

Apakah perancangan akan datang terutama karier?

Saya tidak pasti. Kini saya sibuk dengan promosi filem Australia dan produksi naskhah Wolverine. Dan juga sibuk mencari sekolah untuk Ava dan Oscar.

Mereka akan bersekolah di New York dan bukannya Los Angeles?


Ya, di New York dan Australia tahun depan. Saya perlu mencari sekolah di New York kerana ia memudahkan saya bekerja dan berpeluang meluangkan masa bersama. Itu keputusan yang dibuat masa ini.


**********************************************************************************************

saya post cerita hugh kat sini.. sebab dia berlakon dalam australia -
hensem betul hugh jackman ni
dalam australia pun.. memang best tengok dia berlakon
dengan nicole -  berapa kali menangis tengok cerita tu
banyak adegan sedih .. ada few yang memang funnies juga -

tunggu x men lagi.. - sebab dalam x men dia memang
sesuai betul jadi wolverine -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2008 07:25 PM | Show all posts
aku dah tgk...
aku kasi 4.5 out of 5 stars
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 10:34 PM | Show all posts
Dah tengok citer ni. Memang best especially kita memang minat banget ngan Hugh Jackman... yummynya bohdy dia... !! Tapi watak budak yg namanya Nullah tu pun best jugak.  Anyone knows apa race budak ni sebenarnya ya? Memang pure australian ke?
Saper pompuan2 yg suka baca buku Mills & Boon mesti suka gak ngan citer nih. Ala2 romantik gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 12:24 AM | Show all posts
dah tgk gak..klakar ade, sad scene ade,, tak heavy sgt.mula2 malas nak tgk sbb ingat heavy ngan sejarah2 australianya..tapi takde pun in fact ingatkan nicole main watak minah aussie rupanya minah brit.

oklah..pegi la tgk..kalau boring2 duk umah
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 11:37 AM | Show all posts
synopsis ada sikit macam far and away, nicole kidman and ex hubby- tom cruise.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 11:43 AM | Show all posts
best2...tp masa aku tgk tu nmpk mcm xde org muda2 yg tgk...
mcm2 ada...sedih..kelakar...serius...geram..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2009 12:14 PM | Show all posts
dah tgk smlm kt mid valley...

aku bg 4.5 out of 5....mmg berbaloi 2jam 45 mnt tgk....

aku pun plg suke scene dorg nk bwk lembu ke darwin...n then wktu mak nullah (daisy) mati kt tangki air tu aku nangis giler2...

part yg lucu mmg lucu betol....n then aku sedih gak ms kwn hugh jackman tu kn tmbk ngn tntra jepun...

citer nih mmg agak pnjg tp mmg xboring....aku suke king george...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 01:18 PM | Show all posts

Reply #47 myralupilato's post

yang sedih juga masa nullah kena bawa lari tu.. -
nak buat camana la ye.. sian dia..

yang paling lawak masa mula2 lady sarah sampai tu -
dan drover tengah fighting -
habis undies dia semua berterbangan..
now - that's so funny scenes -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2009 02:18 PM | Show all posts

Reply #48 dexa's post

yup....nullah kena bawak lari pun aku nangis...

satu lg scene lawak aku suke ms lady sarah naik lori kepebende tuh ngn drover n then flynn tumpang..muka lady sarah sgt lawak...

pastuh magarri n sorg lg leh pulak bunuh kangaroo...be4 that lady sarah beria2 je 'cantiknya cantiknya'...yg si drover tu iyekan je...pelik kot tgk lady sarah terlebih sgt kagumnya ngn kangaroo....

btw...hugh jackman sgt hot masa scene tari menari tuh...cm citer cinderella tp tblik...llki yg smpi kendian..n then sume org terpaku...termasuklah aku...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 09:19 PM | Show all posts

Reply #49 myralupilato's post

best scene yang drover pakai suit tu..
pastu menari dengan lady sarah...

memang kelakar part yang dia tengok kangaroo tu -
pastu.. terkejut kena tembak -  expression nicole
memang bagus sangat -
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 11:52 PM | Show all posts

Reply #50 dexa's post

lawak campur comel muka nicole masa scene kangaroo, kippling flynn tumpang ngn undies berterbangan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 11:56 PM | Show all posts
pastu comel giler ms nullah ckp 'wrong business'

n then...ms nicole pujuk dia pas mak dia mati..nyanyi2 lagu somewhere over the rainbow tuh...sedey+sweet.

pastu kn dorg bila ada yg mati xleh sebut nm dah...sebak aku ms nullah tya drover psl lady darah n then drover ckp kita xleh sebut nm dia lg...

aku suke gak bila je part2 nullah lari2 pg kt lady sarah...mrs. boss, mrs.boss!!! comel tol...sooo sweet

[ Last edited by  myralupilato at 2-1-2009 12:24 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 10:03 PM | Show all posts
crite ni sedap.. tp terlampau panjang.. org pompuan cam aku nis ke laa nengok.. partner aku memula je dia teruja.. bab tengah2 tuh dai dah start buhsan,... then scene bom jatuh tuh cantik.. baru mata dia terbukak balik nak nengok movi nie..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 11:51 AM | Show all posts
baru tgk smlm kat 1U. OKla walaupun nk dkt 3 jam duduk barisan 3 dari depan tp berjaya xtido eventhough agak letih smlm. Cinematography memang fuuhh... mantap gile ah. Tp cam sumthing missing la. xtau ape. Scene serangan jepun tu kejap plak kot rasenye, xpadan dengan durasi 3 jam ni. And Nicole Kidman+Hugh Jackman best. Overall 7/10 kot.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 09:44 AM | Show all posts
baru tengok hari sabtu lepas...
mmg best giler citer nih!
my bf pun ckp best jugak...mula2 ajak dia tengok dia mcm sceptical sikit...dia ckp sure dia tido jer nanti...hehehe bila dah tgk citer tue tak tido langsung...mcm2 emosi ada dlm filem nih...best..best..best
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 01:47 PM | Show all posts

Reply #55 neersanco's post

tula...best kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2009 06:08 PM | Show all posts

Reply #56 myralupilato's post

heheh best tapi perasan ada byk jugak yer yg kena potong...
nak kena cari uncensored version nih..hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 08:19 PM | Show all posts

Reply #57 neersanco's post

ohoho...lg2 part romantic nicole n hugh....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.055049 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list