View: 2927|Reply: 7
|
Rumah AFC nak dipindah?
[Copy link]
|
|
BEKAS Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Peter Velappan (gambar)terkejut dengan cadangan Presidennya, Mohammed Hammam untuk memindahkan Rumah AFC dari Malaysia ke negara lain di Asia.
"Ini satu penghinaan terhadap semua pemimpin dan kakitangan Malaysia yang telah bekerja keras bagi memajukan dan mempromosikan bola sepak di Asia. Jelas sekali, beliau tidak memahami sejarah dan budaya bola sepak Asia.
"AFC menjadi kukuh seperti sekarang hasil daripada kepimpinan, ketekunan dan sumbangan pemimpin Malaysia dan sokongan kerajaan. Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah berkhidmat selama 24 tahun, diikuti Tan Sri Hamzah Abu Samah selama 16 tahun dan Sultan Ahmad Shah selama lapan tahun, sebelum Hammam mengambil alih.
"Saya sendiri berkhidmat sebagai Setiausaha Agung AFC selama 30 tahun dan telah membina AFC daripada sebuah persekutuan yang baru mula bertatih hingga menjadi apa yang ada sekarang. Mereka yang sebelum saya iaitu Koe Ewe Teik dari Pulau Pinang dan Datuk Teoh Chye Hin dari Perak juga telah bekerja keras bagi meletakkan asas kukuh bagi penubuhan AFC," kata Peter yang bersara daripada jawatan itu tahun lepas kepada Bernama semalam.
Pada mesyuaratnya kelmarin, Jawatankuasa Eksekutif AFC membuat keputusan membuka bidaan kepada anggota persatuan bagi menjadi tuan rumah ibu pejabat AFC.
Sekretariat AFC, yang mula beroperasi dari Hong Kong selepas badan penyelia itu ditubuhkan di Manila, Filipina pada 8 Mei 1954 berpindah ke Pulau Pinang pada 1965 apabila Ewe Teik menyandang jawatan Setiausaha Agung AFC.
Sepuluh tahun kemudian, sekretariat itu berpindah pula ke Ipoh iaitu apabila Chye Hin menjadi Setiausaha Agung AFC dan apabila Peter menyandang jawatan itu pada 1978 sekretariat itu dipindahkan ke Kuala Lumpur sebelum AFC mempunyai bangunan sendiri di Bukit Jalil pada 2000.
Peter berkata, Malaysia merupakan pusat bagi Asia dan negara ini mempunyai kemudahan pengangkutan udara serta darat yang amat baik, di samping kemudahan dan prasarana telekomunikasi yang cekap, manakala semua wakil 46 anggota AFC yang sering berkunjung ke negara ini gembira dengan layanan yang mereka terima.
"Bertentangan dengan dakwaan kononnya kerajaan kurang memberi sokongan, kerajaan Malaysia sebenarnya banyak memberi sokongan.
"Kami bina Rumah AFC dengan pinjaman daripada FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) selepas kerajaan Malaysia memperuntukkan sebidang tanah di Bukit Jalil yang dibayar oleh Sultan Ahmad Shah. Sejak itu, Rumah AFC menjadi simbol maruah, kebanggaan dan penghormatan bagi semua rakyat Malaysia khususnya dan penduduk Asia umumnya.
"Kerajaan Malaysia memberi pengecualian cukai terhadap semua hasil dan memudahkan pergerakan dana ke mana saja di dunia. Oleh itu, percubaan untuk memindahkan Rumah AFC merupakan perbuatan yang amat tidak menghormati rakyat dan negara Malaysia," kata Peter.
Peter, yang memainkan peranan penting dalam penganjuran kejohanan bola sepak Piala Dunia 2002 oleh Korea Selatan dan Jepun berkata beliau tidak nampak sebarang sebab cadangan itu perlu dibuat oleh Hammam.
Bagaimanapun, katanya keputusan muktamad tentang perkara itu akan dibuat oleh Kongres AFC pada Mei 2009. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 t@t's post
Aku dah isu ini akan timbul... ingat presiden bangang tu nak ke berulang alik dari Qatar ke KL.. boleh blah la AFC.. duk sini pun bukannya dapat membantu pembangunan bolasepak tempatan.. |
|
|
|
|
|
|
|
elok sangat pindah..
buat malu AFC ja..
dah la ranking 166 (dengaq kata naik plak jadik 162 kes seri 1-1 ngan India aritu)
then FIFA dah melabelkan pengurusan FAM kelas C- @ D+
buat malu ja wehhhhh..
bengongnya FAM! plz.. tolonglah telus, ikhlas |
|
|
|
|
|
|
|
yang syok nye, dioarng siap cakap champions league nanti hanya jepun,s.korea,china,australia n negara2 arab je yang leh masuk.... |
|
|
|
|
|
|
|
PINDAH JER LAAA....DARI BERTAPAK DI BUMI YG TAK PERNAH NAK BANGKIT DALAM KONTEKS PERMAINAN BOLASEPAK NIE...PEGILAA KENEGARA2 MCM VIETNAM KER MYANMAR KER...ATAU SPORE... |
|
|
|
|
|
|
|
depa pindah sebab ada masalah dgn fam...
tak sebulu dah... |
|
|
|
|
|
|
|
pegi mampus la dgn fam... fam patut kena kick dr fifa , afc |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by katana83 at 15-8-2008 10:05 AM
pegi mampus la dgn fam... fam patut kena kick dr fifa , afc
wa sokong 8 juta peratus.....
afc ada kat sini pon bola sepak malaysia tahap budak sekolah gak.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|