CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4408|Reply: 11

Selangor cadang bina perkuburan Islam bertingkat

[Copy link]
Post time 11-9-2008 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Selangor cadang bina perkuburan Islam bertingkatSHAH ALAM 10 Sept. - Selangor bercadang mewujudkan tanah perkuburanIslam bertingkat bagi menangani masalah tanah terhad di negeri itu.


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, cadangantersebut merupakan salah satu alternatif yang difikirkan oleh kerajaannegeri bagi mengatasi kekurangan tanah untuk tujuan perkuburan.

Katanya, buat masa ini, kerajaan sedang mengkaji perkara itu secarateliti termasuk memberi penerangan kepada rakyat Selangor yang beragamaIslam mengenai kaedah pengkebumian secara bertingkat.

''Kita akan membuat satu rancangan dalam tempoh terdekat ini. Padaperingkat awal, kita akan membuat penjelasan bagi memberi kefahamankepada rakyat.

''Pada masa yang sama, kita juga turut mengadakan perbincangandengan penganut agama lain di negeri ini mengenai kaedah alternatifpengkebumian mengikut cara mereka seperti pembakaran (krematorium)bertingkat dan sebagainya,'' katanya kepada pemberita selepas mesyuaratExco di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai masalahkekurangan tanah pengkebumian di negeri itu yang dikatakan semakinterhad pada ketika ini.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut memberitahu, kerajaan negeri akantetap melaksanakan projek pembinaan tanah perkuburan di Taman BukitTeratai, Ampang, walau- pun mendapat bantahan penduduk di kawasan itu.

Sebelum ini, penduduk kawasan berkenaan mendakwa pembinaan tanahperkuburan Islam di kawasan itu akan memberi kesan negatif kepada nilaihartanah mereka.

Malah, penduduk mendakwa pembinaan projek itu juga tidak sesuai dilaksanakan kerana ia berhampiran dengan kawasan perumahan.

''Kita benarkan projek itu (tanah perkuburan) dilaksanakan dikawasan ini. Bagaimanapun, kita telah menetapkan syarat bahawa kawasanini perlu disediakan zon penampan yang meliputi pokok sebagai jurangantara kawasan penempatan dan perkuburan.

''Selain itu, kerajaan negeri juga menetapkan supaya tanahperkuburan berkenaan turut dibina binaan bangunan supaya dapatdigunakan oleh orang ramai.

''Malah, kita juga telah mewajibkan laluan ke tanah perkuburan tersebut tidak melalui kawasan perumahan sedia ada,'' ujarnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2008 09:59 AM | Show all posts
ok. kita tgk satu contoh kubur bertingkat yang dipraktikkan oleh Masjid Al-Jamiul Badawi di Jalan Perak, Kepala Batas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2008 10:01 AM | Show all posts
Kubur Bertingkat

Masjid Al-Jamiul Badawi, Kepala Batas, SPU

Masjid Al-Jamiul Badawi adakan Kubur Bertingkat

oleh : Mohd Hilmi Basarudin

KEPALA BATAS : Kaedah kubur bertingkat yang dipraktikkan oleh Masjid Al-Jamiul Badawi di Jalan Perak membabitkan timbunan tanah di atas kawasan perkuburan lama dan bukannya seperti konsep bangunan bertingkat sebagaimana yang difahami sesetengah pihak.

Pengerusi Qaryah, Dato' Haji Arshad Zakaria, berkata kaedah kubur bertingkat terpaksa diamalkan kerana keluasan kubur adalah terhad dan sudah penuh.



Katanya, lebih 2,000 batu nisan lama atas kubur yang berusia lebih 100 tahun perlu dicabut terlebih dahulu sebelum tanah baru dilambakkan di situ untuk membina satu lapisan baru.

Sebelum itu katanya tembok disekeliling kubur ditinggikan 1 meter dan longkang pula dibina di sepanjang tembok bagi mengalirkan air hujan sekaligus mengelakkan ianya bertakung.

"Mula-mula batu nisan lama dibuang / dicabut dan ditanda dengan pancang. "Kedua-dua batu nisan dan pancang diletakkan nombor bagi mengelakkan kekeliruan.

"Selepas itu barulah tanah baru ditimbus pada ketinggian kira-kira satu meter tanpa menjejaskan kedudukan pancang dan apabila kerja menimbun tanah selesai, batu nisan asal diletakkan pada pancang yang sudah ditanda dengan nombor tadi,"katanya.

Menurut Arshad, batu nisan lama hanya diubah ke atas lapisan tanah baru tetapi masih dalam posisi asal kerana sudah ditanda dengan pancang. Katanya, jika ada keperluan pengkemubian jenazah baru, batu nisan lama diubah terlebih dahulu bagi memberi ruang kepada kerja penggalian tanah dan selepas itu diletakkan semula pada kedudukan asal.



"Kerja menggali kubur baru tidak menjejaskan kubur lama yang kini sudah lebih tiga meter di bawah lapisan tanah baru. "Melalui kaedah ini, waris boleh menziarahi ahli keluarga mereka kerana batu nisan masih dalam posisi asal," katanya

Sebuah syarikat Bumiputera, Perniagaan Jalil dan Keluarga bertanggungjawab menimbun tanah dalam kawasan kubur seluas 0.5 hektar itu.

Arshad berkata, selaras dengan saranan Mufti Pulau Pinang, kereta sorong tidak diguna untuk membawa tanah kerana menghormati mayat, sebaliknya syarikat terbabit menggunakan kren khas untuk membawa tanah.

"Tanah yang sudah siap ditimbus juga tidak digelek demi menghormati mayat lama,"katanya,

Imam masjid, Dato' Haji Abdul Rahim Bakar, berkata kaedah kubur bertingkat sesuai diamalkan di kawasan bandar atau masjid yang mempunyai masalah keluasan kubur yang terhad.



Katanya kaedah yang diperkenalkan itu tepat pada masanya sebagai persediaan untuk masa akan datang kerana ahli Qaryah kian bertambah.


http://www.geocities.com/jamiulbadawi/kubur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2008 10:03 AM | Show all posts
yang nih gambo rombongan dari Kuala Langat p melawat kubur bertingkat kepala batas tu.

http://www.geocities.com/jamiulbadawi/gambar_lwtkubur.htm
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 10:09 AM | Show all posts
perkuburan islam aja?

y not apply to all religions?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2008 10:10 AM | Show all posts

Reply #5 blue_blur's post

ada dalam #1

''Pada masa yang sama, kita juga turut mengadakan perbincangan dengan penganut agama lain di negeri ini mengenai kaedah alternatif pengkebumian mengikut cara mereka seperti pembakaran (krematorium)bertingkat dan sebagainya,'' katanya kepada pemberita selepas mesyuaratExco di sini hari ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2008 10:52 AM | Show all posts

Reply #6 Syd's post

aduh......... terlepas pandang.... sory
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 10:56 AM | Show all posts
tu la... ada tanah wakaf utk jadikan kubur, kroni bn pakat2 kasi geng dia, bikin shoplot la, apatmen la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2008 12:55 PM | Show all posts

Reply #7 blue_blur's post

eh tak pe.

kita beritahu, kalau ada.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2008 08:22 AM | Show all posts

Balas #6 Syd\ catat

elok sangatla tuh
aku tengok kubo cina....bukan main luas...abis satu bukit tuk kubo dia aje...
ye la walau belipun pikirla yg masih hidup kan bertambah ramai
negara kta tak besau mana
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2008 03:20 PM | Show all posts

Reply #10 yusrin's post

tu la... kubur cina mkn space byk wooo... tambah2 yg kat nilai tu.... perhhh...
siap leh turun tangga & ada aircond bagai....kalau kaya siap ada perabot...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 04:05 PM | Show all posts
blue_blur posted on 11-9-2008 10:09 AM
perkuburan islam aja?

y not apply to all religions?

kalau Cina, lagi baik kaedahnya. Bakar mayat. Masuk dlm uncang. Pastu, letak bertingkat2 mcm flat pprt. Mmg jimat ruang tanah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.054083 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list