CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12919|Reply: 11

Tokoh Pejuang Melayu Perak

[Copy link]
Post time 22-12-2008 10:02 AM | Show all posts |Read mode
Sejarah yang dilupakan     Oleh Mohd Azis Ngah
[email protected]   




       Tempat tiga pejuang Melayu digantung pada pokok mempelam, Januari 1877 terbiar

SEPANJANG perjalanan dari Taiping ke Kuala Sepetang (PortWeld), yang jaraknya kira-kira 12 kilometer dari Bandar Taiping, Perakkelihatan banyak pokok besar di sepanjang jalan terutama di kawasanMatang yang mungkin usianya mencecah ratusan tahun.

Pokok besar itu dikatakan ditanam oleh penjajah Inggerisdengan tujuan tertentu, ada yang mendakwa sebagai penanda kawasanlaluan, penanda pendudukan kolonial dan ada juga yang mengatakan iasatu daripada kempen alam sekitar.
        
Laluan darat itu sebenarnya bersebelahan landasan kereta api bersejarah antara Taiping ke Port Weld sejauh 12 kilometer (km).

Di antara puluhan pokok besar itu, ada dua batang pokok besar,setinggi kira-kira 20 meter dan mungkin usianya mencecah hampir ratusantahun yang terletak di arah bertentangan dengan pokok yang dikatakanditanam oleh penjajah Inggeris.

Saiz ketinggiannya jika ditebang untuk dijadikan balak, iaboleh dipotong dua balak atau tual iaitu satu tual panjangnya bersamaandengan saiz lori balak. Ukir lilit dianggarkan lebih satu pemeluk orangdewasa.


      
Kakitangan Kompleks Sejarah Matang, Ahmad Khopapi menunjukkan pokokmempelam pauh sebesar dua pemeluk orang dewasa, benih pokok induktempat tiga pejuang Melayu digantung mati.


    Dua pokok mempelam pauh itu terletak di satu selekoh. Kedudukannya agakterpinggir, kawasannya tidak dijaga, dipenuhi lalang manakala sebuahrumah lama di tepinya kelihatan usang dan terbiar. Jika diteliti,kedudukannya di sebelah kanan dari arah Taiping betul-betul berdepandengan Kompleks Sejarah Matang.

Mungkin ramai yang tidak peduli atau tidak tahu, di situlahsebenarnya British menggantung sehingga mati tiga pejuang dan pemimpinMelayu yang disabitkan kesalahan bersubahat dan membunuh Residen Perakyang pertama, James Wheeler Woodford Birch atau JWW Birch di PasirSalak.

Dato Seri Maharaja Lela, Dato Sagor dan Pandak Indutmenghembuskan nafas terakhir di tali gantung yang diikat pada pokokinduk mempelam pauh berkenaan.

Ketika berlakunya pembunuhan Birch, Pandak Indut adalahorang pertama yang merejam lembing kepada residen British itu disusulilibasan lembing oleh Si Puntung. Pandak Indut atau nama sebenarnya NgahKamdin dan menantunya, Dato Maharaja Lela disabitkan kesalahanbersubahat dalam serangan itu.


                        
caption image3
                        Pembunuhan pada 2 November 1875 itu banyak dicatatkan buku sejarah,jurnal, perbincangan tetapi yang pasti ia adalah kemuncak sejarahperjuangan Melayu menentang penjajah di Pasir Salak. Ia adalah sejarahagung yang dikenang sebagai bukti perjuangan demi cintakan bangsa,agama dan tanah air.

Kini selepas 133 tahun serangan itu berlaku, yang tinggalcuma dua batang pokok generasi baru hasil benih pokok induk, tetapiberdasarkan keadaannya sekarang, boleh dibayangkan betapa besarnyapokok berkenaan pada ketika itu.

  Selain itu, kedudukannya menghadap tanah lapang juga menimbulkan tanda tanya apa motifnya hukuman gantung diadakan di situ.

Ada yang mengatakan, hanya satu tujuan iaitu supaya hukumanitu dapat disaksikan oleh penduduk kampung supaya jangan sesekalimencabar pemerintahan British serta menakutkan orang ramai untukmembuktikan kekuasaan Inggeris ke atas Tanah Melayu.

Rumah Kapten TCS Speedy yang mengetuai pasukan polis NgahIbrahim juga bersebelahan tempat itu, jadi memang sesuai ia dijadikantempat menjalankan hukuman.

Pembantu Muzium, Kompleks Sejarah Matang, Ahmad Sazali Sabu,berkata berdasarkan cerita lisan yang diwarisi turun temurun, memang disitulah ketiga-tiga pejuang bangsa itu digantung, cuma pokok mempelampauh yang asal sudah tumbang dan kini hanya tinggal dua batang pokokgenerasi baru.

揔awasan itu asalnya adalah bandar lama Matang. Sebab itulahadanya balai polis dan beberapa rumah lama berdekatan pokok mempelam.Rumah lama itu adalah bekas kuarters Jabatan Kerjaya Raya (JKR) yangpernah diduduki pegawai kerajaan British dan ditutup pada awal 1960-an.

揃ersebelahan itu juga adalah bekas tapak bangunan majistret,tempat pembicaraan pesalah tetapi sudah hangus dijilat api. Rumahmajistret itu pernah dijadikan lokap mengurung pesalah kes jenayahkecil seperti mencuri. Mereka ditempatkan di bawah rumah,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-12-2008 10:03 AM | Show all posts
Info

Pahlawan Melayu tulen

# Pandak Indut, Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor digantung mati pada Januari 1877 di Matang.

# Dato Maharaja Lela dan Pandak Indut dikebumikan di tebing Sungai Larut.

# Berlaku hakisan tebing menyebabkan kedua-dua kubur itu musnah.

# Kubur Pandak Indut, dibina semula di satu kawasan berhampiran Masjid Tengku Menteri, Matang, kira-kira 20 minit perjalanan dari kawasan pokok mempelam berkenaan.

Dato Maharaja Lela

# Dato Seri Maharaja Lela adalah gelaran berasal dari Melaka.

# Di Perak, beliau adalah Ketua Orang Besar Delapan dan berkuasa menghukum pesalah serta bertanggungjawab mempertahankan raja.

# Mempunyai sumber penguasaan cukai wilayah penguasaannya di Pasir Salak hingga ke Sungai Dedap.

# Frank Swettenham dalam bukunya 慡tories and Sketched
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2008 10:07 AM | Show all posts
Ngah Ibrahim pejuang pemikir Melayu
Oleh Mohd Azis Ngah
[email protected]



Ngah Ibrahim

PENJAJAH Inggeris cuba mengaitkan Ngah Ibrahim Long Jaafar (1836-1895) dengan kematian JWW Birch tetapi tiada bukti kukuh menyebabkan mereka menggunakan muslihat dan menahan pejuang kemerdekaan terawal, intelektual, pemikir dan berwawasan jauh dalam membangunkan ekonomi bangsa Melayu itu di Singapura.

Ngah Ibrahim akhirnya dijatuhkan hukuman dibuang ke Pulau Seychelles dan dipindahkan ke Sarawak sebelum kembali ke Singapura dan meninggal dunia pada 4 Februari 1895. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Al Junid, Singapura sebelum dibawa pulang ke halamannya pada 2006.

Perbincangan mengenai Ngah Ibrahim sebagai seorang daripada pahlawan serta jutawan Melayu terkenal pada abad ke-19 di Tanah Melayu tidak perlu dipertikaikan.

Dia orang yang bertanggungjawab membina Kota Ngah Ibrahim, yang kini berusia 150 tahun yang dijadikan pusat pentadbiran bersilih ganti diletakkan di bawah pemerintahan British, Jepun hinggalah akhirnya diserahkan kepada Jabatan Muzium dan Antikuiti pada 1985 untuk dijadikan Kompleks Sejarah Matang.

Kawasan kota itu dibina menggunakan batu bata yang dicampur simen lama dikenali Lime Motar dan mempunyai menara kawalan utara dan selatan, pelabuhan Melawati, kubur, tugu peringatan kemasukan tentera Jepun.

Bahkan, tembok yang runtuh akibat rempuhan pesawat Jepun yang terhempas di situ ketika Perang Dunia Kedua dikekalkan sebagai bahan sejarah. Pada tembok itu terdapat satu lubang kecil pada jarak setiap lima kaki dipercayai bagi tujuan pertahanan.

Ini kerana, Ngah Ibrahim pernah melantik Kapten Speedy mengetuai pasukan polis mengawal kubu berkenaan terdiri daripada orang Melayu dan tentera Gurkha.

Di satu sudut berhampiran menara selatan, terdapat satu perigi lama yang digali semula oleh arkeologi dan hasilnya membuktikan seni bina yang menarik. Susunan bata diletak dengan tiga corak iaitu melintang, menegak dan bentuk V atau tulang belut.

Airnya masih banyak dan jernih, tetapi pengunjung tidak dibenarkan memijak batu bata di situ bagi mengelakkan runtuhan.

Ahmad Sazali berkata, kubu itu pada asalnya terletak berhampiran sungai tetapi kini sungai itu menjadi sempit dan langsung tidak digunakan.
Lakaran Kota Ngah Ibrahim di era kegemilangan pemerintahan yang turut menempatkan pelabuhan.

揘gah Ibrahim mempunyai empat kapal iaitu dua kapal layar dinamakan Bahtera Bayu dan Indera Bayu yang prestasinya lebih hebat daripada Kapal Pluto yang menjadi lokasi Perjanjian Pangkor pada 1874 serta serta dua kapal stim,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2008 10:08 AM | Show all posts
# Biodata Ngah Ibrahim:

# Dilahirkan pada 1836 di Bukit Gantang, Perak dan kawasan kelahirannya adalah daerah pemerintahan bapanya, Long Jaafar pada zaman kegemilangannya sehingga pembinaan Kota Long Jaafar.

# Ngah Ibrahim adalah anak hasil perkahwinan Long Jaafar Datuk Paduka Setia Long Abdul Latif dengan Cik Ngah Pura Datuk Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja Alang Alaiddin.

# Long Jaafar adalah pengusaha bijih timah terkenal bermula pada 1840. Beliau juga pengusaha ladang tebu di Kerian dan Bagan Tiang serta pengusaha ladang kopi di Assam Kumbang, Taiping.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 10:11 AM | Show all posts
tq syd...kita sama2 kenang balik sejarah pejuang perak dulu kala...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 10:14 AM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

masih hidup lagi pokok ni ya...

memang pokok mempelam pauh besor n tinggi................buahnya tak besor tak kecik...........sedang2 saja..............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2008 10:52 AM | Show all posts
penah pergi ke sana buat lawatan...masatu kami semua satu rombongan dok bawah umah saper tah...kirenye bawah umah salah satu tokoh tuh.....syahdu giler dengar citer2 org yang bercerita tuh....bersemagat tul.....
sedeh susah payah org dulu2 dapatkan kemerdekaan...tapi hari ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 11:19 AM | Show all posts
Nak tanya sikit yek...

Depa ni berjuang untuk memerdekakan diri dari penjajah British atau berjuang supaya boleh pungut cukai?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2008 11:40 AM | Show all posts
syd.. terima kasih for the info..
tapi sekarang ni.. perkataan melayu udah jadi begitu sensitip... bukan sahaja dikalangan orang bukan melayu... bahkan dikalangan orang melyu sendiri..

sekarang dia orang tengah sibuk berbincang bahawa pejuang kemerdekaan sebenar tanah melayu ialah Chin Peng..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 11:45 AM | Show all posts

Balas #9 Al Lebam\ catat

Chin Peng???
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 11:49 AM | Show all posts
Originally posted by airwickss at 22-12-2008 11:45 AM
Chin Peng???

ha'ah..
kalo mike rajin jenguk kat bod current issue... mike akan jumpe le thread membincangkan pasei sumbangan besar chin peng sbg pejuang kemerdekaan tanah melayu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2008 01:54 PM | Show all posts
Traitors and heroes
SAGER AHMAD

Apart from the name change, the road went through several changes, including the construction of a multi-tiered interchange to replace Bulatan Edinberra (Edinburgh roundabout).

The road is a record of sorts of the Malay struggle against a foreign dominion in Pasir Salak, Lower Perak.

First British resident James Wheeler Woodford Birch was sent to rule Perak after the Pangkor Treaty of 1874. His insensitivity to local customs, culture and religion angered the people.

Birch was killed while taking his bath on the bank of the Perak River in Pasir Salak, Lower Perak by Si Putom, a trusted orang asli servant of Datuk Maharajalela on Nov 2, 1875.

The incident saw the full fury of the British Force with Indian sepoys deployed from as far away as India who came upriver in boats to punish the killers.

They ransacked Maharajalela’s village and burned his house. After a long-winded trial at the Ngah Ibrahim fort in Matang, Perak, Maharajalela and his associates (including Datuk Sagor and Si Putom) were found guilty and hanged.

Raja Abdullah, who ruled Lower Perak, and Ngah Ibrahim were banished to the Seychelles.

After the British left, these “traitors” became “heroes” in local history books. Datuk Maharajalela and Datuk Sagor joined the names of other heroes who stood against the British rule.

Similarly, in Taiping there is a road named Jalan Maharajalela with the name Jalan Birch under it.

There is a Birch Memorial in a backlane in Taiping and one in Ipoh while his grave in Pasir Salak is under the care of the Museums and the Antiquities Department.

Unfortunately, Maharajalela’s grave is no more in Matang as it has been washed away.

There is a historical complex in Pasir Salak depicting the village of Datuk Maharajalela and Datuk Sagor, close to the spot where Birch was killed.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.210949 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list