|
SHAH ALAM Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memperkenalkan talian khas 1-800-888-994 bagi membolehkan orang ramai membuat sebarang aduan berkaitan perkhidmatan jabatan itu.
Pengarahnya, Soiman Jahid berkata, talian tersebut yang boleh dihubungi 24 jam sehari akan mengendalikan setiap permasalahan aduan awam dengan telus, segera dan cekap.
"Dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan supaya lebih efisien dan unggul kepada masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor telah mewujudkan satu talian khas hotline aduan awam," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini.
Menurut Soiman, dengan adanya kemudahan itu, beliau berharap pihaknya dapat meningkatkan mutu perkhidmatan supaya lebih berkualiti. |
|