CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2597|Reply: 2

Sakit leher sampai ke kaki

[Copy link]
Post time 28-12-2008 12:07 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua,

Saya nak tanya ada tak kawan2 kat sini tahu pasal topik yg saya bukak ini?

Beberapa minggu lepas leher saya sakit ingatkan sakit leher yg biasa akibat tersilap tidur...tapi selepas itu pergi pulak ke kaki belah kiri.
Bahagian bahu serta tulang pipi pun terasa sakit. Saya diminta buat berapa blood test tapi masih belum tahu apa keputusannya. Sekarang ni asyik makan pain killer aje.

Kat bahagian kaki jadi sembab dan sakit dan lutut sakit jika nak duduk atau bangun dan kadang kala berdenyut...harap ada kawan2 yang sudi share info. Tq.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2008 05:49 PM | Show all posts
ooo..kesian kat awak.. maaf ler saya tak tau nak bagi pendapat..sebab tak penah dengar sakit yang macam nih.. apa pun.. harap awak bersabar la tunggu result blood test tu dari doktor...kalau dah dapat nanti..share sama la dengan kita kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2013 09:27 AM | Show all posts
Ramai mengabaikan sakit di leher kerana beranggapan lama-kelamaan, ia hilang sendiri tanpa perlu dirawat. Bagaimanapun, penting untuk kita memberi perhatian terhadap sakit dialami sebelum keadaan menjadi lebih memudaratkan manakala kos untuk merawatnya pula meningkat.

Antara punca sakit leher ialah ketegangan otot disebabkan melakukan kerja dengan mengadap komputer sepanjang hari. Kedudukan tubuh yang tidak betul serta tidak melakukan aktiviti regangan dan melegakan otot menyebabkan ketegangan pada leher. Kerja yang berulang-ulang pula boleh menyebabkan ketegangan otot, misalnya bekerja di barisan pengeluaran kilang atau kerja yang memerlukan pergerakan sangat tepat seperti menjahit.
“Biarpun sakit dirasakan di leher, ia mungkin berpunca daripada masalah tulang belakang. Sakit leher juga boleh disebabkan oleh otot ketat di kedua-dua leher dan tengkuk, tidur dengan postur tidak betul, kemalangan kecil daripada tindakan kasar atau tekanan fizikal dan emosi,” katanya.

Sakit leher juga boleh disebabkan duduk di kerusi yang tidak seimbang dengan meja, misalnya meja terlalu tinggi dan kerusi rendah atau sebaliknya, menyebabkan posisi badan tidak betul. Paling ketara, ia berlaku di kalangan mereka yang bekerja di pejabat.


Osteoartritis atau kerosakan dan kemerosotan tulang rawan turut menjejaskan leher, manakala aktiviti fizikal seperti mengangkat barangan berat boleh menyebabkan kesakitan di tengkuk.
Tabiat ‘memulas’ leher tidak digalakkan kerana ia memberi tekanan pada sendi dan ligamen. Bagi mereka yang mengalami diska teranjak (slip disc), tindakan itu akan menjadikan sakit bertambah teruk.

Perkara yang boleh dilakukan untuk meringankan kesakitan termasuk:
  • Melakukan senaman leher. Menjaga pergerakan leher penting kerana ia membantu mencegah masalah jangka panjang. Senaman mudah dapat membantu menguatkan otot leher dan memperbaiki rangkaian pergerakan anda.
  • Lakukan terapi haba. Dalam tempoh 48 jam pertama selepas mengalami sakit leher, lakukan urutan ais selama lima lima hingga 10 minit di kawasan terjejas.Untuk sakit yang berlangsung 48 jam atau lebih, tuam di kawasan terjejas untuk membantu mengurangkan kesakitan dan melonggarkan otot.
  • Tidur dengan bantal dalam kedudukan lebih tinggi pada waktu malam bagi menyokong leher.
  • Memakai pendakap leher. Ini digunakan hanya di bawah pengawasan ahli fisioterapi dan dalam masa singkat (dua hingga empat hari). Pengambilan parasetamol atau ibuprofen boleh membantu melegakan kesakitan. Jika sakit berterusan, segera dapatkan rawatan doktor. Mereka mungkin boleh merujuk anda kepada ahli fisioterapi jika perlu. Lakukan senaman, termasuk senaman leher, jika anda duduk dalam satu kedudukan untuk jangka masa panjang di depan komputer hingga membebankan otot di bahu dan leher. Selain itu, selalu regangkan lengan, pergelangan tangan dan jari atau bangun dan berjalan-jalan jika keletihan otot bagi mengelak ketegangan dan kecederaan yang mungkin berlaku.


Pengguna komputer yang habitual dan tidak berdisiplin juga berkemungkinan mendapat  serangan MSD seperti sakit pinggang, sakit bahu dan sakit leher. Dapatkan maklumat lanjut di blog ergonomi dan facebook Amalan Terbaik Komputer.


Last edited by sharifahmastura on 9-6-2013 09:28 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.045441 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list