View: 4982|Reply: 10
|
Shah Alam Extreme Park
[Copy link]
|
|
Shah Alam Extreme Park Dibuka Sepenuhnya Tahun Ini
Oleh Syarrizuan Abdul Rashid dan Fadzillah Aishah Ismail
SHAH ALAM, 1 Jan (Bernama) -- Sebuah pusat sukan yang berorientasikanaktiviti lasak yang dikenali sebagai 'Shah Alam Extreme Park' dijangkadibuka sepenuhnya awal tahun ini sebagai medium alternatif bagigolongan muda mengisi masa lapang mereka dengan lebih berfaedah.
Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ShahrinAhmad berkata, pusat sukan itu yang dilengkapi pelbagai kemudahan acarasukan lasak, dibina khusus untuk golongan remaja sebagai alternatifuntuk beriadah.
Shahrin berkata kemudahan sukan ekstrem itu dibina di kawasan seluas5.2 hektar di Seksyen 13 di sini dan merupakan sebahagian daripadaKompleks Sukan Shah Alam, yang turut merangkumi Stadium Shah Alam,Stadium Tertutup Malawati, Litar Go-Kart Shah Alam dan Kompleks BolingPadang.
Pusat sukan ekstrem itu dilengkapi enam gelanggang futsal, satu medanaktiviti paintball, satu gelanggang papan luncur, 'wall climbing','boulder park', gelanggang basikal, padang ragbi dan sudut rehatkeluarga serta tiga buah restoran makanan segera yang telah mulaberoperasi, katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata: " Walaupun sebelum ini ia dijangka siap lebih awal,tetapi disebabkan beberapa perkara termasuk memastikan kesesuaiankelengkapan dan binaan bagi sukan esktrem yang akan dibina, ia dijangkadibuka sepenuhnya tidak lama lagi."
Shahrin berkata pihaknya hanya menanti kerja-kerja menyiapkangelanggang futsal, sementara yang lainnya sudah sedia untuk digunakan.
"Malah ada yang kita telah buka kepada awam seperti wall climbing dan gelanggang papan luncur," katanya.
Shahrin berkata kos pembinaan kompleks sukan lasak itu ialah lebih RM5juta, dan MBSA memperuntuk tambahan RM100,000 menerusi Bajet 2009 untukmenaiktaraf kemudahan riadah yang disediakan.
Beliau berkata mereka yang berminat perlu mematuhi peraturan yangditetapkan termasuk memakai pakaian yang sesuai dan mengikut nasihatdaripada mereka yang pakar sebelum melakukan aktiviti sukan lasak yangdisediakan.
Selain itu, kedai kelengkapan peralatan sukan lasak juga disediakan dipusat sukan itu bagi mereka yang berminat serta sebuah kiosk yangmenyediakan peralatan sukan esktrem itu, turut dibuka dengan kadar sewayang minimum.
Shahrin berkata selain bertujuan menjadikan 'Shah Alam Extreme Park'sebagai pilihan golongan remaja bagi mengisi masa lapang mereka, pusatsukan ekstrem itu juga sesuai dijadikan pusat riadah keluarga dandilengkapi dengan tempat letak kereta yang luas.
Katanya, restoran makanan segera di kawasan pusat sukan itu jugamenyediakan perkhidmatan pandu lalu bagi memudahkan warga Shah Alammembeli makanan yang dijual selain sebuah kafe yang turut disediakan didalam kompleks sukan ekstrem berkenaan.
Shahrin berkata, lokasi pusat sukan itu juga strategik keranaberdekatan dengan beberapa institusi pengajian tinggi dan kawasanperumahan malah ia juga boleh dianggap sebagai alternatif kepada wargaShah Alam untuk beriadah selain beberapa taman awam seperti Taman TasikShah Alam.
"Mereka yang berminat untuk menggunakan kemudahan riadah di komplekssukan berkenaan perlu mendaftar di pejabat perkhidmatan yang disediakandi kompleks berkenaan bagi tujuan keselamatan," katanya.
Waktu operasi bagi pusat sukan itu ialah dari pukul 10 pagi hingga 11malam pada hari biasa dan dari pukul 8 pagi sehingga 11 malam padasetiap cuti umum, katanya.
-- BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lerrr....
aku tgk extreme par nie mcm tutup jerk
ngat da xleh main |
|
|
|
|
|
|
|
macam2 ade...
wall climbing tu cam best je |
|
|
|
|
|
|
|
rock climbing dia bole la tahan besa jugak. free je kuikui tapi kena ada equipment sendirik la.. of course.
kat pizza dia plak tak seswai untuk makan kt situ. sebab pizza dia jenis delivery punye. ala macam kedai domino arh. tapi kepada sesapa yg menggedik nk makan kat sana jugek, alamatnya kena makan tanpa pinggan la jawapnye. kuikui and sudu pun tak disediakan. peghhh!
then ais dia pun dia letak kat dalam plastik.. sesapa nak ais kena kaup ngan sudu or cawan kosong |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 a.ceCCo's post
sungguh x besh kan? ada sekali tu wa gi KFC ada lak road block haramjadah kat jalan depan tu...... masak ler sesapa yang nak lari x lepas gak..... |
|
|
|
|
|
|
|
banyak lagi yang perlu upgrade nih |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by a.ceCCo at 3-1-2009 08:40 AM
rock climbing dia bole la tahan besa jugak. free je kuikui tapi kena ada equipment sendirik la.. of course.
kat pizza dia plak tak seswai untuk makan kt situ. sebab pizza dia jenis delivery pu ...
bwk equipment sendiri??
lor.. at least wat le tempat sewa peralatan utk org2 cam aku yg wall climbing skali skala..
aku leh je mkn pizza tanpa pinggan.. rasenye biase je wat cam tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 chuckiey's post
haah.. kena bawak sendirik kalau nak climb
tp batu2 tu best jugak la, tinggi & kinda big
ada 2 ke 3 tempat climb tah kat situ.. |
|
|
|
|
|
|
|
entrance kat Extreme Park ni ada satu je ke..? kalau ada satu je, mcm sempit sgt la entrance die.. kua masuk guna entrance tu gak..
aku slalu lepak kat Burger King die, wat discussion dgn members kat situ, huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 laislabonita's post
satu je kut.. cecco tak perasan kut2 ada pintu yang lain. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|