|
Warga Perak bertuah, berhemah
Hari ini satu lagi sejarah dunia persuratkhabaran di Malaysia tercipta apabila Sinar Harian, satu-satunya akhbar komuniti nombor satu di Malaysia mula diterbitkan di negeri Perak Darul Ridzuan.
Bagaimana ia bermula? Penerbitan Sinar Harian Edisi Perak sama seperti penerbitan edisi negeri-negeri lain sebelum ini yang telah bermula di Kelantan, Terengganu, Pahang, kemudian ke Selangor dan Kuala Lumpur diikuti di Melaka dan Negeri Sembilan. Kini giliran negeri Perak pula. Kesinambungan seterusnya ialah di negeri Johor, dalam beberapa bulan akan datang.
Akhbar ini diterbitkan apabila kami menyedari pembaca amat memerlukan sebuah wadah berita atau sumber maklumat yang bercorak komuniti yang menampilkan berita-berita yang telus, adil dan bertanggungjawab.
Ya. Sinar Harian dan Skuad Cakna Sinar Harian di daerah-daerah mampu melaksanakannya. Kami akan terus melapor berita-berita tentang wakil rakyat yang rajin buat kerja, suka membantu dan menyelesaikan masalah rakyat kawasannya hingga rakyat dapat mengecap nikmat pembangunan dunia dan akhirat.
Dalam masa sama juga kami akan tetap melapor mengenai wakil rakyat atau pihak berkuasa tempatan yang malas buat kerja. Dengan inisiatif Skuad Cakna Sinar Harian dan orang ramai setempat, akhbar ini juga akan membongkar segala salah guna kuasa, penyelewengan, rasuah dan sabotaj, jika ada bukti.
Tumpuan kami ialah untuk melahirkan generasi akan datang yang berakhlak mulia. Pemimpin yang menjalankan tugas dengan amanah dan pekerja atau komuniti yang jujur berkhidmat tanpa ada niat lain yang terselindung. Untuk itu marilah bersama-sama kami membina satu tamadun yang dikagumi untuk diwarisi kepada anak cucu kita nanti. Bantulah Skuad Cakna Sinar Harian di daerah anda dengan memberi maklumat yang tepat dan berkredibiliti. Tidak kira apa fahaman politik anda, salurkan kepada mereka untuk dibaca oleh semua pihak.
Kelahiran Sinar Harian Edisi Perak ini juga dianggap tepat pada masanya, iaitu pada saat negeri berkenaan sedang dilanda kemelut politik yang paling mencabar.
Sebagai akhbar yang telus dan prihatin, Sinar Harian akan tetap menekankan berita yang diperlukan oleh pembaca dengan jaringan berita yang adil dan bermaklumat yang sukar dibaca dalam akhbar arus perdana.
Terima kasih kepada seluruh rakyat Perak yang telah memberikan reaksi yang amat positif terhadap kempen-kempen yang telah dilakukan sepanjang dua minggu lalu dan masih lagi berterusan hingga kini.
Kerjasama yang jitu daripada pihak Polis Diraja Malaysia Selangor dan Perak amat kami sanjung tinggi sehingga konvoi pelepasan dari ibu pejabat di Shah Alam, selamat sampai ke daerah masing-masing untuk berkhidmat.
Begitu juga dengan sikap komited pihak berkuasa tempatan di daerah-daerah yang kami singgah. Sumbangan anda amat membanggakan dan Sinar Harian tidak teragak-agak untuk sama-sama menyumbang ke arah pembangunan negeri Perak dengan laporan berita komuniti yang jujur dan bertanggungjawab.
Kini langkah pertama di Perak telah kami mulakan. Kami tidak akan berundur selagi seluruh rakyat Perak menyokong usaha Skuad Sinar Harian di daerah masing-masing. Hubungi mereka untuk wadah berita setempat yang adil dan telus.
~~~
atteee kome..dah ado surat kabo alternatif..gamak kalo dah bosan bace otosan meloya dengan brita hairan..skarang ini sinar sudah ade..
teman pun dapat amik satu..free aje deme letak kat tangge mesjid ubudiah tadi..
sronok kaborr nih..pukui rate aje semua..takde bias mane2 kalo cerite bab politik lerr.. |
|
|
|
|
|
|
|
selalu gak baca surat kabor ni, tapi teman tak berapa gemor le... macam surat kabor tabloid je... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 AnBulisia\ catat
memang pun..tabloid komuniti anda... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 dainese\ catat
tak pernah jumpa pon..
teman bace kosmo jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 lili_haryani\ catat
attee..di perak baru ari launch... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 dainese's post
oooo gitu kisahnya...
surat kabo picisan jelah ni... |
|
|
|
|
|
|
|
takat mano benor la dia akan jadi alternatif utk yg tak mahu baca mainstream newspapers? i doub't it. yg aku tahu yg jadi para penasihat paper ni ialah bekas-bekas editor di newspaper mainstream juga.
anyway welcome to perak negeri bertuah. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak nafikan sales newspaper ni memang mencanak-canak naik di klang valley, esp lepas pilihanraya umum lalu sebab dia banyak buat cerita punca2 org tak menyokong BN lagi ... but ever since that dia pun dah mellowed down.
i think it is still selling well now sebab harganya RM1. |
|
|
|
|
|
|
|
akhbar tabloid ni pesaing/alternatif kpd kosmo dan hmetro, cuma dia belum byk cerita berkenaan hantu dan kejadian pelik(buang tebiat) sebelum org meninggal je |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 Pikir\ catat
lagi satu..cerita pasal seks... |
|
|
|
|
|
|
|
tadi aku dpt free ..blh la nak baca kalu free..aku suke the star n NST kalu nak beli paper...
paper melayu blh pinjam je sbb org dok beli slalu..haha |
|
|
|
|
|
|
|
teman kat kedah dah ade dah sorat kabo ni. Asben teman memang beli ni je. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|