|
Post Last Edit by Syd at 16-12-2009 10:54
Sotong serang pantai
KUALA TERENGGANU: Orang ramai yang berkunjung di pantai Batu Rakit,dekat sini, semalam, bagaikan berpesta apabila ribuan sotong dinaikkan dengan hanya menggunakan tangguk.
Rezeki tidak diduga itumenyebabkan pesisir pantai berkenaan dipenuhi orang ramai sejak jam5.30 petang hingga lewat malam untuk menangkap sotong yang dihanyutkanarus.
Malah, ada pengunjung yang tidak mempunyai peralatan sanggup meredah ombak menangkap hidupan laut itu menggunakan tangan.
Beberapa penduduk ketika ditemui turut terkejut melihat sotong yang banyak dihanyutkan ombak ke pantai.
Penduduk, Aznan Yusof, 24, berkata sejak semalam dia menaikkan kira-kira 150 kilogram (kg) sotong dengan menggunakan tangguk.
揔emunculan udang baring yang banyak di kawasan pantai menyebabkansotong tertarik untuk memakannya dan ia kemudian dihanyutkan ke pantai.
揙rang ramai sejak petang memenuhi kawasan ini untuk menangkap sotong menggunakan tangguk, |
|
|
|
|
|
|
|
wah...bestnyer...takde gambar ker?/ |
|
|
|
|
|
|
|
eee seram nya aku baca... knp ek tetiba sotong tu naik darat?
eeeee |
|
|
|
|
|
|
|
jgn2 amaran tsunami ni..isk..mintak simpang... |
|
|
|
|
|
|
|
ish...petanda tsunami ke? |
|
|
|
|
|
|
|
rezeki Allah nk bagi tu...................
bersyukurlah. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm sebelum tsunami dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
betul la.. cam ada tanda jer.. eee best la.. leh bakar sotonr terus kat tepi pantai tue.. tp hati2 takut petanda amaran |
|
|
|
|
|
|
|
aah la...mcm petanda nak tsunami....huhuh dlu pon camni kan |
|
|
|
|
|
|
|
bersangka baik..sotong sesat tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo dunia nk kiamat ngan ikan2 paus skali agaknya lepak tepi pntai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kehadiran Sotong Tiada Kaitan Ancaman Tsunami - Jabatan Meteorologi
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Fenomena kehadiran ribuan sotong yang muncul di pesisiran pantai Batu Rakit, Terengganu sejak beberapa hari lalu tiada kaitan dengan ancaman tsunami, kata ketua Pengarah Bahagian Geofizik Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Mohd Rozaidi Che Abas.
Menurut beliau, keadaan itu kemungkinan berpunca daripada perubahan suhu air laut yang lebih sejuk di perairan cetek berbanding suhu di laut dalam yang menyebabkan sotong itu lebih selesa berada di pesisiran pantai.
Selain itu, Rozaidi berkata kehadiran sotong tersebut juga dapat dikaitkan dengan kesan perubahan arus laut yang membawa makanan haiwan laut itu ke kawasan kedalaman air laut yang kurang daripada sembilan meter.
"Kemunculan udang baring yang banyak terdapat di kawasan itu juga dapat menarik perhatian sotong untuk naik ke pantai dan memakannya," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Bagaimanapun, keadaan ini hanya bersifat sementara dan bergantung kepada perubahan arus dan suhu laut itu sendiri.
"Jadi orang ramai tidak perlu bimbang dengan fenomena ini dan selamat untuk melakukan sebarang aktiviti pelancongan dan penangkapan ikan.
"Pihak Meteorologi akan mengeluarkan amaran kepada orang ramai jika dapat mengesan sebarang tanda ancaman tsunami dan akan memaklumkannya melalui pihak media," katanya.
Ahad lalu, penduduk berhampiran pantai Batu Rakit digemparkan dengan kemunculan sotong tersebut dan menimbulkan kebimbangan kepada segelintir penduduk terhadap ancaman tsunami.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aku ada kat situ aku tau 2 perkara je - sotong masak kicap pekat & sotong bakar! |
|
|
|
|
|
|
| |
|