|
Melindungi enggang hutanOleh JOHANNA A. SOBREY
[email protected]
Selain melindungi habitat penting spesies burung-burung ini, Persatuan Pencinta Alam Malaysia juga mahu perlindungan yang lebih menyeluruh terhadap kompleks hutan Belum-Temengor.
KOMPLEKS hutan Belum-Temengor yang terletak di Perak berusia lebih130 juta tahun iaitu lebih tua daripada Hutan Amazon dan Congo.
Laporan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) pada tahun 2005,menunjukkan kompleks hutan tersebut dilihat sebagai salah satu kawasan hutan terpenting di Semenanjung Malaysia yang memberi perlindungan kepada pelbagai flora dan fauna dunia yang terancam.
"Ini menjadikan kawasan hutan seluas kira-kira 266,170 hektar itu satu kawasan keutamaan yang harus dipelihara," ujar Pegawai Pemuliharaan Projek Pemuliharaan Burung Enggang MNS, Ravinder Kaur,ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Ravinder berkata: "MNS telah menganjurkan dua ekspedisi saintifik dikompleks hutan Belum-Temengor pada 1994 dan 1998 untuk merekodkan bio diversiti yang ada.
"Hasil daripada itu telah mencetuskan hasrat persatuan untuk menjadikan hutan yang penuh dengan khazanah alam itu sebagai sebuah hutan yang terlindung."
Semasa ekspedisi tersebut, MNS telah menyaksikan ribuan burung enggang hutan daripada spesies Aceros subruficollis yang kini terancam, terbang secara berkumpulan melalui hutan tersebut.
"MNS telah memulakan sebuah projek usaha sama jangka masa panjang untuk memulihara kompleks hutan Belum-Temengor yang dikenali sebagai Projek Pemuliharaan Burung Enggang MNS sejak lima tahun lalu," katanyasambil memaklumkan bahawa Hutan Belum-Temengor dikenali di serata dunia sebagai Kawasan Penting Burung (IBA).
Projek Pemuliharaan burung enggang MNS itu turut ditaja oleh Sime Darby Plantations Sdn. Bhd.
Burung enggang merupakan salah satu burung terbesar di hutan tropikaAsia Tenggara. Sungguhpun mudah dikenali, namun burung yang tergolong dalam famili Bucerotidae itu masih belum dikaji dengan mendalam.
Di Asia, terdapat 31 spesies burung enggang daripada lapan genera yang telah dikenal pasti.
"Daripada jumlah tersebut, 10 spesies burung enggang dikenal pasti daripada enam genera yang boleh ditemui di hutan Malaysia.
"Menariknya, kesemuanya boleh dijumpai di kawasan Taman Negeri Diraja Belum dan hutan simpan Temengor yang dirujuk sebagai kompleks hutan Belum-Temengor," kata Ravinder yang telah terlibat selama tiga tahun dalam projek tersebut.
Burung enggang hutan yang telah dinamakan sebagai spesies fokus utama di kompleks hutan Belum-Temengor itu pernah digambarkan secara saintifik oleh Blyth pada tahun 1843.
Ravinder turut memberitahu bahawa burung tersebut sering kali dikelirukan dengan enggang gunung yang kelihatan hampir sama.
Sungguhpun sukar, tetapi perbezaan boleh dilihat di bahagian paruh dan kantung yang terdapat pada burung berkenaan.
Muncul di Perak
Pada mulanya spesies ini dipercayai tidak didapati di Malaysia,tetapi buat kali pertama pada tahun 1993, ia telah ditemui hinggap disebuah tasik di Perak dan dipercayai mengunjungi kawasan itu secarabermusim semasa pokok Parkia berbuah pada bulan Ogos sehingga September.
Merujuk laman web www.orientalbirdclub.org yang menerbitkan jurnal hasil pemerhatian Ho Hua Chew dan Sutari Supari, spesies burung enggang yang ditemui di tepi Tasik Kenering, Perak telah disahkan sebagai burung enggang hutan oleh peneraju penyelidikan burung istimewa itu, Dr. Pilai Poonswad.
"Dengan bunyi keh-kek-kehk yang lebih kuat dan nyaring, burung ini berhijrah dari Myanmar dan Thailand ke Malaysia pada musim buah.
"Dari bulan Jun sehingga September, kita dapat melihat ribuan burung ini terbang di sekitar tasik," ujar Ravinder.
RAVINDER memaklumkan pemantauan terhadap kepelbagaian spesies enggang di kompleks hutan Belum-Temenggor dilakukan dengan teliti.
Laman web BirdLife International memaklumkan pada tahun 1993, populasi burung enggang hutan dianggarkan kurang 1,000 ekor.
"Walaupun demikian, penemuan satu lokasi hinggap yang dikunjungikira-kira 900 ekor burung ini di kawasan selatan kedua-dua negara tersebut telah mencadangkan bahawa nilai tersebut perlu diimbas semula.
"Beberapa ribu ekor burung telah mengunjungi satu atau dua lokasisarang di sebelah utara Malaysia dan kawasan ini jelas menunjukkan bahawa ia menyokong populasi penting burung tersebut," katanya.
Menggemari kawasan hutan hijau, khususnya yang bertanah rendah dan bukit yang mempunyai ketinggian sehingga 1,000 meter, spesies tersebut mempunyai diet yang pelbagai.
"Makanan utamanya bukan sahaja buah-buahan, tetapi juga haiwanin vertebrata dan vertebrata kecil. Ia akan bersarang dari bulan Januari sehingga Jun di dahan pokok yang besar dan tinggi," jelas Ravinder.
FORMASI terbang berbentuk huruf 慥 |
|
|
|
|
|
|
|
Burung enggang jinak tarikan Pulau Pangkor
Oleh ABDUL RAZAK DIN
Burung enggang yang menjadi perhatian pengunjung Pulau Pangkor.
PULAU PANGKOR 29 Julai - Kehadiran beratus-ratus burung enggang di Teluk Nipah kini menjadi tarikan utama kepada pelancong yang datang ke sini selain pantainya yang unik berbanding pusat peranginan yang lain di negara ini.
Pengurus Pangkor Indah Beach Resort, Dasbee Mohd. Tasir berkata, kehadiran kira-kira 200 burung enggang setiap hari menyebabkan pengunjung tertunggu-tunggu untuk menyaksikan sendiri spesies burung unik itu.
Beliau berkata, lebih menarik perhatian, burung enggang yang semakin 'mesra' itu kini boleh turun ke tanah bagi membolehkan orang ramai memberi makanan kepada binatang berkenaan yang seolah-olah menunggu untuk diberi makan.
''Orang yang bernasib baik boleh memberikan enggang ini makan di tapak tangan mereka.
''Saya anggap burung enggang ini memberi tuah kepada Pangkor Beach Resort ini kerana ia menjadi satu tarikan kepada pengunjungnya di sini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini semalam.
Burung enggang yang hinggap secara berkumpulan itu dipercayai datang dari kawasan pergunungan berhampiran.
Dasbee berkata, satu lagi tarikan unik di Pangkor Beach Resort ialah kehadiran sekumpulan ikan yang boleh dilihat sendiri di pantai Pulau Giam yang terletak berhampiran pusat peranginan tersebut.
Katanya, ikan tersebut boleh dilihat di dasar air yang jernih. Pengunjung boleh memberi makan seperti roti dan sebagainya dan ikan dari spesies berwarna-warna itu akan berkerumun di situ.
''Saya anggarkan sebanyak 1,000 ekor ikan dari pelbagai spesies berada di Pulau Giam yang terletak kira-kira dua minit perjalanan dari Pangkor Beach Resort menggunakan bot," katanya.
Di samping itu katanya, pantai di kawasan berkenaan sungguh indah dan bersih.
''Pantai pulau ini dibersihkan setiap hari bagi menarik perhatian pengunjung. Selain itu, lebih 200 ekor monyet yang jinak juga tinggal di pulau ini.
''Saya berharap kehadiran berbagai jenis haiwan jinak di sekitar Pulau Pangkor menjadi daya penarik kepada pelancong tempatan dan asing seterusnya merancakkan kembali industri pelancongan yang kian pudar di sini," katanya.
Dasbee berkata, Pangkor Indah Beach Resort yang terletak di Teluk Nipah menyediakan sebanyak 66 bilik hotel dan 20 bilik calet.
Katanya, ia menyediakan bilik berhawa dingin, Astro dan mempunyai katil yang luas.
''Kita juga mampu menyediakan penginapan secara berkumpulan dan kami juga bekerjasama dengan Mesra Feri untuk menarik kedatangan pengunjung ke sini," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Gunung Panti: Syurga Peminat Burung Semakin Terancam
JOHOR BAHARU, 23 April (Bernama) -- Status Gunung Panti di Kota Tinggi sebagai pusat pemerhatian burung yang terkenal semakin terancam berikutan pembukaan ladang-ladang kelapa sawit dan tanah pertanian di kawasan hutan berhampiran gunung itu, menurut seorang aktivis alam sekitar tempatan.
Penasihat teknikal Malaysia Nature Society Johor (MSNJ) Vincent Chow mendakwa tindakan itu bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan habitat burung-burung terbabit tetapi juga menyebabkannya kehilangan sumber makanan utamanya.
"Akibat daripada tindakan itu, kini kita dapati terdapat spesis burung-burung yang telah berpindah daripada 'rumah asal' mereka di Gunung Panti ke kawasan-kawasan hutan yang lain," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.
Menurut Chow ada di antara ladang kelapa sawit milik anak syarikat kerajaan negeri yang dibuka berhampiran Gunung Panti sehingga menjejaskan habitat hidupan liar berkeluasan kira-kira 4,000 hektar.
Gunung Panti, yang terletak di pesisir jalan raya Kota Tinggi-Mersing, menjadi lokasi kegemaran peminat-peminat burung dari dalam dan luar negara terutamanya Singapura untuk mengkaji pelbagai spesis burung termasuk yang berada di dalam kategori terancam.
Chow berkata satu spesis burung yang terjejas akibat kemusnahan habitat semula jadi di Gunung Panti adalah burung enggang daripada jenis "Pied Oriental Hornbill" yang semakin sukar ditemui.
Katanya burung enggang daripada spesis terbabit dikesan berpindah daripada Gunung Panti kerana habitatnya iaitu pokok-pokok tinggi seperti pokok ara serta buah-buahan hutan yang menjadi sumber makanan dimusnahkan.
Burung enggang jenis "Pied Oriental Hornbill" hanya boleh didapati di kawasan hutan di selatan Semenanjung Malaysia, katanya.
Akibat daripada perpindahan burung enggang terbabit daripada habitat semula jadi di Gunung Panti yang disifatkan sebagai "perubahan kelakuan normal", spesis burung itu kini berhadapan dengan ancaman kepupusan, kata Chow.
"Hasil daripada pemerhatian teliti yang dilakukan oleh pasukan kami mendapati burung enggang itu kini menjadikan kawasan perkampungan dan tanah pertanian terutamanya buah-buahan sebagai kawasan utama mencari makanan," katanya.
Aktivis alam sekitar itu berkata perubahan kelakuan normal burung enggang Gunung Panti itu dengan menjadikan kawasan penempatan manusia sebagai lokasi sumber makanannya menimbulkan persoalan penting tentang kewujudan spesis itu di dalam tempoh jangka panjang.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Habitat enggang di Belum
SEMUA 10 spesies burung enggang di Malaysia boleh ditemui di Belum seperti enggang belantara dan enggang koning.
Burung enggang atau Kenyalang sering dikaitkan dengan Sarawak tetapi bagi peminat burung itu, Kompleks Hutan Belum-Temenggor di Perak merupakan tempat yang wajib dilawati.
Tarikan Enggang merupakan satu daripada pelbagai khazanah alam yang tersimpan di hutan hujan tropika itu. Sekali gus mendorong Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) berusaha menyelamatkannya.
MNS memulakan usaha melindungi hutan yang berusia lebih 130 juta tahun itu daripada musnah dalam arus pembangunan, termasuk aktiviti pembalakan, sejak ekspedisi saintifik pertama ke hutan itu pada tahun 1993.
Susulan ekspedisi itu, sebuah buku diterbitkan bagi orang ramai. Ia diikuti turuti dua buah jurnal bagi mengenal pasti spesies hidupan liar, flora dan fauna di kawasan berkenaan yang dipercayai lebih tua berbanding hutan Amazon di Amerika Selatan dan hutan Kongo di Afrika Tengah.
Presiden MNS, Datuk Seri Dr. Salleh Mohd Nor berkata, ekspedisi yang melibatkan lebih 100 saintis dengan 300 sukarelawan menemui pelbagai spesies flora dan fauna di situ.
Penemuan terbesar spesies enggang
Salleh berkata, saintis dan sukarelawan yang menyertai ekspedisi pertama pada 1993 menemui sembilan spesies burung enggang di Belum-Temenggor.
"Pada masa itu, lebih kurang 3,000 burung enggang berterbangan di angkasa secara berkelompok dengan formasi V dan itu adalah satu pemandangan yang sukar ditemui di mana-mana," katanya.
Pada masa itu, kumpulan ekspedisi terbabit tidak menyedari bahawa enggang gunung yang ditemui sebenarnya adalah enggang belantara yang dikategorikan sebagai haiwan terancam.
"Oleh kerana penemuan terbaru tentang enggang belantara itu, maka kesemua 10 spesies enggang yang ada di Malaysia ditemui di Belum-Temenggor. Belum-Temenggor secara tidak langsung menjadi satu-satunya tempat di dunia ini di mana kita boleh menyaksikan enggang berterbangan dalam kumpulan yang besar," katanya.
Salleh berkata, habitat enggang yang bersarang di pokok besar di hutan tebal menjadikan Belum-Temenggor sebagai pilihan 10 spesies enggang untuk berada di hutan seluas 300,000 hektar itu.
Antara penelitian penting yang direkodkan MNS ialah lebih separuh daripada burung enggang itu bersarang dan membiak di bahagian Royal Belum tetapi burung itu kemudian terbang mencari makan di bahagian Hutan Temenggor.
Keistimewaan Belum-Temenggor
Terletak di utara Perak dengan dikelilingi jasad air (Tasik Temenggor) yang berkeluasan 45,000 hektar, Kompleks Hutan Belum-Temenggor mempunyai keluasan 300,000 hektar iaitu kira-kira empat kali ganda besar Singapura.
Di samping menjadi kawasan tadahan hujan utama bagi Semenanjung Malaysia, Belum-Temenggor juga merupakan kediaman pelbagai spesies tumbuhan dan pokok yang melindungi lebih 274 spesies burung.
Belum-Temenggor juga mempunyai lebih 100 spesies mamalia. Ini termasuklah badak Sumatra, harimau belang, beruang madu, seladang dan menjadi tempat sekurang-kurangnya 13 spesies haiwan terancam.
Di kompleks itu juga boleh didapati tiga spesies bunga terbesar di dunia iaitu rafflesia Kerrii (paling besar), rafflesia Kantolii dan spesies terbaru, rafflesia Azlanii (yang diambil sempena nama Sultan Perak).
Secara keseluruhannya terdapat lebih 3,000 spesies pokok berbunga, 168 spesies rama-rama, 64 spesies paku-pakis, 51 spesies siput, 23 spesies ular dan 21 spesies cicak di hutan Belum-Temenggor ini.
Kompleks Hutan Belum-Temenggor secara fizikalnya terpisah dua, oleh Lebuh Raya Timur-Barat yang memisahkan Taman Negeri Royal Belum serta Hutan Simpan Temenggor. Taman Negeri Royal Belum dimasyhurkan Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada 2003.
Salleh berkata, MNS berharap satu koridor yang menghubungkan kedua-dua hutan itu dapat diwujudkan bagi memudahkan haiwan liar bergerak.
"Taman Negeri itu bagaimanapun hanya meliputi 117,500 hektar daripada kawasan Hutan Royal Belum seluas 132,000 hektar. Ini bermakna tinggal 14,500 hektar lagi yang masih belum diwartakan," katanya.
Katanya, Hutan Temenggor mempunyai nasib yang berlainan kerana hutan itu masih belum diwartakan sebagai taman negeri dengan aktiviti pembalakan masih berjalan.
"Kerajaan negeri sebelum ini berjanji untuk menamatkan aktiviti pembalakan pada tahun depan dan pihak MNS juga telah berjumpa dengan kerajaan negeri baru pada Jun. Secara dasarnya mereka turut bersetuju menghabiskan aktiviti pembalakan pada tahun depan," katanya.
Salleh berkata, MNS turut faham dengan masalah yang bakal dihadapi kerajaan negeri apabila aktiviti pembalakan dihentikan.
"Kami tidak meminta kerajaan negeri untuk menghentikan aktiviti pembalakan hari ini juga tetapi kami meminta pihak terbabit menghentikannya setelah segala perancangan yang dibuat sebelum ini selesai," katanya.
Beliau berkata, Belum-Temenggor bakal menjadi tarikan ekopelancongan yang terkenal di mata dunia jika dipelihara.
"Dengan tarikan pelbagai flora dan fauna dalam hutan yang berusia 130 juta tahun itu, pastinya pelancong serata dunia mahu menyaksikan sendiri keindahan dan keunikan Belum-Temenggor," katanya.
Pengunjung ke Belum-Temenggor juga boleh mendekati beberapa suku Orang Asli seperti Jahai dan Temiar yang masih menghuni hutan itu.
Usaha berterusan MNS dalam pemuliharaan Kompleks Hutan Belum-Temenggor diberi pengiktirafan tertinggi apabila terpilih sebagai penerima sulung Anugerah Merdeka bagi kategori Alam Sekitar yang diadakan julung kalinya Isnin lepas.
Merupakan inisiatif Petronas dengan kerjasama ExxonMobil dan Shell, hadiah wang tunai berjumlah RM500,000 beserta sebuah piala dan sijil disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
HUTAN Royal Belum menjadi destinasi tumpuan pencinta alam.
Salleh yang menerimanya bagi pihak MNS berkata, hadiah wang itu diharap dapat digunakan sepenuhnya bagi MNS menjalankan kajian untuk menyelamatkan Hutan Temenggor dan kajian lanjut terhadap habitan burung enggang di Belum-Temenggor.
"Jika kami mempunyai dana lebih, MNS juga mahu membantu memulihara Hutan Simpan Ulu Muda di Kedah daripada aktiviti pembalakan.
Merupakan persatuan pencinta alam tertua di Malaysia, MNS yang ditubuhkan pada 1940 oleh sekumpulan warga Britain pada ketika itu, kini mempunyai 12 cawangan di seluruh negara dengan 4,000 anggota.
MNS juga menjalankan pelbagai usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di seluruh negara seperti Taman Negara Endau Rompin, Batu Caves dan Taman Laut di Redang dan Tioman. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Hornbill (burung enggang)
2009/06/12
Rare wonders of Malaysian nature
The plain-pouched hornbills can be seen in
the jungles of Belum-Temenggor after flying
south from Thailand as part of their annual migration.
|
IN the steamy jungles of Belum-Temenggor, four birdwatchers crouched quietly in mud, their gaze permanently fixed on the growing black speck in the distant sky.
[table=200][/table]The looming thunderous sound punctuated with deep honks throws the team into action to start counting feverishly.
The elusive plain-pouched hornbills have arrived.
"You hear them before you see them. It really is quite spectacular," Malaysian Nature Society (MNS) birder Lim Kim Chye says.
As part of their annual migration, the birds fly south from Thailand. But what makes this event so special to Lim and birders across the globe is that no one has found any nesting or roosting sites despite the big numbers -- last year's count was 3,000 birds.
"This is definitely one of the untold spectacles which many Malaysians don't know about," he says.
Unlike the famed bats of Mulu caves but just like the plain-pouched, bearded pigs are another one of our jungle's best-kept secrets.
Biologist Wong Siew Te says it is a little-known fact that bearded pigs or babi hutan used to migrate annually.
Bearded pigs would form a big herd of thousands of individuals and roam the forests during the day and night.
"A hunter who saw a migration on the Lahad Datu-Sandakan road in the 1970s said it took about an hour for the one herd to cross the road," Wong says.
During such migration, the furry animals can travel up to 1,000km across mountain ranges and also swim across large rivers. "This was the time that the indigenous people would ambush the pigs in boats and spear them in big numbers."
But these migrations rarely happen now and are restricted to central Borneo.
"The last documented migration in Sabah was more than 20 years ago when the forests were still intact," says Wong.
Perhaps the least known of nature's wonders in Malaysia is the mass flowering of tropical hardwood trees.
Gigantic trees in the rainforests such as keruing and meranti blossom all at once, producing a thick carpet of flowers on the forest floor and filling the air with sweet scents. Viewed from above, the rainforests take on a pale white colour instead of the usual sea of greens.
Aberdeen University reader in tropical ecology Dr David Burslem describes the experience as "amazing".
Although mass flowering and fruiting of forests, known as "masting", happens elsewhere, it is more significant here.
"What is unique is how most of the plants species will participate. Even non-tree species such as orchids and herbs will flower then," says Burslem.
Scientists cannot pinpoint exactly what triggers this but they believe that climate is a big factor.
"A short spell of cool and dry nights during the El Nino would usually prompt the mastings."
Malaysia is due for a massive masting since the last one was 13 years ago.
enggang sama enggang
biar pipit sama pipit....
senang idop bujang
mana pegi hati tak sakit...
aku kalu sebut enggang MOSTI tingat lagu sm salim nih...
pastu baru aku paham naper aku masih bujang... tee hee
p/s cantik burung enggang ni ekkkkk |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 amazed\ catat
That's me actually hahahaa |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 Hornbill's post
LMFAO.... ada enggang ghopernyer kat bod nih...... hah!!! comey gak ko ekkk... :victory: |
|
|
|
|
|
|
| |
|