CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7380|Reply: 14

Ubat Herba Adi putra mujarab ke?

[Copy link]
Post time 11-7-2009 12:45 PM | Show all posts |Read mode
mak aku sjak menopause bru nk jdi rhinitis n asthma
mmg ksian aa die slu ade phlegm kt tekak smpi aku rimass
tp die pki ubat Adi Putra bdk bijak tu 2bln
rs cm kurg la alahan sume...sendi2 pn dh xsaket
makcik aku kne Chikungunya pas mkn ubat ni ade rs kurg la sakit sendi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2009 01:23 PM | Show all posts
hmmmm entah laaa sejak haku tgk rancangan budak genius kat astro yg melibatkan dia dan budak2 genius lain dari negara lain, haku los respek laaaaaaaaaa......... haku tak rasa dia ni genius betul.... kesian...dia ni dimanupulasi oleh keluarga dia.... satu hal lagi.. dia hanya bagus dalam fotografik memori je haku rasa..

pasak mak engko tu haku rasa sbb placebo effect
sori laa ek....ni pandangan haku jek
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2009 05:53 PM | Show all posts
sejarah menunjukkan budak2 genius kalau tak dididik dgn betul akan jadi tak betul.........contohnya si pelacur genius di Amerika tuh.........
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 01:51 PM | Show all posts
Rampasan produk Adi Putra lepas siasatan rapi


PETALING JAYA: “Rampasan yang dilakukan terhadap produk Ubat Penawar Sendi Tulang milik kanak-kanak genius, Adi Putra Abdul Ghani , 11, Sabtu lalu, bukan dilakukan sesuka hati atau berniat jahat. Kami tidak punya apa-apa kepentingan dalam perkara ini,” kata Pengarah Penguat kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mohd Hatta Ahmad.

Menurutnya, kajian berhubung isi kandungan produk berkenaan yang didakwa boleh menyembuhkan sakit sendi dan tulang sudah mula dilakukan di makmal forensik bahagian penguat kuasa farmasi sejak awal November tahun lalu.


“Ujian makmal yang dilakukan kakitangan makmal berulang kali mendapati pil terbabit disahkan mengandungi kimia Dexamethasone iaitu dadah steroid yang boleh membahayakan kesihatan pengguna.


“Semua ujian makmal terbabit dilakukan secara terperinci menggunakan peralatan paling moden yang boleh mengesan sebarang kehadiran kimia berbahaya yang sengaja dicampurkan ke dalam ubatan atau makanan kesihatan,” katanya.


Menurutnya, tidak timbul isu sama ada pegawai penguat kuasa farmasi sengaja mensasarkan produk Adi Putra berikutan semua tindakan diambil mengikut prosedur selain terlebih dahulu melalui ujian makmal yang ketat.

Dalam pertemuan singkat semalam, Hatta sempat membawa wartawan melawat dua makmal moden KKM iaitu Makmal Forensik Bahagian Penguat kuasa Farmasi dan Makmal Pengujian Produk Unit Penyaringan Campur Palsu KKM yang digunakan khusus untuk menjalankan pemeriksaan terhadap ribuan produk kesihatan.


“Penggunaan alatan moden seperti Gas Mass Spectrum Chrometography (GCMS) dan High Performance Liquid Chrometography (PLC) mampu mengesan bahan asing yang dicampurkan ke dalam ubatan walaupun dalam kuantiti kecil.


“Keputusan yang diperoleh 100 peratus tepat dan tidak perlu diragui. Bukti terbabit kemudian dijadikan asas bagi membolehkan tindakan susulan dilakukan bagi merampas mana-mana produk kesihatan yang didapati bercampur aduk dengan kimia berbahaya di pasaran,” katanya. Beliau berkata, dakwaan pada pelekat label produk yang mendakwa Produk Ubat Penawar Sendi Tulang dihasilkan daripada rempah ratus seperti halia dan madu ternyata satu fakta tidak tepat dan pihaknya masih menyiasat sumber pembekal produk pil terbabit diperoleh. Menurutnya, pemeriksaan makmal pada enam lagi produk homeopati dipasarkan Adi Putra turut mendapati ia hanya mengandungi bahan sukrose iaitu gula. “Berdasarkan siasatan ketika serbuan, semua pil kecil berwarna kuning itu didapati diimport daripada pengeluar produk Homeopati dari Lahore, Pakistan,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 09:32 PM | Show all posts
Sebaik2nya jgnlah diamalkan ubat2 tradisional yg tak didaftar. First, takut dia letak dadah kawalan, secondly takut ada contamination dgn logam2 berat mcm cadmium, plumbum, mercury.... Kalau ada sakit kronik lagilah patut dielakkan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 09:26 AM | Show all posts
last week ada tgk MHI jemput adi putra
siap ada product minda lagi
sian dia
org mcm nak take advantage jual products atas nama dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2010 10:30 AM | Show all posts
hehehe....tu tpt aku keje...(cek2 ubat ni)....masa tv3 dtg aku pun ada....cuma aku tak wat test bahagian tu...aku wat test heavy metal....tapi,betul la,kalo dah sahih produk tu mengandungi bahan2 terlarang,jgnla amik coz kesan jangkamasa pjg...aku yg dok ngadap ubat2 hari2....takut nak amik bila dah tau kandungannya....utk maklumat,korg leh cek ubat2 tu kalo korg beli melalui www.bpfk.gov.my.....korg masukkan no MALxxxxxxxx @  BPKDxxxxx.....korg leh tau samada ubat dah didaftar atau belum...harap maklum...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2010 12:29 PM | Show all posts
hmmmm entah laaa sejak haku tgk rancangan budak genius kat astro yg melibatkan dia dan budak2 genius lain dari negara lain, haku los respek laaaaaaaaaa......... haku tak rasa dia ni genius betul.... kesian...dia ni dimanupulasi oleh keluarga dia.... satu hal lagi.. dia hanya bagus dalam fotografik memori je haku rasa..


adi putra ni dulu sekolah matang buluh bgn serai. Same school dgn anak-anak buah aku. Akak aku citer, masa 1st day dia masuk sekolah, cikgu byk bagi perhatian kat dia..ialah budah genius masuk sekolah tu...sure banggakan.  Tak sampai baper bulan, cikgu pun naik meluat dgn parent dia...coz parent dia suka campur tgn dalam urusan cikgu..nak tengok silibus yang cikgu ajar. Lagisatu dia ni kerap tak datang sekolah. Akak aku rajin korek2 citer dr cikgu kat sana, kebetulan akak aku ni memang peramah, cikgu pun baik dgn dia..ada lah cikgu yang meluahkan kat akak aku ni. CIkgu cikgu sana kata dia ni pandai math aje...yang lain hancur. Bila dah selalu tak datang sekolah, dalam kelas pun tak beri perhatian, pak pun suka masuk +..lama-lama cikgu pun meluat...sampai bg warning jgn masuk sekolah ni lagi. At the end dia buat keputusan nak pindahkan anak dia ke skolah, coz dapat offer kat KL. Akak aku citer, masa dia duduk bagan serai, selalu gak nampak dia ngan pak dia, pak dia jual air adi putra,  kat market sana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2010 12:38 PM | Show all posts
eee teruk betul pak dia nieee...
take advantagee.... yerlah nk kata apa anak dia kan.. biarlah dia..
x kemana pon.. sok2 mana tau dia jadi dato adi ke kan....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 05:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by coniferous at 22-1-2010 05:29

mengarut ......
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 05:31 AM | Show all posts
kalau adi putra pandai sebab bende bende yg dia makan tu ...kenapa anak dia yg lain tu tak secerdik adi putra?????
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 10:28 AM | Show all posts
hmmmm entah laaa sejak haku tgk rancangan budak genius kat astro yg melibatkan dia dan budak2 genius lain dari negara lain, haku los respek laaaaaaaaaa......... haku tak rasa dia ni genius betul.... k ...
sciencefiction Post at 11-7-2009 13:23


rancangan budak genius tu ngapa.. adi putra x genius mcm budak2 genius lain ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 10:31 AM | Show all posts
Adi ni kesian, genius dlm maths aje, tp ayah cliam anak dia genius serba serbi. Inilah akibat bila dapat anak genius, tapi bapak pulak tak genius.. anak jadi mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 12:53 PM | Show all posts
kesian plaq aku dgn adi putra ni.. aku harap pak dia ni tak tamak haloba la hendaknya.. Allah dah kurniakan anak yg genius tu patutnya bersyukurlah... jgn la rasa diri tu megah dan boleh pergunakan kepandaian anaknya
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2013 07:03 PM | Show all posts
coniferous posted on 22-1-2010 05:31 AM
kalau adi putra pandai sebab bende bende yg dia makan tu ...kenapa anak dia yg lain tu tak secerdik  ...

betul................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.202320 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list