View: 2951|Reply: 1
|
Jessica Biel paling 'bahaya' di laman web
[Copy link]
|
|
NEW YORK 25 Ogos - Jessica Biel adalah selebriti 'paling berbahaya'di laman web. Syarikat teknologi keselamatan McAfee Inc. dalamlaporannya hari ini menyatakan bahawa cari maklumat tentang artisberumur 27 tahun ini secara dalam talian paling berisiko diancam spyware dan virus berbanding selebriti lain.
Menurut McAFee, mereka yang mencari maklumat mengenai Biel mempunyaisatu daripada lima kemungkinan mengalami kerosakan komputer.
Ini adalah laporan tahunan ketiga yang dikeluarkan oleh syarikattersebut. Tahun lalu, Brad Pitt dinamakan sebagai selebriti yang palingberbahaya di dalam laman web.
"Penjenayah siber juga adalah peminat selebriti. Mereka menggunakanartis popular untuk menggalakkan orang ramai memuat turun perisiandengan berniat jahat," kata naib presiden kanan pembangunan produkMcAFee, Jeff Green.
Dalam laporan itu, menyusuli Biel ialah Beyonce, Jennifer Aniston,Tom Brady dan Jessica Simpson. Sementara Presiden Barack Obama danwanita nombor satu, Michelle Obama dikategorikan sebagai tidakmerbahaya dan masing-masing menduduki tangga ke-34 dan ke-39. - AP
wah...lps nih siti nurhaliza,apek dll pula jadi virus...haru dibuatnya..... |
|
|
|
|
|
|
|
yer aku ade bce gak dlm sat kabar |
|
|
|
|
|
|
| |
|