View: 3393|Reply: 7
|
Adobe InDesign : Pertanyaan Asas
[Copy link]
|
|
Salam warga Forum.cari.com.my sekalian,
Saya ingin bertanya tentang beberapa persoalan asas bagi orang seperti saya yang pertama kali menggunakan sofwatre Adobe InDesign ini. Harapnya saya memilih board yang tepat iaitu Rekabentuk Grafik Percetakan (DTP) ini. Sebelum ini saya banyak menghasilkan Rekabentuk Grafik Percetakan menggunakan software Adobe Illustrator tetapi saya rasa sekiranya artwork itu adalah dokumen yang mempunyai banyak muka surat seperti majalah adakah tepat saya memilih Adobe InDesign ini?
Sebelum ini saya banyak membuat rujukan/search tentang software ini walaubagaimana pun saya sebagai pengguna baru bagi software ini masih samar samar walaupun berpengalaman menggunakan software Adobe yang lain. Sebelum saya post ke sini saya cuba telah melakukan carian pada posting lelepas di dalam forum ini but mungkin saya tidak menjumpai atau terlepas pandang.
Jadi soalan pertama saya dalam siri ingin mempelajari InDesign ini di harap kengkawan dapat membantu.
Seperti gambarajah di bawah ini:
Boleh kah kengkawan menerangkan 'border/outline' yang color purple itu apakah namanya dan tujuannya?
Sebagai contoh saya telah bikin satu wording "Sifoo.com" di mana sebahagian "S" tersebut berapa di luar "canvas/document" dan juga sebahagian di luar 'border/outline' yang color purple itu. Sekiranya wording tersebut berada di luar "canvas/document" pasti setelah di print sebahagian "S" itu tiada kan? Bagaimana dengan sebahagian di luar 'border/outline' yang color purple itu?
Selain itu, adakah option 'header & footer' bagi setiap penambahan muka surat baru ianya akan automatik?
Sekian terima kasih.
*p/s maaf sekiranya ada sebarang masalah permahaman, kerana saya cuba yang terbaik untuk menyampaikan soalan dari saya ini huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Salam..
'border/outline' yang color purple itu ialah paper margin atau size kertas yang u nak, jugak printed area, kalau kat illustrator kat situlah adanya crop mark/trim mark. ya. kalau u letak apa2 keluar dari dari line tu, ianya takkan terprint. paper margin tu boleh setup kat tool layout, margin n custom. harap faham n membantu. |
|
|
|
|
|
|
|
header footer 2 kena tgk dlm hal ehwal master page... nak bg outo msk mukasurat kena klik apa tah... lupa la pulak....
but i think u choose the best desktop software. ngam la dgn illustator 2.. tak yah convert apa-apa.. terus je masuk dlm indesign.. cetakan diapun lawa.. |
|
|
|
|
|
|
|
1# Defcon
Actually border purple tu margin document ko tu. Ko boleh set dia masa mula2 buka new document. Tu hanya penanda untuk content setiap page. Letak text luar dari kotak line purple tu masih akan print. Hanya yang kuar dari edge page document tu yg tak berprint. Always pastikan text atau apa2 yang nak di print masuk dalam dari page edged tu about 5 mm.
Kalau nak print image kat page tu sampai ke ujung kertas, buat iamge tu besar sket dari edge document tu - ni dinamakan 'bleed image'. Tapi seperti yg aku dah kata kat atas, apa2 yg mesti di lihat selepas print kena dalam edge document tu and 5mm dari edge - ni untuk bagi leeway untuk mesin pemotong tu nyer error bila dia potong kertas tu. |
|
|
|
|
|
|
|
3# budaktua
Yup... header, footer, page numbering semua leh set kat master (atau master left and right kalau nak gitu). Apa2 yg diletakkan di master page tu akan kuar disetiap page dalam ducoment tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
banyakkan baca guide help Adobe... lebih instant dan membantu |
|
|
|
|
|
|
|
sapa2 boleh memberi link kepada file pf buku tutorial InDesign CS4? |
|
|
|
|
|
|
|
7# tai_digidestany
nanti pak cik katam dulu cs2 , ok..? |
|
|
|
|
|
|
| |
|