|
Sekadarrenungan.... ........buat peringatan buat diriku yang seringterlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah ituhanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumahitu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampirimereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorangkakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:
"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".
Budakitu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yanghantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulandi simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan.. Aku belisatu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dansepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila sajaaku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraansambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Akubertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahuaku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluangmakan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi kerumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku dipintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibumereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan suptulang yang aku berikan hari itu.
"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."
Akubertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu bolehtahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada haripertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknyaagar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semulasemua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hariberikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata
"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."
Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkahanda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidupanda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yangada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudahterbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah,masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.
Klick lah banner dibawah untuk bersedekah kepadanya...
|
|
|
|
|
|
|
|
pandai karang cerita....ye x ye je besedekah... |
|
|
|
|
|
|
|
wakaka..keluarga miskin tu ada link utk bersedekah bagai... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sas5593 at 27-10-2009 13:09
sekurang2 kita berasa terharu dengan cerita ini dan membuat kita berfikir sejenak, alangkah beruntungnya kita semua.... kalau clik banner tu dapatlah upah saya bercerita rm0.10 jeee....hehehe
http://www.getpay2click.com/v1/index.php?ref=ruslina |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|