|
dah tak ingat dah bila kali terakhir tgk perlawanan bola sepak nie..huhuu |
|
|
|
|
|
|
|
Logo Liga Bolasepak Rakyat Cerminkan Mentaliti FAM
Oleh Imran Abdul Jabar pada 17 Sep 2015
Sekali lagi, kontroversi sindrom logo buruk melanda identiti peringkat kebangsaan. Kali ini pada logo Liga Kebangsaan Rakyat (LBR) pula mencemarkan imej FAM. Adakah ini juga mencerminkan mentaliti FAM ?
Luahan Rasa Tidak Puas Hati
Seorang pereka logo, Wizan Zaini meluahkan rasa tidak puas hati beliau di akaun facebooknya. Baca luahannya :
Kalau kena belasah 10 kosong, aku tahankan juga tangan ini. Kita main bola sejak dulu lagi. Sebelum arwah Supermokh lagi. Prestasi? Reputasi? Cowchincow! Cincaiboncai! Program macam macam ada! Hasilnya hampas! Hampas kelapa pun laku, buat bagi itek makan. Ini belanja juta-juta wang negara. Memalukan, memualkan. LBR(M) Ini yang terbaru! Ikutkan kurang ajar aku, mahu saja mencarut! Sudahlah bola hancus, logo pun barai. Main bola main main, tu sebab ranking haprak! Banyak sangat politiknya, banyak sangat kosmetik buat orang makin getik!
Kali ini tangan aku tak boleh diam. Penghinaan bagi aku! Jika adik adik designer lain tak terasa, tak mengapalah. Kali ini aku sentap! Jangan bikin malulah… Logo gomen, no komen! Tapi kali ini aku taramkan.
Aku rasa, ini bukan salah designer (jika memang designer yang buat).. Pada pandangan (berdasar pengalaman) Ini salah orang yang meluluskan. Orang yang memberi arahan. Bikin logo bukan kerja main main. Ini imej. Ini maruah. Apatah lagi ada perkataan RAKYAT MALAYSIA.
Sindrom logo Merdeka ?
Sources : http://sifoo.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|