View: 7248|Reply: 17
|
panduan berpantang selepas bersalin
[Copy link]
|
|
hai semua..kalo bole saya nak menambah ilmu2 dari yang senior2 dalam bab berpantang nie..al maklum la kata org tua2 kalo muda2 nie tak jaga badan, xberpantang dengan betul ..nyesal nanti kemudian hari!!! eee..takut laa...
[img]http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:eMbU8ezL-uq7FM:[/img]
dari pelbagai sudut la... ada org ckp ayam xbole makan...tp setengah kata bole je....
jom kita borak2 ya!! |
|
|
|
|
|
|
|
anak dah beso2... lupa plak cara nak berpantang.... |
|
|
|
|
|
|
|
tu yang lagi hot tu...bermakna dah byk pengalaman kak!!! |
|
|
|
|
|
|
|
kalu TT ada alergik pada ayam elakkan ayam...takut luka lmbt sembuh....me takde masalah ngan ayam jadik masa pantang lauk ayam masak ngan halia, lada hitam dan bwg putih jadik hidangan utama....tapi me alergik ngan seafood jadik ikan pun hanya ikan parang je leh mkn.....tgk pada tuan punya badan larrrr |
|
|
|
|
|
|
|
berpantang ikut pada body imune masing2...lagi ramai beranak...lagi elok kuat berpantang |
|
|
|
|
|
|
|
selain dari petua org tua2....
eloklah jaga betul2 makan minum selama 6 bulan.........
maksud i....selepas jer habis pantang 30/44/100 hari...
jangan kita pulun makan tak hengat....
masih kena kontrol makan minum kita..
kalau nak badan balik ke asal..... |
|
|
|
|
|
|
|
sepanjang menyusukan bayi pun kita kena pantang .. bukan setakat pantang habis bersalin je ..
kalau adat kami ,pantang menyusu badan ni lagi ketat dr pantang lps bersalin.. |
|
|
|
|
|
|
|
kadang2 pantang ni ikut imune mak kiter..ade yg boleh mkn ikan duri..ade yg x boleh langsung..takut ade pendarahan.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam all..
sya pun da nk msuk frasa berpantang balik nih.. heheh
bg sya tiap2 kali pantang xtinggal mnum pati ikan haruan polleney yg 6 pek tu
tp caye la bile da trase luka tu da nk baik, msuk ari ke 5 da xtertelan pati tu heheh
tp nk mkn jamu awal2 tkut bb kuning, so dlm mse 1 mgu tu
mkn ar benda2 yg bagi tenaga dulu
pg2 mnum milo n roti
t.ari, mak msak xkesah la ape tp mst ada halia n ld itam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# akoknorma
ooo...cam tu kita kena menyambut seruan kerajaan sekarang meningkatkan populasi negara..beranak bebanyak....tp sy mmg ada dengar juga la..aweks muda juga kan...!! thank's akoknorma... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 7# azirabb
thanks azirabb...
u ikut berpantang dari negeri mana ya!!! anyway itu saya tau juga la sikit2....sbb apa yg kita makan semua jadi makanan kepada bby kita kan.. thanks |
|
|
|
|
|
|
|
emm..thanks all.,,, yg penting kesimpulan nya lada hitam & halia kan...xpe kena kirim member kat sarawak beli lada hitam la pas ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Makanan Ibu Dalam Pantang - Petua Orang Dulu Dulu
Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.
Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.
Jenis ikan
Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.
Ulam-ulaman
Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:
Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.
Jenis sayuran dan buahan
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
Jenis ayam dan burung
Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.
~pengalaman pantang dulu..mak selalu masakkan hati lembu dgn lada hitam..sebab i low blood..katanya utk naikkan darah apa ntah..lada hitam utk buang angin..ikut je lah
tapi yg i terasa sangat skrg ialah sakit2 sendi..agaknya sebab masa pantang i suka minum ais..skrg preg 3rd child badan terasa lemah jer, cepat penat & tak tahan evening sickness |
|
|
|
|
|
|
|
ulam yg paling i suka makan masa dlm pantang is temulawak
rasanya lemak2..sedap |
|
|
|
|
|
|
|
ulam yg paling i suka makan masa dlm pantang is temulawak
rasanya lemak2..sedap
nidzhar Post at 23-7-2010 17:39
uikss...ye ker?? temulawak ni pokok dia cam kunyit kan?? makan akar dia ek?? me tak penah mkn tapi adik penah wat masa dia kurus dulu mak soh makan blend dgn air utk naikkan selera mkn.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 13# nidzhar
eemm...temulawak mmg best kan..i suka gak..kami org perak mmg kuat makan ulam-ulaman nie...
cam kunyit la tp warna puteh kan...sedap..kalo nak try resepi ni biasa uncle i buat tau:
salad temulawak :
temulawak hiris ikut suka, peria katak yg kecik2 tu hiris ikut suka, telo masin di garut, bawang kecil sikit hiris,lada hitam tumbuk, dah gaul perah asam limau sikit...makan sedap.... hehehee..try arr... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 15# juita
TEMU LAWAK (Curcuma xanthorhiza)
Temu lawak (Curcuma xanthorhiza) merupakan spesis kunyit yang tumbuh liar. Rumpun tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian dua meter dan merupakan spesis yang tertinggi dibandingkan dengan spesis-spesis lain. Struktur temu lawak seperti kunyit biasa tetapi tulang daunnya berwarna ungu tua. Bunganya berwarna kuning kemerahan. Rizomnya berwarna oren muda, besar dan panjangnya mencapai 10 cm. Aromanya berbeza daripada kunyit biasa dan rasanya pahit pedas.
Sebagai bahan ubatan tradisional, temu lawak digunakan untuk mengubati penyakit hati dan demam kuning. Ia juga merupakan ramuan dalam jamu untuk menyembuhkan demam, sembelit, melancarkan aliran darah, meransang pengeluaran air hempedu, ubat asma, dan sakit perut.. Minyak temu ini digunakan sebagai anti-inflamateri. Perahan air temu lawak juga dapat merangsang pembentukan susu bagi ibu-ibu yang bersalin. Disebabkan kegunaannya begitu meluas, di Indonesia ia boleh diperolehi dalam bentuk tablet di kedai-kedai farmasi dengan beraneka jenama. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 16# deqjue
takpelah..rasanya tak sanggup nak telan |
|
|
|
|
|
|
| |
|