Tak tau nak tanya macammana sebab saya pun kurang faham. Tapi kisah dia lebih kurang begini:
Ada bayi yang lemas sewaktu kelahiran akibat tindakan pihak hospital yang lambat (lebih 6 jam). Bayi terbabit diletak dalam inkubator dan memerlukan bantuan pernafasan. Ia tidak menangis dan kurang bergerak. Doktor mengatakan bayi itu lemas dan termakan tahi. Keadaannya Tahap 3. Tahap berkenaan adalah diantara 1 hingga 4.
Soalan saya:
i) Apakah tahap yang dimaksudkan oleh doktor tu?
ii) Ada tak sumber untuk saya baca lebih lanjut berkenaannya?