View: 407|Reply: 0
|
[Sarawak]
Pusat perlombongan mata wang kripto curi elektrik, Sarawak Energy rugi lebih RM13,000 sebulan
[Copy link]
|
|
Sebuah pusat perlombongan mata wang kripto yang beroperasi di sebuah unit komersial dua tingkat yang disewa di Permyjaya, Miri didapati mencuri elektrik berikutan insiden kebakaran.
Menurut kenyataan Sarawak Energy, kebakaran berjaya dipadamkan selepas penutupan kecemasan dilakukan untuk memutuskan bekalan elektrik ke premis bagi tujuan keselamatan.
Siasatan oleh pasukan teknikal menemui 48 unit pelayan perlombongan mata wang kripto yang terbakar manakala punca kebakaran disebabkan oleh sambungan pendawaian haram yang tidak selamat.
Sarawak Energy menganggarkan mengalami kerugian lebih RM13,000 setiap bulan berikutan perbuatan mencuri elektrik dan sejak tahun lepas, 9 kes berkaitan dengan perlombongan mata wang kripto direkodkan dengan 6 kes di Miri.


credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|