CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 599|Reply: 1

Perak FC dijual

[Copy link]
Post time 21-3-2022 05:21 PM | Show all posts |Read mode
Perak FC dijual


Pemain pasukan Perak FC 
Royizzat Daud (empat, kanan) meraikan gol jaringannya ketika menentang pemain pasukan PDRM FC pada saingan Liga Perdana Malaysia 2022 di Stadium Perak malam tadi. - Foto Bernama

IPOH: Tidak sampai lima bulan pengambilalihan Perak FC oleh Impact Media & Communication (IMC) Sdn Bhd, kelab bola sepak itu mengesahkan pemilikannya bakal sekali lagi bertukar tangan kepada pemilik baharu.

Perkara itu disahkan melalui kenyataan media yang dikongsi di Facebook rasmi kelab terbabit, Perak Football Club petang ini, dengan menyatakan bersama bahawa proses pertukaran milik akan selesai dalam tempoh seminggu dari sekarang.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan perbincangan dan penilaian awal, IMC berkemungkinan besar bersetuju menerima tawaran pihak yang ingin membeli kelab terbabit.

"Perak FC berada di ambang jualan berpotensi yang mungkin menyaksikan kelab bertukar tangan dalam minggu akan datang.

"Pengerusi Eksekutif Perak FC, Khairul Nizam Mahmood dilaporkan sudah memberitahu peminat bahawa beliau merancang menjual kelab di tengah-tengah tekanan yang meluas daripada pemain mahupun peminat.

"Lanjutan daripada proses (pengambilalihan) bagaimanapun tertakluk kepada syor Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang sewajarnya dimaklumkan mengenai tawaran itu," kata kenyataan itu.

Menurutnya, selesai sahaja pengambilalihan itu, IMC akan melepaskan semua tugas eksekutifnya yang tertumpu kepada mendapatkan dana serta mengenalpasti pelabur yang untuk memperoleh kelab, disebabkan oleh krisis yang melanda.

Pada Disember 2021, IMC memperoleh 100 peratus pegangan dalam Perak FC Sdn Bhd namun pengurusan skuad The Bos Gaurus di bawah IMC mengalami tekanan hebat berikutan krisis kewangan pasukan itu pada Januari lalu.

Pagi tadi, Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Muhammad Yunus Zakariah dilaporkan berkata pengurusan akan menerima secara rasmi surat tunjuk minat (LOI) daripada pihak yang berminat mengambil alih pentadbiran kelab berkenaan, hari ini.

https://www.bharian.com.my/sukan ... 807/perak-fc-dijual

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2022 08:29 PM | Show all posts
ingat nk beli lh...bape sekilo ek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.063828 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list