CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 636|Reply: 0

Saka bakal naik gaji

[Copy link]
Post time 22-3-2022 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Saka bakal naik gaji


Pemain Arsenal, Bukayo Saka kini menjadi antara pemain paling bernilai di England. - REUTERS


LONDON: Arsenal bersedia menaikkan gaji Bukayo Saka sebanyak empat kali ganda menepati statusnya sebagai seorang daripada pemain paling penting kelab itu.

Bintang England berusia 20 tahun itu menerima gaji asas sekitar £30,000 (RM166,144) seminggu, menjadikan dia antara pemain menerima gaji paling rendah di Emirates.

Namun kelab kini menyediakan tawaran mingguan baharu berjumlah £125,000 (RM692,270) untuk menamatkan sebarang spekulasi mengenai perpindahannya pada musim panas.

Pengurus, Mikel Arteta mahu memastikan masa depan jangka panjang Saka dan memberitahu kelab mereka perlu mengekalkan Pemain Terbaik Tahunan itu walau apa cara sekalipun.

Dan ia bermakna peningkatan ketara buat pemain sayap muda itu yang kini menjadi antara pemain paling bernilai dalam bola sepak England.

Wakil Saka sudah diberitahu bahawa Arsenal sedia berbincang mengenai kontrak baharu selepas musim ini berakhir.

Perjanjian ketika ini ditandatangani 20 bulan lalu dan masih berbaki dua tahun. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan ... aka-bakal-naik-gaji

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.106095 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list