View: 461|Reply: 0
|
Arnold kekal bimbing Socceroos sehingga kempen tamat
[Copy link]
|
|
Arnold kekal bimbing Socceroos sehingga kempen tamat
PENGENDALI Australia, Graham Arnold. -FOTO Reuters
Sydney: Jurulatih Australia, Graham Arnold akan kekal menjawat tugas itu sehingga tamat kempen Piala Dunia biarpun gagal membawa Socceroos layak secara automatik ke Qatar kata Bolasepak Australia.
Kedudukan Arnold berada dalam situasi bahaya sejak mereka tewas kepada Jepun 0-2 minggu lalu dan menamatkan harapan Australia untuk terus layak ke pusingan akhir buat kali kelima berturut-turut.
Pengendali berusia 58 tahun itu kini perlu mempersiapkan Australia untuk beraksi dalam saingan playoff menentang Emiriah Arab Bersatu pada awal Jun yang mana pemenang akan menempah pertembungan antara benua menentang Peru bagi mengetahui siapakah yang akan layak.
"Ahli lembaga Bolasepak Australia percaya adalah penting untuk kami menyediakan persekitaran yang tenang dan meneruskan perancangan untuk fasa playoff," kata Pengerusi Bolasepak Australia Chris Nikou dalam satu kenyataan.
"Dengan mengesahkan bahawa Graham akan terus kekal sebagai jurulatih Socceroos sehingga kempen Piala Dunia tamat, ia akan membolehkan Graham, kakitangan sokongan dan mereka yang terbabit terus ke depan dan memastikan persiapan terbaik untuk fasa kelayakan.
Arnold membawa Australia meraih 11 kemenangan berturut-turut pada awal kempen kelayakan tapi merosot selepas itu dengan hanya satu kemenangan, tiga kekalahan dan tiga seri dalam tujuh perlawanan terakhir mereka.
Pengendali dari Jerman, Holger Osieck sebelum ini dipecat selepas mereka layak ke Piala Dunia 2014 dan penggantinya Ange Postecoglou meninggalkan jawatan itu selepas Australia mendapat tiket ke pusingan akhir 2018 melalui playoff.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... hingga-kempen-tamat
|
|
|
|
|
|
|
| |
|