CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 532|Reply: 0

FAM beri Rizal amaran keras

[Copy link]
Post time 31-3-2022 09:24 AM | Show all posts |Read mode

RIZAL (kiri) gagal melaporkan diri dengan skuad kebangsaan baru-baru ini, namun sudah mengemukakan surat tunjuk sebab.

FAM beri Rizal amaran keras

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memberi amaran keras kepada pertahanan Sabah FC, Rizal Ghazali susulan menolak panggilan menyertai kem skuad Harimau Malaya baru-baru ini

Setiausaha Agung FAM, Mohd. Saifuddin Abu Bakar berkata, surat amaran telah dikeluarkan oleh FAM kepada  Rizal agar menghormati panggilan skuad kebangsaan pada masa akan datang jika tidak mahu dikenakan sebarang tindakan.

“Susulan itu, Rizal sudah pun menjawab surat tunjuk sebab kepada FAM.

“Namun, sebagai peringatan tambahan,  Rizal diingatkan agar tampil melapor diri terlebih dahulu dan mengemukakan sebab kepada pengurusan pasukan kebangsaan seandainya ada alasan kukuh untuk menarik diri selepas ini,” kata Saifuddin dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Sebagai rekod, Rizal yang diletakkan dalam senarai bersedia pada asalnya telah dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon bagi menggantikan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT),  Syahmi Safari yang meminta pengecualian untuk tidak melapor diri ke kem latihan pusat kali ini kerana menyambut kelahiran anak kembar tiganya.

Berikutan keengganan Rizal untuk melapor diri, Pan-gon telah memanggil seorang lagi pemain dari senarai bersedia,  Ahmad Khuzaimi Piee untuk menggantikan tempat Syahmi dan pemain pertahanan Negeri Sembilan FC itu hadir melapor diri.

Skuad negara telah merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Filipina sebelum tewas 1-2 kepada Singapura pada dua aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Singapura minggu lalu. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2022/03/30/fam-beri-rizal-amaran-keras/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.213931 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list