CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 523|Reply: 0

Senegal tempah slot ke Piala Dunia Qatar

[Copy link]
Post time 31-3-2022 04:16 PM | Show all posts |Read mode

SENEGAL terus mengecap kegemilangan apabila berjaya menempah slot ke pusingan akhir Piala Dunia selepas merangkul kejuaraan AFCON sebelum ini. – AFP

Senegal tempah slot ke Piala Dunia Qatar

DAKAR – Ketua Jurulatih Se­negal, Aliou Cisse menyeru agar pasukannya tidak menoleh ke belakang sebaliknya terus mempamerkan prestasi memukau selepas meraih slot automatik ke Piala Dunia 2022 di Qatar pada November depan.

Sebagai rekod, Senegal meraih kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti 3-1 selepas terikat 1-1 ketika bertemu Mesir pada aksi kelayakan terakhir pe­ringkat playoff di Stadium Abdoulaye Wade awal pagi semalam.

Kata Cisse, anak-anak buah­nya memiliki potensi untuk meneruskan pencapaian cemerlang di pentas antarabangsa dan tidak mustahil mengejutkan pasukan gergasi di saingan Piala Dunia nanti selepas turut bergelar juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) Januari lepas.

“Saya rasa ini bukanlah kemuncak prestasi pasukan kami kerana potensi yang dimiliki oleh barisan pemain sangat luar biasa. Kejayaan melangkah ke Piala Dunia hanyalah permulaan bagi membuktikan pasukan mempunyai cita-cita tinggi.

“Kita telah layak pada Piala Dunia edisi 2018 yang lepas tetapi saya pasti penyertaan kami kali ini berbeza kerana pemain sudah memiliki pengalaman selain kejayaan menjuarai AFCON yang lepas turut menyuntik semangat pasukan,” katanya.

Sementara itu, kapten Sene­gal, Kalidou Koulibaly mengakui barisan pemain telah mempamerkan semangat juang tinggi meskipun sedikit tertekan selepas tewas ketika aksi playoff pertama di Kaherah minggu lalu.

“Secara jujur, ini adalah detik bersejarah buat kami semua kerana bukan mudah untuk menewaskan pasukan berkualiti seperti Mesir. Beraksi di laman sendiri memberikan sedikit kekuatan buat kami dan sudah tentu kami tidak sabar untuk ke Qatar nanti,” katanya. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/03 ... -piala-dunia-qatar/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.079867 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list