CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 512|Reply: 0

Portugal sekat fantasi Macedonia Utara

[Copy link]
Post time 31-3-2022 04:17 PM | Show all posts |Read mode

FERNANDES (tengah) berjaya meledak dua gol untuk membantu Portugal menewaskan Macedonia Utara sekali gus menempah slot ke pusingan akhir Piala Dunia 2022. – AFP


Portugal sekat fantasi Macedonia Utara

LISBON – Pemain tengah Portugal, Bruno Fernandes menyekat hasrat Macedonia Utara untuk terus mencipta kejutan apabila meledak dua gol bagi memastikan kemenangan 2-0 Portugal dalam aksi playoff Piala Dunia awal pagi semalam.

Kejayaan itu mengesahkan slot buat Portugal ke Piala Dunia Qatar sekali gus menjadi penampilan keenam mereka dalam saingan tersebut serta kelima buat bintang sensasi mereka, Cristiano Ronaldo yang mungkin menjadi kali terakhir.

Selepas memacu Portugal meraih kejuaraan Euro 2016 dan Piala Negara-Negara Eropah 2019, ketua jurulatihnya, Fernando Santos mengimpikan untuk menghadiahkan Piala Dunia kali pertama buat negara itu.

“Saya sudah menang dua pertandingan dan saya harap dapat menang kejuaraan ketiga di Qatar. Setiap pemain kami memiliki semangat dan impian, elemen itu menolak pasukan ini untuk terus mara.

“Sokongan daripada penyokong juga agak hebat dan menjadi faktor kejayaan ini. Ia menjadi kemenangan yang adil dan kami berhak untuk layak,” kata Santos.

Selepas dikecewakan Serbia di peringkat kumpulan pada edisi lalu, kejayaan Portugal kali ini pastinya cukup bermakna memandangkan Piala Dunia Qatar dijangka akan menjadi penampilan terakhir buat beberapa bintang utamanya di kejohanan utama.

Portugal dijangka menjadi salah satu pasukan yang boleh dilabel sebagai pilihan di Qatar nanti dan Fernandes percaya setiap pemain mampu menterjemahkan segala arahan daripada jurulatih untuk mereka melakar kejutan.

“Paling penting Portugal menang. Semua orang ada cita-cita, Cristiano dan saya juga sama, namun perkara paling penting adalah kami dapat membantu pasukan,” ujar pemain Mancehster United itu. – AGENSI

Sumber: https://www.kosmo.com.my/2022/03 ... si-macedonia-utara/


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.054968 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list