CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 495|Reply: 0

Man City rampas kembali 'petak pendahulu'

[Copy link]
Post time 3-4-2022 10:07 AM | Show all posts |Read mode
Man City rampas kembali 'petak pendahulu'


Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne (kanan) menjaringkan gol pembukaan mengatasi penjaga gol Burnley, Nick Pope di Turf Moor dekat Burnley. - AFP


BURNLEY, United Kingdom: Pep Guardiola berkata Manchester City sudah melalui musim menakjubkan dengan meletakkan mereka di kedudukan bagi bertarung merebut tiga trofi pada bulan penamat musim.

City merampas kembali kedudukan teratas Liga Perdana menerusi kemenangan 2-0 di Burnley selepas disingkirkan seketika Liverpool yang menang 2-0 mengatasi Watford dalam aksi lebih awal.

Hanya satu mata memisahkan antara dua pasukan pendahulu itu menjelang pertemuan penentu Liverpool di Etihad minggu depan.

Kedua-dua pasukan masih terbabit dalam suku akhir Liga Juara-Juara minggu ini dan akan sekali lagi bertemu pada separuh akhir Piala FA pada 16 April.

"Apabila anda tiba pada Mei dan cuba memberi cabaran untuk meraih gelaran, ia bermakna anda melalui musim yang menakjubkan," kata Guardiola.

"Berada di sini kerana kami bekerja keras dan kami melakukannya setiap musim. Pujian harus diberikan kepada seluruh organisasi.

"Lawan sangat sukar dan mereka bagus. Mereka berkata akan memberikan tentangan sengit dan kami menerimanya."

Liverpool sudah mengurangkan jurang 14 mata antara kedua-dua pasukan pada Januari selepas mencatat 10 kemenangan berturut-turut, namun City hanya mencicirkan tujuh mata sejak Oktober. - AFP

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... ali-petak-pendahulu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.927160 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list