CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 287|Reply: 0

[Kelantan] Beras hanya tinggal segenggam

[Copy link]
Post time 3-4-2022 12:57 PM | Show all posts |Read mode

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Wan Roslan Wan Hamat (kiri) beramah mesra dengan Anuar Ismail (dua kanan) antara 100 penerima bakul Ramadan yang menerima bekalan makanan daripada Koperasi Insaniah Tumpat Berhad di Kampung Geting, Tumpat. STR/NIK ABDULLAH NIK OMAR

TUMPAT: "Alhamdulillah, bantuan bakul Ramadan ini tiba tepat pada masanya memandangkan beras di dapur hanya tinggal segenggam," kata asnaf dari Kampung Geting, Anuar Ismail.

Anuar, 52, yang tidak berkahwin menetap bersama ibu, Che Yam Wan Yusuf, 69, dan dua lagi adiknya masing-masing berusia 30-an termasuk yang mengalami Sindrom Down.

Dia yang hanya bekerja sebagai pemotong rumput berkata, dengan pendapatan yang boleh diibaratkan `kais pagi makan pagi, kais petang makan petang', tiada juadah istimewa disediakan untuk sahur atau berbuka puasa.

"Kami makan apa yang ada sahaja asalkan ibadah puasa tetap berjalan lancar.


"Sumbangan yang diterima hari ini dapat digunakan untuk beberapa hari puasa dan sekurang-kurangnya meringankan beban saya membeli bekalan makanan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Anuar adalah antara 100 penerima bakul Ramadan yang menerima bekalan makanan daripada Koperasi Insaniah Tumpat Berhad di Kampung Geting, di sini.

Pengerusinya, Nik Daud Nik Him, berkata agihan itu adalah program pertama koperasi berkenaan memandangkan penubuhannya baru diluluskan.

Beliau berkata penyerahan bakul makanan hasil dana sumbangan orang persendirian dan beberapa syarikat itu disifatkan sesuatu yang tepat memandangkan ia amat diperlukan asnaf.

"Selepas ini kita akan teruskan dengan majlis berbuka puasa yang akan dijalankan secara empat sesi dengan sasaran seramai 200 asnaf di sekitar Tumpat," katanya.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Wan Roslan Wan Hamat.

Seorang lagi penerima, Fatimah Awang, 80, menganggap bakul Ramadan itu satu pemberian besar buatnya yang sudah uzur dan tidak larat untuk keluar membeli bekalan makanan meskipun ada penjaja yang masuk ke kampung.

"Saya tinggal bersama seorang anak lelaki yang ada penyakit mental. Memandangkan kami tinggal hanya berdua, tidaklah memerlukan makanan yang sedap, memadai dapat mengalas perut.

"Jika hari biasa berlaukkan ikan goreng atau rebus, begitu jugalah di bulan puasa, asalkan kami tidak terputus makanan untuk meneruskan ibadah puasa," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... a-tinggal-segenggam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.046835 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list