CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 351|Reply: 0

[Kelantan] Nak seludup alat kosmetik rupanya...

[Copy link]
Post time 4-4-2022 02:44 PM | Show all posts |Read mode

BARANGAN kosmetik dianggarkan bernilai RM40,170 dirampas di tebing Sungai Golok di Pangkalan Haram Kuala Jambu di sini, malam tadi. FOTO IHSAN PGA

Tumpat: Kelibat seorang lelaki yang berada di tebing Sungai Golok dalam keadaan gelap rupanya sedang memunggah sejumlah barangan kosmetik seludup.

Semua barangan yang dianggarkan bernilai RM40,170 itu dipercayai baharu dibawa masuk dari Thailand ke negara ini menggunakan perahu.

Pegawai Pemerintah Medan Superintendan Azhari Nusi berkata, dalam rondaan jam 11.15 malam tadi, anggota daripada Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) ternampak lelaki itu sedang memunggah sejumlah kotak dari dalam perahu di di Pangkalan Haram Kuala Jambu di sini.

"Anggota kami menghampiri dan secara tiba-tiba lelaki terbabit bertindak melarikan diri ke seberang menggunakan perahu.

"Pemeriksaan terhadap kotak itu menjumpai 586 kotak kecil dan 100 paket barangan kosmetik bertulisan Thailand yang dianggarkan bernilai RM40,170.

"Semua barangan itu disyaki cuba diseludup dari negara jiran menggunakan jalan yang tidak diwartakan untuk pasaran tempatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semua barangan kosmetik itu dirampas untuk tindakan Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan kes disiasat mengikut Seksyen 7(1)(e) Peraturan-Peraturan Dadah dan Kosmetik 1984.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... at-kosmetik-rupanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.271410 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list