CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 329|Reply: 0

[Kelantan] Luluh hati lihat suami terlantar hidap sakit misteri

[Copy link]
Post time 5-4-2022 11:48 AM | Show all posts |Read mode

NIK Azimah Nik Musa menguruskan suaminya yang terlantar sakit di rumahnya di Kampung Tanah Putih, Gua Musang, Kelantan. – UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH


GUA MUSANG: Luluh hati seorang isteri apabila suami yang menjadi tempatnya untuk bergantung harap kini terlantar tidak berdaya akibat menghidap penyakit misteri tidak diketahui punca sejak enam tahun lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Nik Azimah Nik Musa, 30, berkata, lapan bulan lalu, keadaan suaminya, Abdul Malik Md. Mahyuddin, 31, semakin teruk apabila badannya dipenuhi kudis dan tidak mampu bergerak langsung.

“Saya sudah banyak kali me­rujuk penyakit suami ke hospital, namun, mereka gagal mengesan punca penyakit itu. Selain itu, kami juga sudah menggunakan khidmat 20 pengamal perubatan Islam dan bomoh dalam tempoh lapan bulan ini.

“Tetapi, keadaan suami tidak juga sembuh, malah, seluruh anggota badannya sudah dipenuhi kudis selain sudah tidak mampu bergerak bebas,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Tanah Putih di sini hari ini.

Bagi menyara suami dan seorang anak lelaki berumur tujuh tahun termasuk makan-minum mereka tiga sekeluarga, Nik Azimah menjadi ejen jualan dengan pendapatan antara RM15 hingga RM20 sehari.

Sementara itu, Abdul Malik pula berkata, sebelum ini, dia bekerja sebagai pemandu lori membawa barangan runcit.

“Penyakit ini datang tiba-tiba ketika saya sedang bekerja. Saya diserang rasa sakit di bahagian pinggang hingga kaki. Selepas itu, saya sudah tidak boleh berjalan sebelum bahagian perut dan lengan berkudis.

“Kudis di badan saya ini bukan sekadar berair, tetapi, amat menyakitkan terasa seperti kulit ditoreh dengan pisau,” katanya.

Terdahulu, keluarga itu menerima kunjungan Pengerusi Persatuan Cakna Kasih Gua Musang, Siti Nor Azila Zulkifle yang bertanyakan khabar sambil menyampaikan sumbangan lampin pakai buang kepada Abdul Malik.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank CIMB di atas nama Nik Azimah Nik Musa 7620478790 atau menghubungi wanita itu di talian 0179040181.- UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... idap-sakit-misteri/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 01:51 PM GMT+8 , Processed in 1.249819 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list