View: 295|Reply: 0
|
[Kelantan]
Tahan wanita penghantar petrol untuk diseludup
[Copy link]
|
|
PEGAWAI KPDNHEP memeriksa petrol yang ditemui dalam kereta Proton Iswara dipandu seorang wanita untuk diseludup. FOTO Ihsan KPDNHEP.
Tumpat: Demi upah antara RM30 hingga RM50, seorang wanita sanggup menjadi penghantar petrol ke pangkalan haram di sini untuk diseludup ke negara jiran.
Dia juga perlu mengisi bahan bakar itu ke dalam tong, daripada beberapa stesen minyak sebelum membawanya ke pangkalan haram.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri (KPDNHEP) Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, kegiatan wanita itu tumpas selepas ditahan di Kampung Kubang Sawa, di sini pada 10 pagi hari ini.
Katanya, pihaknya dalam penugasan bersama anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9), mengesan wanita berusia 40-an itu melakukan pengisian petrol berulang kali di beberapa stesen minyak.
"Curiga dengannya, kami mengekori kereta jenis Proton Iswara yang dipandu sebelum menahannya dan pemeriksaan menemui tiga tong berisi petrol, kira-kira 230 liter dengan anggaran nilai RM471.50.
"Ia disyaki untuk diseludup ke negara jiran (Thailand)," katanya menerusi dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Azanizam berkata, dalam soal siasat awal suspek mengaku membeli petrol itu daripada satu stesen ke stesen yang lain bermula di stesen minyak Chabang Empat ke Pasir Pekan dan sekitar Kota Bharu.
Katanya, suspek juga mendakwa upahnya dibayar bergantung kepada jarak dan bahan bakar terbabit akan diseludup keluar menerusi Sungai Golok.
Menurutnya, suspek dan barang rampasan ditahan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan menyalahi undang-undang agar menyalurkannya kepada pihak berkuasa.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rol-untuk-diseludup |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|